Ahli-ahli Projek Dialog

 

Projek Dialog adalah suatu ruang wacana sosial yang ingin memajukan debat dan persefahaman antara pelbagai suku kaum, agama, ideologi dan cara hidup di Malaysia.

Walaupun ramai di kalangan blogger dan penerbit new media pernah mengeluarkan artikel tentang bangsa dan agama, Projek Dialog ingin menyediakan suatu lapangan yang khusus bagi topik-topik ini, khususnya dengan tumpuan khas kepada suara-suara yang terpinggir. Dengan menggunakan pelbagai platform dan media, Projek Dialog menyuarakan dan membincang isu-isu terkini untuk memupuk solidariti dan toleransi.

Warga penggerak Projek Dialog terdiri daripada:

Fuad Rahmat adalah seorang pensyarah di Nottingham University Malaysia Campus dalam bidang teori budaya dan politik. Disamping itu beliau juga seorang pengacara untuk rancangan Night School di BFM Radio.

Yana Rizal ialah seorang yang mahu belajar tentang dunia. Kagum dengan keindahan dan tidak memahami keghairahan dalam kebencian. Beliau mempercayai Malaysia kaya dengan segala kepelbagaian untuk diraikan, dan beraspirasi untuk mencerahkan dunia warga Malaysia supaya lebih penyayang, memahami dan prihatin dalam mengenali diri. Berkelulusan CFA dalam bidang kewangan, dan kini mahu menjelajah ke alam kemanusiaan. Ingin mengenali erti “Muslim” yang sebenarnya dalam kehidupan.

Maryam Lee merupakan seorang penulis, penyelidik di Universiti Malaya dan pengarah siri video Dialog Jalanan. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang pendidikan pada tahun 2015, kini sedang menjalankan pengajian pasca-siswazah dalam bidang pembangunan.

Jason Nicholas adalah seorang perunding media dan teknologi, dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan. Beliau giat menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi untuk memupuk pembangunan dan persefahaman antara masyarakat sedunia.

Victoria Cheng mempunyai ijazah sarjana muda dalam Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Perancis dari Universiti of Nottingham Malaysia Campus. Beliau juga berminat dalam bidang Kajian Islam dan Kajian Gender, dan ingin melancong ke Timur Tengah dan Afrika suatu hari nanti.

Johan Ariff merupakan graduan sarjana muda senibina. Mulai berkecimpung di dalam bidang penulisan melalui ulasan mengenai keadaan hak asasi dan keadaan seni tempatan. Kini terlibat dengan organisasi politik Sosialis Alternatif di dalam perjuangan hak pekerja.

Pengarah Projek Dialog terdiri daripada:

Uthaya Sankar SB adalah pejuang Bahasa Malaysia serta pengasas dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak Ogos 1999. Uthaya juga pengerusi Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) sejak Disember 2016. Uthaya bukan ahli mana-mana parti politik dan bukan penyokong mana-mana parti politik; walaupun beliau mempunyai rakan-rakan daripada kalangan ahli parti politik.

Masjaliza Hamzah adalah seorang wartawan untuk 10 tahun sebelum menyertai kumpulan masyarakat sivil yang dipanggil Centre For Independent Journalism. Kini turut menjadi sebahagian daripada editor di MalaysiaKini.

Kami turut dinasihati oleh:

Marina Mahathir merupakan seorang aktivis sosial yang bergiat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu HIV dan feminisme. Selain daripada memegang jawatan sebagai board member untuk Sisters in Islam, beliau juga mempunyai ruang kolum di akhbar the Star. Bukunya yang terkini ialah Telling it Straight yang diterbitkan pada tahun 2012. Beliau diberi anugerah Tokoh Sepanjang Tahun 2010 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu.

Sivin Kit adalah seorang paderi, aktivis dan penyelidik dalam bidang Agama, Akhlak dan Masyarakat di Norway. Beliau pernah bertugas sebagai paderi pelopor Bangsar Lutheran Church dan giat melibatkan diri dalam perbincangan-perbincangan antara-budaya dan agama. Beliau berjuang dengan sandaran azamnya untuk menegakkan satu Malaysia yang adil, majmuk dan penyayang.

Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun UKM. Selain dari kerja akademik, beliau juga aktif dan cemerlang dalam bidang drama pentas dan sastera.

Isi kandung penulisan kami dijanakan secara kolektif oleh penulis-penulis Projek Dialog. Kami tidak berpihak kepada mana-mana kaum atau agama. Tujuan kami hanyalah untuk meluaskan ruang berwacana yang berasaskan keharmonian dan persefahaman antara satu sama lain. Setiap penulis dan penyumbang membawa perspektif unik masing-masing, dan tidak semestinya mewakili Projek Dialog secara kesuluruhannya.

Usaha kami disokong oleh Article19 dalam rangkuman kerjasama untuk menegakkan hak bersuara. 

Untuk sebarang pertanyaan, Projek Dialog boleh dihubungi di editor@projekdialog.com

Projek Dialog is a social discourse project that aims to promote healthy debate and understanding, within and among the diverse cultural, ethnic and religious groups in Malaysia.

Web and Social Media today provide a rich environment for interaction and awareness among communities. Projek Dialog uses the top social platforms, ie. Facebook, Twitter, etc., and a dedicated web portal to reach an ever-growing and active online community. These platforms also allow for discussions to take place anywhere, anytime, while providing key reference materials and information to the curious public.

We are currently in partnership with Article19 towards a common quest to promote the freedom of speech.

For further inquiries, Projek Dialog can be contacted at editor@projekdialog.com