Projek Dialog

BAGAIMANA STATUS FACEBOOK BOLEH MENJADI KEBENCIAN SECARA KOLEKTIF?

Pendahuluan Status facebook di DrMaza.com yang dikait dengan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin, pada 21 April 2017, yang dinukil sebagai puisi Jumaat (walaupun ia tidak layak ditanggapi sebagai puisi menurut hukum hakam puisi) tercatat begini (maafkan saya menurunkan semula ‘ayat-ayat penghinaan’ ini sebelum mengulasnya): ..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu.. lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu.. mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati.. pembakar wanita janda..di benua sana.. ajaran yang mengkastakan manusia.. sedih, sehingga ada yang dipanggil paria.. wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa.. betapa menghina insan sesama.. di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada.. berpakat mereka membuat angkara.. kita tidak boleh berdiam bahasa.. toleransi dan kesabaran ada hadnya.. puisi pagi jumaat.. Adalah tidak jelas sejauh mana hubungan mufti tersebut dengan facebook DrMaza.com. Tercatat di facebook tersebut kenyataan: ‘Fanpage ini diuruskan oleh team drmaza.com. Fanpage ini boleh diakses melalui web Minda Tajdid (www.drmaza.com) serta dihubungkan melalui twitter @drmazacom. Lain-lain page yang tidak dihubungkan melalui dua medium ini TIDAK DIURUSKAN oleh team drmaza.com’. Sehingga artikel ini ditulis, tiada satu penafian direkod daripada beliau, Mohd Asri. Kerangka ‘Puisi yang bukan puisi’ di atas, jika kita mengambil kira Pelan Tindakan Rabat (Rabat Plan of Action 2013 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah jelas jatuh ke dalam kategori ‘kebencian dan hasutan’ dan bukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai ‘kebebasan bersuara’. Bagaimanakah kita dapat membezakan ia sebagai satu kebencian dan hasutan dan bukannya kebebasan berekspresi? Sebelum memanjangkan tulisan ini, elok diperlihatkan apa yang terkandung dalam Pelan Tindakan Rabat? Pelan ini menyediakan, pertamanya, polisi dan juga panduan untuk kerajaan, dan masyarakat sivil dalam mencegah kebencian agama secara kolektif. Ia juga menghuraikan apa yang tidak wajar dianggap sebagai ‘kemerdekaan bersuara’ dan dapat dianggap sebagai kebencian terhadap agama secara kolektif. Kebencian terhadap agama secara kolektif melibatkan; i. Konteks; Hanya dengan analisis konteks, sesuatu ucapan itu dapat ditentukan latar sosial dan politiknya dan apakah ia ditujukan kepada satu kumpulan sasaran. ii. Pengucap; Kedudukan individu pengucap adalah penting untuk dikenalpasti. Secara khususnya apakah individu pengucap itu mewakili mana-mana kumpulan agama yang lain, atau apakah statusnya dalam masyarakat. iii. Niat; Dalam hal ini, niat dan bukan kelalaian atau ketidaksengajaan diberi fokus. Dalam erti kata lain terdapat elemen hasutan, dan mengajak; yang secara aktif dapat ditentukan berdasarkan adanya hubungan antara objek, subjek ucapan dan juga khalayak. iv. Kandungan dan bentuk; Analisis kandungan dan bentuk ucapan juga sangat kritikal dalam menentukan apakah ia satu pencabulan hak asasi manusia. Kandungan ucapan itu perlu ditentukan apakah ia berbau provokasi, langsung dan apakah hujah-hujahnya tuntas atau tidak. v. Keluasan; Keluasan ucapan juga dititik beratkan. Dalam konteks ini apakah ucapan tersebut dilakukan secara publik, juga saiz audiennya apakah kecil atau besar, dan apakah ia berbentuk penerbitan, atau media di internet atau arus perdana, dan apakah audien mempunyai akses kepada ucapan atau siaran terbabit. vi. Potensi risiko. Hasutan dan fitnah yang menanam kebencian terhadap agama secara kolektif ditentukan berdasarkan potensi risiko yang mungkin terjadi lantaran ucapan atau siaran tersebut. Dalam hal ini ucapan kebencian tersebut selalunya adalah langsung dan memang memaksudkan sesuatu yang buruk terhadap sasaran. Analisis Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, kita dapat memahami ‘puisi’ ini ditulis sebagai satu refleksi kepada isu Dr Zakir Naik yang berada di Malaysia sebagai PR di tengah-tengah kepanasan bahawa beliau menjadi buruan ekoran beberapa kes jenayah di India. Pautan mengenai hal ini boleh dilayari di internet. Meskipun nama Zakir Naik tidak disebut, mengambil kira latar sosial dan politik ucapan atau ‘puisi bukan puisi’ tersebut di tengah hangat perbincangan mengenai mubaligh Wahhabi dari India ini, kita dapat merumus status facebook tersebut membincangkan perihal kedudukan Zakir. Tambahan pula komentar daripada pengongsi status dan juga pembaca status tersebut menjurus kepada Zakir Naik. Apakah ia ditujukan kepada satu-satu kumpulan sasaran? Ya, ucapan ini adalah untuk mereka yang menolak atau anti Dr Zakir Naik, yang Zakir dirujuk sebagai ‘pendakwah kita dibelenggu’. Dalam hal ini ayat i. ‘..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..’; ii. ‘mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..’; iii. ‘pembakar wanita janda..di benua sana..ajaran yang mengkastakan manusia..sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..’ lebih merujuk kepada masyarakat beragama Hindu, dan etnik India yang boleh dihujahkan di India (di benua sana). Pelan Tindakan Rabat seterusnya menyoal apakah kedudukan individu pengucap, jika benar ia datang daripada Mohd Asri, maka kedudukan beliau adalah seorang mufti, pendakwah agama Islam, dan seseorang yang memperagakan dirinya sebagai ilmuan Islam. Oleh kerana itu, kedudukan pengucap adalah cukup ‘wibawa’, bermakna ia sesuatu yang bukan main-main, dan bukan datangnya daripada orang awam atau orang biasa. Oleh kerana itu status facebook ini menjadi lebih berat dari segi nilai negatifnya. Apakah terdapat niat untuk menyebar kebencian secara kolektif? Dalam hal ini, niat dan bukan kelalaian atau ketidaksengajaan diberi fokus. Dalam erti kata lain terdapat elemen hasutan, dan mengajak; yang secara aktif dapat ditentukan berdasarkan adanya hubungan antara objek, subjek ucapan dan juga khalayak. Jika diperhatikan, ayat i. ‘di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..’; ii. ‘berpakat mereka membuat angkara..’ dan, iii. ‘kita tidak boleh berdiam bahasa..’ menggambarkan ia bukan sesuatu yang tidak sengaja. Malah terdapat penekanan ayat ‘toleransi dan kesabaran ada hadnya..’. Juga ayat ‘puisi pagi jumaat..’ menunjukkan ia bukan sesuatu yang tidak dilakukan tanpa terurus. Seseorang yang ‘menulis puisi’ atau penyair (dalam hal ini si pengucap mengaku ia puisi) mengalami proses kedatangan ilham, pengeraman idea di mana idea tersebut dipertengkarkan wajar atau tidaknya, proses pematangan (bait-bait puitis ditulis dengan waspada) dan proses mengarang. Proses akhir sebuah puisi adalah penyuntingan, iaitu seorang penulis memilih kesesuaian ayat yang digunakan. Oleh kerana itu, ayat ‘puisi pagi jumaat..’ dalam puisi di atas adalah bukti ia sesuatu yang diniatkan, dan disengajakan. Untuk mengenal pasti apakah ‘puisi Jumaat’ ini satu kebencian secara kolektif kita wajar pula menilai kandungan dan bentuk; yang mana analisis kandungan dan bentuk ucapan sangat penting dalam menentukan apakah ia satu pencabulan hak asasi manusia. Kandungan ucapan itu perlu ditentukan apakah ia berbau provokasi, langsung dan apakah hujah-hujahnya tuntas atau tidak. Oleh kerana ia tidak bersifat akademik, yakni tiada fakta dan rujukan atau sandaran, ia tidak dapat dihujahkan sebagai satu alasan ‘perbandingan agama’. Ayat ‘kita tidak boleh berdiam bahasa..’ tidak syak lagi berbau provokasi tambahan pula ada ayat ‘toleransi dan kesabaran ada hadnya..’. Ini bermakna, ayat di atas dapat ditafsirkan sebagai; hujah dan wacana, dialog dan perbincangan tidak lagi dapat diperkirakan kerana pengucap mengatakan dengan tegas ‘tidak boleh berdiam’ dan ‘kesabaran ada hadnya’. Kebencian secara kolektif juga menitik beratkan keluasan ucapan. Kita tahu status tersebut dilakukan secara publik, saiz audiennya adalah besar (sehingga artikel ini ditulis, selepas 9 jam ia diterbitkan ia mempunyai lebih 4.5ribu suka dan dikongsi oleh 614 pemilik akaun facebook). Akan tetapi apakah status ini ‘lebih merujuk’ kepada masyarakat beragama Hindu di India yang boleh dihujahkan di India sahaja (dalam status facebook itu disebut ‘di benua sana’)? Tidak semestinya. Tentu sahaja hubungan genetik penganut Hindu di India, dan Malaysia akan perlu diperhitungkan. Salah seorang pengongsi status Mohd Asri bernama Kayathri Shammugam mengulas ‘Hindus don’t worship cows! We respect, honour and adore the cow (fact).We have to respect one another and accept our differences to live peacefully’. Ia bermaksud ‘Penganut Hindu tidak menyembah lembu! Kami menghormati, dan menyanjung lembu (fakta). Kita perlu menghormnati satu sama lain dan menerima perbezaan untuk hidup aman bersama-sama.’ Sementara Dhesegaan Ravi yang tersinggung memuatkan naik status berbunyi ‘Biarlah kami sembah api , sekurang-kurangnya kami tak mengapi-apikan orang dengan nama agama. Kalau kami pandai kastakan orang , tuan lagi hebat kafirkan orang. Maaf tuan, ini bukan caranya tegakkan iman.’ Terdapat pengongsi status beragama Islam dan Melayu yang tidak senang dengan ‘puisi’ tersebut. Azam Reno CH sebagai contoh mengatakan ‘Untuk mempertahankan penceramah terrorist, mufti pun kutuk agama hindu.’ Darul Ithmi dalam status facebooknya pula menyebut ‘Sama je la level bangang Maza ni dengan kebanyakan muslim lain. Nampak sangat Zakir Naik ni bukannya simbol penyatuan agama, tapi menggalakkan orang lain, secara tak sedar, walaupun dalam kalangan yang konon-konon ‘celik’, menghina kepercayaan orang lain.’ Status Kebencian Adakah ia, puisi bukan puisi di atas berpotensi menimbulkan bahaya. Ya. Ini kerana terdapat banyak juga status perkongsian puisi ini yang menyokong beliau dan alasan pendokongan adalah ‘beliau seorang agamawan’ yang menunjukkan kebencian secara kolektif telah berlaku. Status perkongsian ‘Mohammad Fairuz Afandi’ berbunyi begini ‘Solidariti Dr. Zakir Naik.. Inilah jalan dakwah.. Senantiasa akan dikecam.. Semoga Allah merahmatimu’. Azam Hazami menulis ‘Well said Dr Maza…pttlah mereka ini hitam sehitam hati mereka…allah maha besar, br aku tau knp?….’ Sementara Jebat Mohamad mencatat ‘Kawan, jangan cuba bermain api, jangan hina ulama kami, jangan duga kesabaran kami, jangan cabar kami’. Nor Rizam Mazlan pula saat berkongsi ‘puisi jumaat’ menyatakan ‘Terima Kasih Tuan. Sudah lama saya berharap ada orang berautoriti dalam agama menyatakan perkara sebegini…Terima kasih sekali lagi DrMAZA.com…Moga Allah berkati tuan’. Putera Azmi mencatat ‘TUGAS ORANG ISLAM MELINDUNGI SAUDARA MUSLIMNYA BUKAN BERSEKONGKOL MENYERAHKAN KEPALA SAUDARANYA KEPADA GOLONGAN PENYEMBAH BERHALA, PENGAMAL KASTA TERBURUK DI DUNIA.’ Turut berkongsi status adalah Muhammad Zairi Zakaria yang menyatakan ‘Sama2 kita pertahankan Saudara Kita DR.ZAKIR NAIK yg juga mempunyai Status Penduduk Tetap di Malaysia. Jangan kita serahkan dia pada Negara Kafir Harbi Penyembah Lembu.’ Adalah jelas status facebook yang diperlihatkan di atas merupakan satu seruan kebencian yang berbahaya, dan jika dianalisis menurut Pelan Tindakan Rabat 2013 anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersifat menghasut. Alasan ia adalah sebuah ‘puisi’ menjadikan ia lebih kukuh berbau hasutan, dan mengendurkan hujah mendatang bahawa ia adalah satu ‘kebebasan bersuara’. Maka tidaklah menghairankan terdapat komentar di bawah status tersebut berbunyi antara lain: i.Ingatkah kita sebuah kisah hari yg sedih penuh sejarah….. Di ayuthia Bumi Islam India…. Masjid babri hancur dan musnah….. dulu babri indah tersergam…. menjadi lambang perjuangan Islam tapi kini sudah tiada dihancur rakus kafir durjana….. (oleh Chung Reen). Sayugia diingatkan, perihal Masjid Babri boleh menyebabkan pertumpahan darah kerana kerobohan Masjib Babri di Ayodhya India pada 6 Disember 1992 mengakibatkan rusuhan agama dengan korban lebih dua ribu orang. Harus diingatkan kejadian tragis tersebut berlaku di India dan sepatutnya menjadi sempadan untuk umat Hindu dan Islam di Malaysia agar menghindari sebarang bibit permusuhan seperti ini. ii.Ramai warga yg dahulunya pekerja lombong dan estate diberi warganegara sekarang mahu jadi kaduk naik junjung..Masukkan akta ISA semula..demi kebaikan semua yg mahukan keamanan..(oleh Belajar Dan Hijrah) Komentar beliau menunjukkan status facebook di DrMaza.com tersebut telah pun membangkitkan rasisme dalam kalangan rakyat Malaysia. iii.Ada kalanya,menghunus pedang lebih baik dari mengeluarkan kata-kata. (oleh Azhar Jahar) Komentar sangat berbahaya ini memaparkan betapa status ‘puisi jumaat’ berkait Mufti Perlis ini membenih kebencian secara kolektif dan boleh bertukar arah menjadi liar. Lihat rakaman skrin komentar beliau yang disertakan di sini. Rumusan Saya berpendapat ‘puisi pagi Jumaat’ ini mempunyai satu asas yang sama dengan novel The Satanic Versus oleh Salman Rushdie, dan kartun ‘Nabi Muhammad’ oleh Charlie Hebdo. Persamaan yang asas itu ialah seseorang, atau satu organisasi menggunakan lesen pengaruh dan wibawa yang ada untuk melakukan penghinaan ke atas agama (dan lebih penting, penganut agama) lain. Pada sesi United Nations yang ke-25 iaitu pada 11 Mac 2014, Profesor Dr Heiner Bielefeidt, Special Rapporteur on freedom of religion or belief ketika itu telah menegaskan kebencian terhadap agama secara kolektif bukan sesuatu yang alamiah tetapi adalah sesuatu yang boleh dielakkan. Kita tidak harus terkeliru bahawa isu berkait Dr Zakir Naik adalah isu jenayah di India di mana terdapat dakwaan beliau membenihkan keganasan, dan penggubahan wang haram. Samada benar atau tidak bukan soalnya di sini. Adalah tidak berbaloi untuk rakyat Malaysia yang rencam kaum dan agama bertelagah, apatah lagi bermusuhan semata-mata kerana mempertahankan seorang warga India yang kontroversial dengan dua waran tangkap. Kesejahteraan warga Malaysia semua kaum dan agama lebih wajar dilindungi. Status facebook dengan kebencianterkait Mohd Asri, Mufti Perlis ini sama sekali menyalahi Islam kasih sayang yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Saidina Ali, dalam surat kepada gabenornya Malik Asytar di Mesir menyatakan ‘manusia adalah saudara seagama kamu, atau berstatus manusia seperti kamu juga’ justeru maruah diri, kesetaraan, kemerdekaan dan persaudaraan sesama manusia hendaklah ditekankan. Rujukan Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights. 2012. Rabat Plan of Action on the prohibition of advocacy of national, racial or religious hatred that constitutes incitement to discrimination, hostility or violence. Rabat: Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR). Halaman 6-7 http://www.projekdialog.com/featured/melawan-kebencian-kolektif/ http://www.projekdialog.com/featured/pelan-tindakan-rabat-ungkapan-kebencian/ http://www.thestar.com.my/news/regional/2017/04/21/zakir-naik-second-arrest-warrant/]]>

Kesabaran Umat Minoriti Ada Had

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

  Tulisan pop Ridhuan Tee Abdullah (2013) berjudul ‘Kesabaran Umat Islam Ada Had’ dengan segera memanggil saya mencari kembali buku tulisan Anthony Löwstedt (2010), ‘Apartheid Ancient, Past, and Present’. Dr Ridhuan Tee adalah seorang ahli akademik yang kini bertugas di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Beliau dilapor mengajar subjek Politik dan Kerajaan oleh portal rasmi institusi tersebut (Portal Rasmi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 2012). Anthony Löwstedt pula adalah sarjana kelahiran Sweden pernah berkhidmat di The International Press Institute, sebelum menjadi ahli akademik di University of the Witwatersrand, dan University of Pretoria. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Bir Zeit University, Ramallah Palestin. Sejak 1997, Löwstedt mengajar subjek Media Communications, History, and Philosophy di Webster University Vienna. Buku beliau ‘Apartheid Ancient, Past, and Present’ ditulis selama 12 tahun, satu kajian mendalam merangkumi tiga benua mengenai amalan apartheid. Antara tahun-tahun 1948-1994, Afrika Selatan berada di penjuru yang paling memalukan dalam sejarah umat manusia kerana ia adalah sebuah negara yang mengamalkan apartheid.   Hakikatnya, meskipun apartheid telah tumbang di Afrika Selatan pada tahun 1994, ia masih dapat dihidupkan kembali semangatnya oleh individu-individu tanpa negara. Oleh kerana itu, kehadiran ‘state-less apartheid’ ini jauh lebih berisiko dan berbahaya memandangkan ia tidak berpusat dan boleh menjelma di mana-mana, dengan pelbagai nama. Berdasarkan kerangka yang diperkenalkan oleh Anthony Löwstedt dalam kajiannya yang berjudul ‘Apartheid Ancient, Past, and Present’, makalah akan cuba melihat secara terhad pengamalan apartheid dalam bentuk ‘state-less’ ini. Anthony Löwstedt dalam kajian beliau tersebut melihat apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan sebagai ‘apartheid yang sempit’, bahkan ‘apartheid dengan kadar yang luas’ diamalkan dalam banyak komuniti dan dipandang sebelah mata, atau tidak disedari oleh ramai pihak. Sebagai contoh Löwstedt menyebutkan apartheid diamalkan oleh pihak British di Ireland; apartheid juga mengambil bentuk mafia atau samseng pengedar dadah yang mengerasi serta menakut-nakutkan masyarakat setinggan dan miskin di Hong Kong;  ia boleh berlaku sebagai ‘gender apartheid’ ketika pemerintahan Taliban di Afghanistan di mana wanita didiskriminasikan dalam keadaan yang tidak terfikirkan akal; ia juga diamalkan secara angkuh dan berleluasa oleh Israel terhadap masyarakat Palestin dan Lubnan; dan hakikat ini diabaikan oleh masyarakat antarabangsa. Dalam erti kata lain, apartheid bukan semata-mata mengenai penindasan atas warna kulit. Ia terjadi dalam pelbagai bentuk yang luas. Ada empat perkara yang sangat penting ditekankan oleh Löwstedt dalam buku beliau tersebut. Pertama, apartheid tidak akan dapat berlaku dan mengambil tempat sekiranya ia tidak mendapat dokongan masyarakat terbanyak. Malahan, menurut beliau lagi masyarakat sivil bertanggungjawab menyubur, bekerjasama, dan menggalakkan situasi apartheid ini. Dalam banyak keadaan pegawai kerajaan atau segelintir kaum minoriti yang tertindas akan turut bergotong royong melakukan apartheid kerana mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri: a powerful portion of civil society is needed to support apartheid and that the latter cannot exist without the cooperation, empowerment, and enrichment of a considerable number of civilian – as well as many state-employed – members of an oppressive ethnic minority (Anthony Löwstedt, 2010: 6). Sebagai contoh diskriminasi terhadap kaum natif di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand berlaku kerana kesedaran masyarakat adalah kurang, dan semangat apartheid itu telah ditanam dalam benak individu sehinggakan diskriminasi berlaku secara natural. Perkara kedua berkenaan apartheid dalam kajian Anthony Löwstedt adalah, dalam banyak keadaan, apartheid adalah mengenai eksploitasi masyarakat kecil yang tertindas: apartheid was never chiefly a matter of prejudice and cultural or religious differences, but, a great deal more importantly, concrete and material violence and exploitation (Anthony Löwstedt, 2010: 7) Eksploitasi dan diskriminasi tersebut tidak perlu dilakukan dalam bentuk undang-undang. Ia (apartheid) diterima kerana ia adalah amalan biasa, bahkan dalam banyak keadaan peruntukan undang-undang yang sedia ada akan digunakan oleh kaum elitis untuk mencipta lebih banyak penindasan dan dieksploit sebagai strategi untuk mempertahankan keberadaan mereka. Perkara ketiga yang disebut oleh Löwstedt adalah ‘kelicikan’ apartheid menyusup sebagai satu penipuan sehingga ia disangkakan sebagai satu kebiasaan: apartheid never was fundamentally based on law. It was always based on practice, and so, ultimately, were the apartheid laws. In fact, legislative, executive, judicial, business, and information powers and institutions are generally used and abused in apartheid societies in order to support, uphold, implement and reinforce such practice. The spectrum of that practice reaches from entirely unprovoked physical violence over legalized theft to insidious ideology. Thus, apartheid law never has become an organic legal or even political entity, but, rather, it has remained a constantly shifting, haphazard result of strategies, full of internal contradictions, inconsistencies, even containing conscious, unconscious and halfconscious lies. Apartheid laws are mainly the results of the conflict-engendering interests and perceptions of different elites within the oppressive minority and of the fluctuating environment of resistance against the realization of those interests (Anthony Löwstedt, 2010: 6). Perkara keempat dalam perhatian Löwstedt adalah apartheid tidak semestinya berlaku dalam bentuk perang atau persengketaan dua kaum atau kelompok masyarakat, tetapi apartheid dapat mengambil tempat dalam bentuk diskriminasi sosial, malahan penindasan ekonomi. Kalaupun ia dalam bentuk perang, ia akan dianggap sebagai satu sengketa yang tidak mungkin berakhir dan masyarakat cenderung untuk tidak mempedulikan dan membiarkannya sahaja: apartheid was never merely a state of war between different peoples either, but also a matter of invasion, oppression, theft, intimidation, and exploitative economic and social relationships. In other words, it does not only consist of endlessly spinning cycles of retaliatory violence; it has discernible, and indeed easily identifiable, beginnings, and it is essentially much more than mere violence. In fact, it is sometimes written off as a war that will never end and can never end, as something inevitable, something spuriously based in human genes or culture: Blacks or Non-Whites must fight Whites, and vice versa, Arabs (or Muslims) must fight Jews, and vice versa (Anthony Löwstedt, 2010: 7). Sebagai contoh, perlawanan antara Zionis dan kaum Palestina sering dianggap ‘tidak mungkin berakhir’ dan terlepas dari perhatian masyarakat sebagai satu apartheid. Jikalaupun ia mendapat perhatian, ia adalah sangat bermusim. Contoh lain apartheid yang tidak disedari adalah apartheid yang mengambil wajah ekonomi. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat polisi di mana kaum Bumiputera mendapat diskaun tatkala membeli hartanah pada kadar 7 persen. Polisi dalam Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat memberikan kek keuntungan ekonomi secara saksama kepada orang Melayu tersebut telah dieksploitasi oleh golongan elit dan atasan Bumiputera sehinggakan masyarakat kelas tinggi semakin kaya, dan kumpulan kecil yang miskin semakin tertekan. Hal ini misalnya menjadi tinjauan kritis Real Estate and Housing Developers Association (REHDA). Datuk Anthony Adam Cho yang menyatakan; ‘the more expensive the unit, the more discount is given. Why are the poor subsidising the rich?’ (Zurairi AR, 2013).  Dalam hal ini apartheid kelas yang menindas kaum bawahan telah berlaku. Ciri-ciri apartheid yang ditonjolkan oleh Anthony Löwstedt, yang juga seorang aktivis hak asasi manusia di Palestina, mempunyai persamaan dengan ciri-ciri asabiyyah yang digariskan oleh tradisi ahlul bait. Asabiyyah boleh wujud dalam bentuk kepercayaan dan ideologi agama, ketaksuban terhadap nusa, bahasa atau warna kulit. Pertalian ini juga boleh berlaku kerana profesyen yang sama, atau kerana hubungan guru dan murid, atau sesuatu yang lain. Ia adalah satu aib moral yang muncul gara-gara mempertahankan status kebenaran atau agama, tetapi realitinya, ia diamalkan untuk meluaskan pengaruh sendiri, seseorang yang dekat, atau ahli kumpulan: Asabiyyah is an inner psychic trait that is manifested in patronizing or defending one’s kindred or those with whom one has some kind of affinity or relation, whether it be creed and religious ideology, soil or home, language or colour. This affinity may also be due to similarity of profession or the relationship of teacher and pupil, or something else. It is a moral vice that appears to take the form of defence of truth or religion, but in reality it is aimed at extending one’s own influence or that of one’s co-religionist(s), relative(s), friend(s), or member(s) of group. Figur hak asasi manusia terkenal dalam Islam, iaitu cicit Rasulullah saw, Imam Ali Zainal Abidin menyatakan asabiyyah berlaku apabila ia merasakan kumpulannya lebih baik dari kumpulan yang lain lalu melakukan penindasan terhadap kumpulan-kumpulan tersebut. Az-Zuhri asked Ali ibn al-Husain (a) about prejudice (‘Asabiyyah). He (Ali ibn al-Husain (a))said: ‘Asabiyyah is that by which the person who has asabiyyah sins, that the man sees the evil of his own nation is better than the good of another nation. It is not ‘Asabiyyah that he loves his nation, but that he takes his nation to oppress (the other nation) (Al Kafi, tanpa tarikh). Asabiyyah dengan itu mempunyai dua anasir yang membentuknya. Pertama ia terbentuk kerana adanya prasangka. Prasangka berada dalam benak, menjadi sikap dan terbenih oleh kekhuatiran tidak bersebab, kejahilan atau kebencian. Kedua, prasangka yang tertanam dalam hati itu mulai diberi aksi dan dilakukan dengan kata-kata, tingkah-laku, dasar, jenayah yang dilakukan oleh individu, kumpulan mahupun institusi:   A prejudice is an opinion, prejudgment, or attitude about a group or its individual members. Prejudice is often accompanied by fear, ignorance, or hatred, as well as attempts at psychological bolstering or even real-world gaining of status by building attachment to an in-group and trying to separate oneself from out-groups. It could be considered ‘Asabiyyah of the heart or mind, in contrast to discrimination, which is ‘Asabiyyah in action, even if the action is only in speech or a look that someone else can see.  Discrimination is behavior that treats people inequitably because of their group memberships and includes everything from verbal slurs and social slights, failure to provide reasonable accommodations or access, to media images, preferential hiring, pay, renting and admission policies, apartheid, and hate crimes. Discrimination can be committed by individuals, groups or institutions (Masooma Beatty, 2010) Justeru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan Ridhuan Tee Abdullah, menulis mengenai ‘lautan manusia satu warna’ dan ‘rumah ibadat yang berwarna-warni’ dengan nada prasangka: Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini. Hari ini pergilah ke mana sahaja. Jika dahulu, rumah ibadat dan patung-patung tidak banyak kelihatan meriah. Kalau adanya pun agak suram dan tidak nampak tombolnya. Tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni (Ridhuan Tee Abdullah, 2013). Pendapat Ridhuan Tee Abdullah di atas sangat berlawanan dengan gagasan 1Malaysia yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu, dalam konteks definisi yang diberikan oleh Anthony Löwstedt di atas, pandangan Ridhuan Tee Abdullah tersebut agak sempit memandangkan ‘apartheid dalam kadar yang luas’ adalah melampaui prasangka dan prejudis kaum dan warna kulit. Oleh kerana apartheid boleh dan dapat menjadi satu kebiasaan serta dianggap alamiah, pendapat Ridhuan Tee Abdullah tersebut akan lama-kelamaan dipersetujui oleh masyarakat yang lebih dominan. Sehubungan dengan itu, apartheid-perkauman-asabiyyah (apa sahaja namanya), wajar dipatahkan. Ia adalah sesuatu yang berbahaya untuk masyarakat kerana ia dapat dipelajari. Maka, ia mesti dihadapkan dengan pelajaran yang dapat menghujah kembali dengannya. Kumpulan dan individu rasis yang membawa dan menyebar kuman perpecahan yang bertujuan untuk menindas wajar dibawa bersemuka. Darihal ini, Löwstedt menegaskan rasisme mesti ditundukkan dan jangan dibiarkan: Racism is, however, a contagious disease. It is learned and not inherited in any way. Yet, quarantine is not a solution. Racists must be confronted and dealt with wherever and whenever they appear (Anthony Löwstedt, 2010: 14). Sekiranya mengambil kira kerangka Anthony Löwstedt di atas, sukar sekali menolak hakikat bahawa apartheid boleh berlaku di luar Afrika Selatan dan tidak berkubur begitu sahaja pada tahun 1994. Ia, apartheid malah boleh berlaku di Malaysia dan didokong oleh masyarakat secara tidak disedari.  Kejahilan masyarakat tersebut tidak wajar dibiarkan. Sebagai contoh, satu kempen tersusun untuk menyeru kerajaan Malaysia meratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan semua jenis diskriminasi antara kaum atau lebih dikenali sebagai International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD) perlu digerakkan. Konvensyen ICERD adalah sebuah dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memerlukan ahli-ahlinya untuk menghapuskan sebarang bentuk rasisme antara kaum di samping menggalakkan kesaksamaan dan perpaduan dalam kalangan semua kaum. Selain menjelaskan apa itu rasisme, konvensyen ini antara lain turut membekalkan ahli-ahlinya pelbagai mekanisme praktikal untuk mengurangkan rasisme, mengubah undang-undang dan dasar negara yang menggalakkan rasisme, dan juga mengutuk mana-mana kumpulan atau organisasi yang mengalakkan rasisme. Terdapat 175 buah negara telah menandatangani konvensyen ini tetapi Malaysia bagaimanapun memilih untuk tidak meratifikasikan Konvensyen ini. Selain Malaysia, 16 buah negara yang tidak menandatangani konvensyen ini adalah Burma, Korea Utara dan Angola. Malaysia walaubagaimanapun adalah Ahli Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva. Setakat ini, Malaysia hanya meratifikasikan 3 konvensyen antarabangsa iaitu, Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Penawar apartheid, atau asabiyyah dalam masyarakat hanyalah dialog. Yang dimaksudkan dengan dialog adalah dialog peradaban. Menurut Seyyed Hossein Nasr (2002: 142), dialog antara peradaban telah terancam pada kurun ke 18 dan 19 di mana kuasa politik Eropah telah mengehadkan dialog antara pelbagai peradaban kepada penumpuan terhadap satu peradaban, iaitu peradaban mereka yang dianggap unggul dan ulung; ‘it is the idea that there is fact only one civilisation and all other civilisations were building block towards that one civilisation’. Keangkuhan barat ini tidak wajar dicontohi. Seyyed Hossein Nasr (2002: 153) menegaskan dialog peradaban yang beliau maksudkan adalah dialog antara agama, ia adalah tunjang atau ibu segala dialog: If civilisational dialogue does not take into consideration the centrality of religion, than everything else is secondary. It is not very relevant. If Islam and Hinduism cannot come to understand each other than to compare the Taj Mahal with some Hindu building and so on and so forth is really secondary. We are not going to understand each other’s civilisations. Hal ini kerana setiap agama dan peradaban menekankan etika. Dialog mengenai etika itu yang perlu diselaras dan difahami oleh ahli masyarakat khususnya intelektual. Tentulah malang, seorang sarjana dengan bidang kepakaran politik dan kerajaan gagal mendakap gagasan dan gesaan untuk berdialog. Adalah mendukacitakan sekiranya kita gagal meraikan keinginan manusia untuk beragama, ‘rumah ibadat’ yang kecil dan kini menjadi besar, atau ‘tombol rendah’ yang kini menjadi ‘tinggi dan berwarna-warni’ haruslah dilihat sebagai sebahagian dari jawapan, respon dan solusi rakyat Malaysia kepada cengkaman aparthied yang mencekik tengkuk mereka menerusi penindasan ekonomi. Hakikat bahawa rakyat Malaysia mencari nilai spiritual berbanding kebendaan di tengah keganasan apartheid dan asabiyyah tidak wajar dipertikaikan. Tentu, kita tidak wajar menyalin perangai kuasa kolonial, melainkan kita memang secara tidak sedar mewarisi keangkuhan mereka kerana apartheid, meminjam pandangan Anthony Löwstedt,  memang dianut oleh sebahagian besar masyarakat ekoran kejahilan mereka sendiri. Umat Islam yang beragama, umat Hindu yang beragama, umat Kristian yang beragama, dan lain-lain umat lagi haruslah duduk semeja dan mulai berdialog. Seterusnya Seyyed Hossein Nasr (2002: 158) sebagai pemikir Islam yang ikonik menegaskan fenomena umat berperadaban (dalam erti kata lain kembali beragama) adalah semakin kuat. Memang, ia acap kali mengambil rupa fanatik, tetapi kefahaman terhadap agama sangat sentral sehingga mengabaikannya adalah ibarat menempah kecelakaan untuk seluruh masyarakat. Kenyataan bahawa kumpulan tertindas akan membiarkan diri terus ditindas dan dihambakan tidak lagi berlaku. Saranan dialog seperti yang dinyatakan oleh Seyyed Hossein Nasr di atas sangat penting dan berguna menjadi pedoman. Ini kerana individu yang terleka, jahil, dan berasa natural dengan gejala apartheid dan asabiyyah dalam diri perlu tahu bahawa kesabaran umat minoriti ada hadnya. Sebagai contoh baru-baru ini, ‘sectarian-apartheid’ yang berlaku di Pakistan sekian lama telah mengakibatkan kemarahan yang membuak-buak dalam kalangan minoriti Syiah. Kumpulan minoriti tersebut akhirnya mengambil pilihan untuk menunjuk perasaan dengan membawa keranda, dan juga jenazah korban pengeboman Lashkar-e-Jhangvi ke jalanraya. Gejala ‘sectarian-apartheid’ yang bertukar pertumpahan darah ini bagaimanapun tidak diambil berat oleh kerajaan Pakistan, kerana masyarakat terbanyak (majoriti) berasa tidak peduli malah merasakan ia sebagai sesuatu yang alamiah; ‘the government’s persistent failure to apprehend attackers or prosecute the extremist groups organising the attacks suggests that it is indifferent to this carnage’ (Human Rights Watch, 2012). Kumpulan Hezbollah di Lubnan turut menggesa badan-badan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa untuk mengenengahkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah takfiri (pelabel kafir atau pengkafir orang lain) ini dengan lebih aktif; ‘The continuous massacres and collective killings of hundreds of innocent civilians forces the international community and human rights organizations to raise their voices to condemn these Takfiri criminals’ (The Daily Star, 2013). Sejak tahun 80an lagi, minoriti Syiah telah menjadi sasaran pembunuhan yang tidak sudah-sudah. Sebahagian penganalisis percaya ia menjadi sangat buruk ekoran program Islamisasi kelolaan Jeneral Zia ul-Haq yang bermula pada tahun 1979. Seperti yang telah dinyatakan oleh Anthony Löwstedt, polisi, undang-undang malah seluruh jentera kerajaan sesebuah negara boleh digunakan untuk membenihkan apartheid secara sedar atau tidak dan itu dilakukan oleh Jeneral Zia ul-Haq gara-gara mempertahankan pemerintahan tenteranya. Program Islamisasi tersebut membolehkan kumpulan militan diberi segenap kekuatan; ‘hardline religious groups were strengthened’ yang mendorong mereka melakukan pelabelan (yang merupakan simptom apartheid) kafir kepada kumpulan yang tidak sebulu atau sejalur fikiran dengan mereka. Apartheid yang tertanam menjadi alamiah ini mulai dianut oleh kumpulan tertentu lalu dizahirkan dalam bentuk pembunuhan terhadap minoriti Syiah; ‘committed by Sunni militants inspired by al-Qaeda’s ideology’ (Alastair Lawson, 2011). Satu lagi contoh kesabaran umat minoriti ada hadnya ialah gejala ‘gender-apartheid’ yang berlaku di India. Hujung tahun lalu, khusus di New Delhi iaitu pada 21 Disember 2012, masyarakat kelas pertengahan benua kecil India telah bangkit dari kelekaan serkupan apartheid.  Tragedi rogol yang menimpa seorang wanita berusia 23 tahun dan teman lelakinya setelah pulang menonton filem Life of Pi di Saket selatan Delhi membuakkan kemarahan dan meledak menjadi protes sosial paling bersejarah. Di sebuah negara yang hak-hak wanita sering diredam dan dinafikan, peristiwa ganas yang menimpa gadis 23 tahun tersebut sungguh menyayat hati. Apartheid telah menjadi raksaksa sehingga enam lelaki boleh tergamak memperkosa seorang wanita, menjolok kemaluannya sehingga terkeluar isi perut, lantas mencampak pasangan keluar dari bas. Tidakkah ini bentuk kejahilan apartheid yang dibiarkan sehingga menjadi terlalu besar dan agam untuk dilawan? Apa yang lebih mencetuskan kemarahan kaum wanita ialah Raju, lelaki berusia 17 tahun telah memperkosa wanita itu dua kali dan bertanggungjawab menjolok kemaluan dan duburnya sehingga menyebabkan mangsa cedera parah. Raju akan terlepas dari undang-undang memandangkan beliau belum dianggap dewasa menurut undang-undang sivil India. Gender-apartheid ini berlaku di sebuah negara demokrasi terbesar yang sering menjadi contoh akan kecekapan perjalanan pilihanrayanya. Kehidupan seorang wanita di India amat menakutkan. Angka kes rogol yang dilaporkan amat besar, dan ini hanyalah angka yang dilaporkan kerana dalam banyak keadaan mangsa memilih untuk tidak berdepan dengan stigma budaya: the number of reported rapes — in a country where a cultural stigma keeps many victims from reporting the crime — has increased drastically, from 2,487 in 1971 to 24,206 in 2011, according to official figures. New Delhi alone had 572 rapes reported in 2011 and more than 600 in 2012 (CNN Staff, 2013). Kes rogol beramai-ramai tersebut sangat menggamamkan. Bagaimanakah India, yang tunjang peradabannya adalah agama Hindu dapat melakukan apartheid sedemikian rupa terhadap wanita? Tidakkah nama-nama dewi seperti Sati, Parvati, Durga, Kali, Bhuvaneswari, Saraswati, Sri Lakshmi, Sita dan Radha memberi erti buat kaum lelaki Hindu di India? Jawapannya ialah kerana apartheid telah sangat berisi kuku sehinggakan agama, dan etika sudah dirodok dan terhumban keluar dari masyarakat. Peristiwa malang yang menimpa kaum wanita di India tersebut menerima kritikan keras dari United Nations Entity for Gender Equality and the Empowerment of Women (UN Women): A 2010 study by the Government of New Delhi, JAGORI and UN Women showed that 54 per cent women and 69 per cent men who see women getting harassed prefer to not get involved. Public apathy needs to be converted into public empathy. We need communities and individuals to be a part of this change in mindsets, attitudes and beliefs. We call on the Government of Delhi and India to do everything in their power to take up radical reforms, ensure justice and reach out with robust public services to make women’s lives more safe and secure (Anne F Stenhammer, 2012). Gender-apartheid ini bukan sahaja terjadi di India, ia turut dilakukan dalam kalangan umat Islam. Dalam sejarah peradaban manusia moden, pemerintahan Taliban di Afghanistan adalah naratif pilu yang mencengangkan. Tidakkah Islam telah memberi hak kepada kaum wanita sedemikian mulia? Mengapakah wanita didiskriminasi dengan hebatnya? Badan Physicians For Human Rights (1998: 54) yang dianugerahkan Nobel Peace Prize pada tahun 1997 melaporkan wanita di bawah pemerintahan Taliban dihadkan penyertaan mereka dalam masyarakat sehingga tidak berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan: Human rights are founded on principles that all members of the human family are equal in dignity and rights. However, where discrimination against women exists, women are often excluded from effective participation in identifying and securing their rights. In Afghanistan, Taliban restrictions on women’s participation in society make it nearly impossible for women to represent their health and human rights interests. Terdapat banyak jenis apartheid di dunia ini, dan manusia kecil terus tertindas sehinggalah tiba Cahaya di hujung zaman kelak. Namun demikian, usaha pembendungan apartheid harus kekal berjalan dan digerakkan. Sikap tidak serius kerajaan Malaysia dalam hal-hal yang dapat membenihkan pelbagai jenis apartheid dalam hal ini dirujuk. Sikap sambil lewa terhadap International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD) adalah satu tanda lemahnya perhatian pihak berkuasa terhadap gejala apartheid yang boleh tumbuh sebagai kanser dalam komuniti. Ia juga menunjukkan taraf kesuburan hak asasi manusia di Malaysia di tahap yang membimbangkan meski tidak mandul. Pihak berkuasa perlu mengambil kira pandangan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Tan Sri Simon Sipaun (2012), yang juga merupakan pengerusi PROHAM. Menurut beliau ketidakseimbangan ras di Malaysia dalam keadaan membimbangkan kerana, meminjam pandangan Anthony Löwstedt, ‘diskriminasi telah dianut secara alamiah’: Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not. Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. The communities which really need assistance by way of affirmative action are the orang asli, Penans and other indigenous minorities. One objective way to determine the extent to which racial discrimination exists or does not exist in this country is to examine what statistical data indicate regarding who and which community is in control of the economic, social, cultural, civil and political life. Jika Ridhuan Tee Abdullah menegaskan kesabaran umat Islam ada hadnya, beliau juga wajar sedar  kesabaran umat minoriti ada hadnya. Dalam sebuah negara yang didiami oleh multi etnik dan agama, dua kutub kesabaran yang melampaui had akan menyebabkan konflik tercetus. Dialog adalah jalan terbaik untuk meredakan konflik. Prasangka dan pemupukan fenomena apartheid adalah jalan terburuk. Ia bukan sahaja menyiram minyak ke dalam api sengketa dan fitnah, ia membuka jalan kepada pertembungan yang bakal merugikan negara.  Kepelbagaian etnik dan agama di Malaysia adalah aset untuk pertahanan nasional, bukan satu kekurangan. Tentu sahaja mana-mana sarjana yang sihat dan pakar tentang politik dan kerajaan pun akan bersetuju dengan Anthony Löwstedt, dan penyelesaian yang dinyatakan oleh Seyyed Hossein Nasr.   * Pada 23 Februari 2013 ini, satu forum berjudul ‘Malaysia is ready: Say NO TO RACISM’ anjuran Islamic Renaissance front akan berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Mont Kiara. Antara panel yang akan hadir adalah Dr. Ahmad Farouk Musa, Jerald Joseph, Datuk Ambiga Sreenevasan, Datin Seri Paduka Marina Mahathir, Zaid Kamarudin, Lim Chee Wee dan Dr. Kua Kia Soong. Forum akan membincangkan International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD).   RUJUKAN Abdullah, R.T. 2013. Kesabaran umat Islam ada had. 18 Februari. Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/kesabaran-umat-islam-ada-had-1.132091 Ali ibn al-Husain. Asabiyyah. Dlm. Al-Kafi. Jilid 2. Hadis nombor 7: 309. Beatty, M. 2010. Islam on Prejudice. 15 Jun. Islamic Insights. http://islamicinsights.com/religion/religion/islam-on-prejudice.html CNN Staff. 2013. Rape case ‘an awakening’ for India, victim’s father says. 10 Januari. Cable News Network. http://edition.cnn.com/2013/01/09/world/asia/india-rape-case Human Rights Watch. 2012. Pakistan: Shia killings escalate government and security forces fail to protect muslim minority. 5 September. Human Rights Watch. http://www.hrw.org/news/2012/09/05/pakistan-shia-killings-escalate Lawson, A. 2011. Pakistan’s evolving sectarian schism. 4 Oktober. BBC News South Asia. http://www.bbc.co.uk/news/world-south-asia-12278919 Löwstedt, A. 2010. Apartheid: Ancient, Past, and Present Systematic and Gross Human Rights Violations in Graeco-Roman Egypt, South Africa, and Israel/Palestine. Vienna: Gesellschaft für Phänomenologie und kritische Anthropologie. Nasr, S.H. 2002. Religion and Civilizational Dialogue. Al Huda. Volume II (6): 141-158. Physicians For Human Rights. 1998. The Taliban’s War On Women: A Health And Human Rights Crisis in Afghanistan. Washington DC dan Boston. Portal Rasmi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 2012. Nama Pensyarah dan Bidang Kepakaran Staf di Pusat Pengajian Umum dan Bahasa.  15 Mac. http://www.upnm.edu.my/index.php?req=d5&id=965 Quran and Sunnah Propagation Mission. Tanpa tarikh. Prejudice Asabiyyah. http://quranwasunnah.com/index.php?request=prejudice Sipaun, S. 2012. Why Malaysia should ratify ICERD. 31 Oktober. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-malaysia-should-ratify-icerd-simon-sipaun Stenhammer, A.F. 2012. UN Women condemns gang rape of Delhi student. 20 Disember. UN Women. http://www.unwomen.org/2012/12/un-women-condemns-gang-rape-of-delhi-student/ The Daily Star. 2013. Hezbollah slams bomb blasts in Iraq Pakistan. 19 Februari. The Daily Star. http://www.dailystar.com.lb/News/Local-News/2013/Feb-19/207014-hezbollah-slams-bomb-blasts-in-iraq-pakistan.ashx#ixzz2LIklaz5q Zurairi AR. 2013.  Relook Bumi quota, low-cost housing policies, Putrajaya told. 19 Februari. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/relook-bumi-quota-low-cost-housing-policies-putrajaya-told/ ]]>

Atasan dan Bawahan

 oleh Mohd Faizal Musa

Siapakah orang ini?
bukankah sejak di tadika lagi
kita sudah diasuh, hanya Tuhan ada di atas;
justeru tiada yang menindih kita –
bukankah khutbah di masjid sudah memeri
hanya Tuhan Maha Besar
jsuteru semua insan kerdil belaka –
bukankah Rasul sudah berpesantiada umatku yang lagi jadi hambakerana pesan iman dan syahadah sudah memerdekakan –
bukankah demikian sekian pelajaran?
Inilah bahagian dari sejarah
Ibrahim melawan Namrud, payah
Musa melawan Firaun, susah
Muhammad melawan raja Mekah, lelah
Ali melawan Muawiyah, parah
Husin melawan Yazid, darah.
Translated:
Who is this man?
were we not told since kindergarten
we were nurtured to believe, that no one is above God;
thus no one is above us –
have the sermons not stressed
that only God is Great
thus we are minute –
did our Prophet not remind us
that no follower of his will be a slave
for the promise of iman and shadah will liberate us –
was all this not the lesson?
This is history
Ibrahim fought Nimrod, trouble
Moses fought the Pharoah, struggle
Muhammad  fought the elites of Mecca, hardship
Ali fought Muawiyah, tragedy
Husin faced Yazid, blood.
]]>

Penan: 25 tahun. Sesudah Marudi, janji ditepati?

Oleh Dr Mohd Faizal Bin Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hujung minggu ini, iaitu sehari sebelum negara menyambut Hari Malaysia; satu aksi renungan yang mendalam perlu dilakukan oleh kita semua, khususnya buat penganut agama Islam. Dua puluh lima tahun yang lalu, satu rayuan yang sangat mengharukan telah dilaung dari Baram. Pada 15 September 1987, kaum-kaum asli Sarawak mengadakan sebuah bengkel, lanjutan dari bengkel pertama mereka yang sebelumnya berlangsung pada 15 dan 16 Julai 1987. Bengkel yang dimaksudkan bertujuan untuk membincangkan masalah mereka dan juga untuk menyediakan satu pengisytiharan yang disepakati antara kaum-kaum asli dari komuniti yang berlainan. Malam 15 September tersebut, satu mesyuarat khas dianjurkan untuk membincangkan masalah yang dihadapi orang Penan. Ini memandangkan masyarakat Penan adalah penghuni hutan, hidup tanpa perkampungan teratur dan sangat bergantung kepada hasil hutan. Penan seperti yang kita semua maklum, merupakan kaum yang paling terjejas ekoran kegiatan pembalakan di Sarawak. Sebelum tengah malam, kira-kira detik menghampiri Hari Malaysia yang bersejarah tersebut – enam puluh orang peserta mewakili lima belas komuniti yang berlainan; terdiri daripada kaum-kaum asli Kayan, Kenyah, Kelabit, Iban, Berawan, dan Penan memutuskan satu deklarasi yang dinamakan Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987. Pengisytiharan tersebut memuatkan penyataan rasmi berbunyi: Kaum, orang asli dari komuniti kaum asli yang berlainan di Sarawak berjumpa pada 15 September di Marudi, Baram. • Mengenal pasti bahawa kaum-kaum asli dan nenek moyang mereka telah menetap di atas tanah Hak Adat kaum Asli (NCR – Native Customary Rights) sejak beberapa generasi. • Dan mengenal pasti bahawa kaum-kaum asli dan komuniti-komuniti mereka bergantung sepenuhnya kepada tanah NCR untuk terus hidup. • Dan mengakui bahawa kaum-kaum asli dan komuniti-komuniti mereka sedang dan akan terus menghadapi masalah-masalah serius akibat kegiatan pembalakan secara sebarangan yang giat dijalankan oleh beberapa syarikat kayu balak di atas tanah NCR mereka. • Dan mengakui bahawa banyak lesen kayu balak atau pembalakan telah diluluskan secara sebarangan bagi kawasan tanah yang meliputi tanah NCR. • Dan mengenalpasti bahawa negeri dan agensi-agensi kerajaan yang berlainan tidak mengambil sebarang langkah untuk mempertahankan NCR. Dengan ini kami memutuskan seperti berikut :- 1. Semua lesen pembalakan /kayu balak yang meliputi tanah NCR dan/ atau sempadan rumah panjang yang berlainan dibatalkan dan/ atau ditarik balik; 2. Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan mengiktiraf hak adat tanah kami ke atas tanah kami; 3. Semua sempadan komuniti-komuniti kaum asli/rumah panjang yang berlainan, patut ditentukan dan ditandakan bagi mengelakkan sebarang peselisihan diantara mereka; 4. Polis harus bertindak secara adil dan tidak kelihatan sebagai alat yang dipergunakan bagi menjaga kepentingan syarikat-syarikat kayu balak; 5. Pampasan dibayar bagi semua kerosakan kepada tanah-tanah NCR, tanaman, tempat perkuburan, dan sumber-sumber penting lain, yang disebabkan oleh syarikat-syarikat kayu balak; 6. Sekatan-sekatan kami adalah sah kerana didirikan di atas tanah kami sendiri untuk mempertahankan hak-hak kami; 7. Setiap ketua komuniti patut bekerjasama dan memperjuangkan kepentingan komuniti mereka masing-masing dan bukan kepentingan mereka masing-masing; 8. Pembangunan tidak harus merosakkan alam semulajadi dan alam sekitar kami. Pembangunan mesti mengiktiraf hak adat kaum asli dan tidak merampas hak-hak kami. Pembangunan kepada kaum Penan tidak bermakna bahawa mereka harus menetap di satu tempat. Pembangunan kepada kaum Penan bermakna bahawa mereka mereka mempunyai hak untuk memilih dan mengekalkan cara hidup mereka; 9. Berita akhbar patut disampaikan secara adil dan bertanggungjawab dan bukan berat sebelah. Para pemberita patut melaporkan perkara yang benar dan menjalankan tugas mereka dengan sempurna; 10. Dan kami semua bersetuju menyertai Jawatankuasa Tindakan Hak-hak Kaum Asli (NRAC – Native Rights Action Committe) yang berasaskan objektif-objektif berikut :- i) berfungsi sebagai satu badan penasihat dan pendidik kepada komuniti-komuniti kaum asli dengan mengumpul dan menyebarkan maklumat daripada dan kepada komuniti-komuniti kaum asli yang lain; ii) mengenal pasti dan mendefinisikan hak-hak kaum asli; iii) mengambil tindak untuk memajukan, menasihatkan, mengumumkan dan menguatkuasakan hak-hak ini; iv) menasihatkan dan menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada kaum-kaum asli berhubungan dengan hak-hak ini, dan v) mengambil sebarang tindakan yang perlu demi kebajikan dan kemajuan kaum-kaum asli. Pengisytiharan di atas diluluskan oleh dua puluh orang wakil kaum asli yang telah menghadiri bengkel kedua tersebut. Mereka berasal dari komuniti rumah panjang Batu Belah (Tutoh), Linei (Tutoh), Long Napir (Limbang), Uma Bawang (Baram), Long Bangan (Tutoh), Long Leng (Layun), Long Belok (Apoh), Long Lilim (Patah), Long Kawi ( Patah), Long Itam (Patah), Long Lutin (Patah), Long Tepen (Pelutan), Long Paloh (Layun), Long Lateik (Apoh), Long Iman (Tutoh), Long Daloh (Patah), dan Sungai Abang (Akah). Bengkel di ambang Hari Malaysia itu juga memutuskan untuk menyokong penubuhan Persatuan Penan Sarawak. Beberapa bulan sebelum Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September tersebut, iaitu pada 30 Julai 1987, kaum Penan telah pun mendapat perhatian masyarakat umum apabila empat orang dari kaum Penan, dua kaum Kelabit, dua dari Kayan, dua dari kaum Lum Bawang, seorang Iban dan seorang suku Kenyah datang berjumpa dengan Timbalan Pedana Menteri Malaysia waktu itu, Abdul Ghafar Baba, serta beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang juga anggota kabinet dari Sarawak. Anggota Kabinet dari Sarwak yang ditemui antara lain ialah Datuk Leo Moggie, Datuk Amar Stephen Young dan Dr. Leo Michael Toyad. Janji ‘orang-orang besar pemerintah’ adalah untuk membawa tuntutan mereka ini kepada pihak yang sepatutnya. Bahkan mereka, kaum Penan dijanjikan oleh kerajaan kerajaan pusat yang mahu masalah kaum tersebut diselesaikan secara aman (Lihat Watan 30 Julai 1987). Sesungguhnya nasib yang dialami kaum Penan harus mendapat pembelaan sewajarnya. Sebagai golongan yang tertindas, rayuan-rayuan mereka kepada syarikat pembalakan sama sekali diabaikan. Dalam tahun 1987, Sahabat Alam Malaysia (SAM) pernah melaporkan bagaimana tanah-tanih tanaman milik kaum Penan di Long Kevok dan Long Leng (di Sungei Layun, Tutoh) dan Long Jenalong (di Apoh) telah dimusnahkan akibat aktiviti syarikat-syarikat pembalakan. Apa juga rayuan daripada mereka supaya pihak pembalak membayar gantirugi sama sekali tidak diendah. Paling memilukan, kerakusan golongan kapitalis menjarah dan memperbudakkan kaum asli telah berlangsung sekian lama. Antara rakaman yang kurang diketahui ialah laporan Ketua Pegawai Perubatan dari Bahagian Keempat Sarawak, Dr Andrew Kiyu selepas beliau mengunjungi Sungei Layun di Tutoh dalam tahun 1983. Beliau menjelaskan bagaimana “Kawasan sekitar hutan telah dimusnahkan, kaki-kaki bukit telah disodok oleh traktor-traktor. Aliran air yang dulunya mengalir jernih dan bersih dari gunung kini bertukar warna kuning dan tebal dengan lumpur selepas hujan, haiwan-haiwan jarang ditemui. Apa lebihan yang diterima oleh Kaum Penan? Kepingan zink lebihan yang tidak mahu dipakai lagi dari kem-kem balak; beberapa ratus ela persegi tanah yang telah dikorek, kononnya akan menjadi tapak pembinaan rumah panjang. Adakah ini suatu yang bernilai?” (Lihat Utusan Pengguna edisi April 1987). Masyarakat Penan juga telah diperdayai syarikat-syarikat pembalakan yang menipu mereka supaya menurunkan cap-cap jari pada perjanjian yang tidak mereka fahami dan mendatangkan keburukan kepada mereka. Sebagai misalan, salah satu perjanjian antara kaum Penan di Ulu Tutoh dan Wan Abdul Rahman Timber Sdn Bhd yang ditulis dalam bahasa Inggeris menyebut: “Kaum Penan tidak harus membuat aduan berhubung dengan pencemaran air minuman atau apa juga bentuk kegunaan air daripada sungai-sungai, anak-anak sungai dan terusan di dalam kawasan itu, kerosakan atau gangguan terhadap haiwan liar, hasil hutan atau pertumbuham hutan.” Hampir tiga tahun setelah Abdul Ghafar Baba, Datuk Leo Moggie, Datuk Amar Stephen Young dan Dr. Leo Michael Toyad berjanji; mesyuarat Persatuan Penan Sarawak di Marudi, Baram pada 20 dan 21 Januari 1990 memutuskan tiada janji telah ditepati. Mesyuarat tersebut telah mengenalpasti sebelas perkara untuk diatasi dan disuarakan kepada orang awam. Sebelas perkara itu adalah: 1. Aktiviti pembalakan masih lagi diteruskan dan bertambah giat dijalankan di semua kawasan. Banyak kawasan yang dimasuki semula beberapa kali dan mempunyai peluang yang tipis untuk subur semula. 2. Masalah pencemaran sungai dan anak sungai yang menjadi pergantungan untuk bekalan air dan untuk membasuh juga bertambah teruk. 3. Pemupusan sumber makanan (tumbuhan dan hidupan liar) mengakibatkan berlakunya kebuluran dan kekurangan zat di kalangan Penan. 4. Penyakit seperti tibi, penyakit kulit dan sakit perut menjadi lebih kerap dan kian merebak jika dibandingkan dengan keadaan sebelumnya. 5. Kawasan Hutan Simpan Komuniti yang dipohon oleh kaum Penan untuk keperluan mereka sudahpun dimasuki dan ditebang walaupun sementara menunggu pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa berkenaan. 6. Bantuan pembangunan dan janji-janji kerajaan untuk mewujudkan pusat perkhidmatan bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penting tidak diberikan atau tidak dipenuhi. 7. Jawatankuasa Kabinet Negeri Mengenai Hal Ehwal Penan tidak membuat sebarang lawatan untuk menyiasat keadaan kaum Penan dan tidak menunjukkan usaha yang ikhlas untuk melakukannya. 8. Hak Penan untuk menggunakan tanah, hutan dan sumbernya semakin berkurang. Ini adalah kerana kegiatan membalak dan kewujudan Taman Negara seperti Taman Negara Mulu. 9. Nampaknya terdapat sedikit atau tiada simpati dan keikhlasan pada sesetengah pegawai dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkait dengan Penan. 10. Penan juga kerap dianggap sebagai penjenayah, anti kerajaan dan anti pembangunan oleh sesetengah ahli politik dan individu di dalam kerajaan, kerana mereka sering membantah aktiviti yang menjejaskan kehidupan mereka di atas tanah milik mereka sendiri. 11. Penan sering dimalukan dan diancam kerana bantahan mereka terhadap syarikat pembalakan dan perjuangan mereka untuk melindungi hutan dan tanah mereka di kawasan penempatan sendiri. Lebih memalukan ialah undang-undang yang tidak adil seperti Seksyen 90B, Ordinan Hutan Bahagian 126. Jentera dan sumber negeri telah digunakan untuk memberikan perlindungan kepada syarikat kayu balak yang menyebabkan kerosakan kepada tanah dan harta-benda serta gangguan ekologi. Dengan demikian; mesyuarat memutuskan dan merayu kerajaan, kumpulan serta individu berkenaan supaya : 1. Menghentikan segera aktiviti pembalakan di semua kawasan penempatan kaum Penan. 2. Melarang kemasukan semula syarikat balak ke kawasan yang lebih jauh di kawasan Penan kerana ini akan menambahkan lagi kemusnahan terhadap kawasan hutan. 3. Menghentikan pembalakan di kawasan Penan kerana kawasan ini membentuk kawasan tadahan hujan yang penting bagi kebanyakan lembah sungai yang utama untuk mengelakkan bencana ekologi. 4. Mengambil langkah segera untuk menyediakan kemudahan asas seperti paip untuk bekalan air dan tangki air untuk memastikan bekalan air bersih kepada Penan. 5. Mengambil langkah segera untuk menjalankan program tinjauan kesihatan dan langkah untuk meningkatkan serta menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk Penan di kawasan penempatan mereka. 6. Kerajaan mesti mempercepatkan proses dan meluluskan permohonan Penan bagi Hutan Simpanan Komuniti untuk melindungi sesetengah kawasan hutan dari ditebang. 7. Bantuan pembangunan dan galakan yang dijanjikan kepada Penan semenjak beberapa tahun yang lalu haruslah segera dilaksanakan. Semua penempatan Penan haruslah dilengkapkan dengan semua kemudahan asas seperti klinik dan sekolah. 8. Membatalkan atau menarik balik semua tuduhan terhadap Penan dan kaum asli yang lain di bawak Seksyen 90B (Ordinan Hutan, Bahagian 126). Undang-undang ini tidak adil dan tidak wajar dikenakan ke atas penduduk asli dan perlu dimansuhkan. 9. Jawatankuasa Kabinet Negeri Mengenai Hal Ehwal Penan perlu dibubarkan kerana tidak berkesan dan tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Penan di negeri itu. Ia hanyalah ditubuhkan untuk mengelirukan orang ramai dan kumpulan-kumpulan yang mengambil berat tentang nasib penghuni hutan. 10. Kerajaan dan agensinya haruslah menghubungi Penan dalam setiap projek pembangunan yang melibatkan mereka dalam kawasan masing-masing. 11. Menyeru semua ahli politik, pemimpin kerajaan atau individu supaya berhenti mengecap Penan sebagai anasir subversif kerana kenyataan itu tidak berasas dan tidak berperasaan. Sebaliknya, tuduhan itu perlu ditujukan kepada pengeluaran lesen balak serta yang melalui tanah Penan dan menyebabkan kerosakan dan pemusnahan harta-banda Penan. Resolusi mesyuarat Persatuan Penan Sarawak di atas wajar dinilai sebagai satu rekod ‘prestasi’ kaum penguasa terhadap masyarakat tertindas. Dalam tahun 2012, dua puluh lima tahun sesudah Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987, kita membaca isi berita menjengkelkan seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post 10 Februari 2012; “What we do is collect reports on all the good and bad things written or said about the country and send them back to Malaysia. Issues range from politics to petty issues like animals in zoos and the Penans in Sarawak.” (Lihat http://www.theborneopost.com/2012/02/10/embassy-wary-of-ngos-out-to-discredit-country/) Kenyataan Malaysian High Commissioner ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong tersebut mengundang kecaman segelintir masyarakat antarabangsa kerana dibaca oleh ramai pihak sebagai menyamakan nasib kaum Penan yang tertindas dengan monyet kera di zoo. Selain itu, kita juga terpaksa menghadap tajuk berita yang berbunyi ‘Rape of Penan Women Did Occur’ dengan isi berita yang menyedihkan; “A special committee, set up by the Women, Family and Community Development Ministry, revealed that sexual abuses against Penan women and girls by timber workers as reported by The Star last year did take place in the Baram district. The special committee, set up last October to investigate the allegations, documented at least eight cases of rape and molest of Penan women and girls in its report. The report said one of the victims was raped by a timber worker when she hitched a ride in the company’s vehicle to go to school.” (Lihat http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/11/nation/4696153&sec=nation) Isu Penan sewajarnya sangat dekat di hati orang mukmin kerana mesej sebesar, sejagat dan sebenar Islam sewaktu diserukan oleh Rasulullah saw di kota Mekah ialah untuk membebaskan golongan tertindas dari penganiayaan pihak penguasa yang zalim. Kita mungkin sayu hati membaca tajuk berita berbunyi ‘Penan Muslims Set Up Blockade at Bintulu, Six Held’ pada 18 Mei 2012 lalu dengan isi beritanya; Six Penan Muslims were detained by police last Wednesday under suspicion of setting fire to a plantation where they had set up a blockade to demand that the land be returned to their families. The six were picked up by the police on May 16 after the plantation developer, Sebekai Plantation Sdn Bhd, alleged that they had set fire to the plantation (Lihat http://www.malaysiakini.com/news/198312). Tiga tajuk berita dalam tahun 2012 di atas tidak menunjukkan ada pemulihan prestasi sejak 1987. Barangkali Perutusan Perdana Menteri untuk Hari Malaysia 2011 yang berbunyi, ‘kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya’ adalah satu khayalan, jenaka dan kabus pagi yang kian sirna. Untuk Penan yang jumlahnya kurang lebih sepuluh ribu orang, mungkin, Hari Malaysia 2012, hanyalah satu lagi 15 dan 16 September yang tiada makna, satu lagi peristiwa malang yang tidak wajar diraikan kerana Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987 dua puluh lima tahun lalu sudah menjadi serpihan nota sejarah yang tidak dihiraukan. Kehidupan mereka tidak dianggap tiada nilai. Kemanusiaan sudah kian tiada. Perlindungan yang sedia ada tidak melindungi mereka secukupnya. Seksyen 5(1) Kanun Tanah Sarawak yang mengiktiraf hak penduduk asli sepertimana yang wujud pada 1 Januari 1958 tiada terpandang. Di sebalik dakwaan janji-janji kemajuan yang telah ditepati, mitos nikmat merdeka yang mengghairahkan, bayangkan, sebuah komuniti menghampiri selangkah lagi kepada kepupusan. Seperti yang dilaporkan oleh badan terkenal National Geographic, “the Penan face fewer and fewer resources, and their culture itself is on the verge of extinction” (Lihat http://www.nationalgeographic.com/features/00/earthpulse/rainforest/gallery2.html). Hujung minggu ini, saat sebahagian besar rakyat Malaysia bercuti panjang terdapat satu siri tuntutan yang belum terlunas, terdapat sehimpunan janji yang belum sungguh ditepati, dan terdapat kaum tertindas yang masih belum dapat mengecap nikmat kemakmuran Malaysia.
VERMOX
]]>

In the Name of Mother Fareeda, Daughter Adijuma and Holy Ariani

KAU! Tempik kawan saya nan seorang di hujung gagang. Jom jumpa! Dia menyergah lagi. Selalu, seringnya kalau dia berkeriau seperti ini tentu sahaja ada masalah. Teman saya itu baru berkahwin. Kira-kira lima enam bulan. Dan saya tidak hadir majlisnya kerana berada di Geneva. “Boleh kah jumpa isteri orang tanpa suami”, saya menghilai di sini. “Jangan main-main. Jom jumpa.” Suaranya mendesak, ada getar yang mengesankan. Dan apa keluhnya selepas berkahwin? Bukan, bukan suami minta bukan-bukan. Tak ada posisi anjing, atau kaldai. Bukan kerana dia tidak pandai memasak dan lauknya serasa masin terlebih. Bukan itu semua. “Apa hal?” Tanya saya membalas jerkah. “Semua orang desak aku mengenakan tudung.” “Semua orang?” “Kecuali kau”.  Kata teman saya jujur. Matanya seakan berair. “Mereka, mereka bilang aku pasti ke neraka.” “Oh my.” Balas saya tersedak kopi Somali. “Neraka bukan manusia punya. Neraka Tuhan yang punya. Tiada siapa berhak menghantar ke neraka melainkan Tuhan. Itu pun, Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kau tahu bukan?” Dia angguk. Kemudian bersuara sepatah. “Kau tak pernah kelihatan canggung berteman denganku. Kerana aku membiarkan rambut terlepas begini. Kadang diwarnai merah atau sedikit kuning.” “Freedom of expression.” Aku ketawa. “Mereka, semua memaksaku mengenakan tudung. Sekarang aku harus memilih…apakah hijab yang sesuai untukku.” Teman itu kelihatan hiba. “Aku tak dapat menolong. Aku free hair. Aku tak bertudung.” Sengaja berseloroh. “Hoi…aku perlu bertudung. Kau kan tahu semua..” “Whoaaaaa.” Saya tertawa. “Please. I need this… in the name of Mother Fareeda, daughter Adijuma and holy Ariani, help me.” Makin kuat sangkak tawa saya mendekah. Hingar kafe Gloria Jean itu sejenak dengan dedai gelak kami berdua. “Tentu, kau tidak mahu bertudung semata-mata kerana disuruh orang atau dek kerana tuntutan persekitaran. Itu bukan datang dari kerelaan.” Saya memulai. Dia tekun mendengar. “Susah”. Teman saya itu mengeluh berat. Saya tidak pernah menanda mana-mana teman yang memilih untuk tidak berhijab. “Bukankah ia wajib?” Pernah ada orang menyoal. “Ya…tetapi yang lebih wajib ialah akhlak yang berseri. Falsafah berhijab terletak pada kelakuan. Tentu orang yang bertudung tidak akan meriah mengumpati orang, atau tentu orang yang bertudung tidak akan rajin mengadu-domba ke sana sini.” Teman itu termangu. “Itu yang aku nyatakan kepada Hilal (suaminya), tapi kata Hilal, kalau nak tunggu akhlak sempurna seratus persen alamat tidak ada. Yang juga, betul…kan?” Aku angguk pula. “Biarlah ia datang dari kerelaanmu. Tentu kau tidak mahu bertudung kerana didesak mertua, dimomokkan ipar bahawa kau akan dibakar di nuraka kelak. Tentu kau mahu berhijab dengan nyata dan pasti. Bahawa ia datang dari nurani. Bahawa kau benar-benar mengimani dan meyakini falsafahnya. Untuk apa bertudung kalau mulut masih celoteh, becok membawa hal orang, yang mana juga menjadi alasan untuk dihumban ke nuraka.” “Argh, susah. Orang terlalu berfikir soal syurga dan neraka.” “Yang bukan pun kita punya…” Aku mencelah gesit. Sungguh, kegilaan kepada fikah bukanlah tuntutan agama. Komponen agama yang lain adalah ihsan selain syariat. Apabila Nabi hadir di sebuah peradaban yang penuh kejahilan, perkara yang ditekankan ialah akhlak. Rasulullah saw dibangkitkan di tengah masyarakat tidak beradab, malah biadab, untuk menjadi contoh kemuliaan dan kemurnian akhlak, uswatun hasanah. Itulah peranan nabi di tengah kemaksiatan. Penekanan kepada hijab tidak membantu contohnya populasi yang baru beriman. Saya pernah melihat orang asal yang diIslamkan padahal ia tidak mengerti apa. Akibatnya, seminggu kemudian, orang asal itu kembali top less, menyidai pakaian di tebing sungai berhampiran rumah dengan tetek sebesar nangka selambak. Nah, tidakkah itu gila? Yang benar ialah, agamawan harus mengajar budaya dan akhlak terlebih dahulu. Setelah nilai baik dipupuk dan dibumbu mesra secara intim, barulah kemudiannya fikah didatangkan. Itu pun diterang dan diulas falsafahnya secara jitu. Bukan dipantak, bahawa ‘hah inilah Islam dan inilah kehendak agama maka lakukan sahaja tanpa menyoal apa-apa’. Manusia harus beriman dari tanya. Wajib beriman dari tanya. Mestilah beriman dengan benar-benar kepastian. Namun demikian, cara pandang saya di atas tentulah dianggap batil oleh segelintir orang. Selalunya kita akan terpaksa melakukan kerana budaya kita sudah tunduk kepada keterpaksaan. Yang betul dan masih betul ialah keadilan mesti mengatasi syariah, akhlak mesti mengatasi fikah. Insiden kecil teman saya itu jelas menunjukkan ketidaktenteraman yang mengaburi pilihannya. Bukan itu sahaja, mertuanya mendesak dia mengenakan Fareeda, iparnya mengacukan Adijuma, sementara suami menyuguhkan Ariani. Bukan semua itu tidak anggun, bergaya dan menawan. Memang terliur melihatnya. Warna-warni, kerongsang, cap bunga yang menyerlah dan pintal memintal peragaan yang sungguh penuh tafsiran. Ia menyebabkan sesetengah manusia perempuan berasa bebas. Tetapi untuk segelintir orang yang memang perlu menunggu panggilan naluri, pemaksaan adalah satu penghinaan dan penyeksaan, bahkan satu pemasungan. “Aku malah tak bercakap dengan Hilal buat sementara.” “Ya Allah…” Balas saya kesal. Saya memang mengetahui teman itu kurang suka ditentukan hidupnya. Ibunya sudah meninggal dunia lama dahulu. Ibunya malah tidak memaksakan. Ibunya bahkan mengingatkan, lakukan sesuatu dengan penuh kepercayaan dan kelangsungan. Tentu kita tidak mahu melakukan separuh jalan, bermusiman, atau mengikut lokasi. “Apa yang haru aku lakukan Zal?” Buat sementara saya juga terpaku. Saya hanya berdaya mengatakan, “Berbicaralah dengan Hilal. Beritahu sepenuh hati. Lambat-laun akan terjadi, tetapi ia haruslah benar-benar kepastian.” “Nanti Hilal kata begini, habis kalau dilanggar lori dan mati?” “Wah suamimu mendoakan seperti itu?” “Andai..kalau…” Dia mewaraskan. “Katakanlah, ajal maut di tangan Tuhan. Allah tentu akan menilai kebaikan mengatasi hal seumpama ini. Kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Tak ada gunanya menutup aurat tetapi aurat yang lain terdedah. Aku seorang yang menganut faham bahawa syurga untuk orang yang dimangsai dan lemah, sementara neraka untuk orang yang memeras dan zalim. Jika kau tidak berada di pihak Firaun dan cenderung kepada Asiah, lalu mengapa harus diperkirakan koloni lain dimensi seperti syurga dan neraka yang bukan hak kita? Aurat yang lain itu harus dijaga…” “Aurat yang lain?” Dia terbelalak. “Ya…akhlak juga adalah bahagian aurat. Orang yang melakukan penindasan. Itu mendedahkan aurat. Aurat bukan sahaja urat, aurat adalah keaiban dan kecabulan yang mesti diberi perhatian. Itu yang paling sukar dilindung dan dibatasi sebetulnya. Aurat yang ditutup sebetulnya harus mencerminkan kesempurnaan itu juga. Tetapi hari ini jilbab atau hijab dikenakan kerana ia penuh gaya dan trendy, atau kerana persekitaran menyuruh, atau kerana ia menjadi gaya hidup. Ya, seperti orang menggilai kurus keding sedang yang berdaging dan montok itu patutnya lebih seksi dan bermutu.” Dia ketawa. “Kau sering ada pandangan menyongsong arus.” “Bukan.” Saya membantah. “Habis?” “Aku tidak membantah jika ada keinginan untuk berhijab yang datang dari dalaman. Ia akan menyerlah kekuatan dan kesempurnaan. Namun, jika ia adalah kosmetik, iaitu dilakukan kerana digesa orang; makanya itu amat malang.” Teman itu termenung. Kami minum. Berpindah cerita hal-hal lain. Sebelum beredar dia bertanya lagi, “Mengapa kau sebegini terbuka?” Saya tersenyum,”Kerana aku pernah melihat perempuan bukan islam yang budiman dan baik budi pekerti. Dia tidak berhijab tentunya. Dan aku percaya jika dia menghadap Allah, dia akan diperhitungkan dengan syurga kerana kebaikannya itu melampaui kehodohan dan kejahatan. Benar, ada perkara memang tuntutan agama, tetapi agama menuntut sesuatu yang kita benar-benar imani. Kau tentu tidak mahu berhijab semata-mata kerana  mother Fareeda, daughter Adijuma and holy Ariani.” Dan ketawa kembali mengiringi perpisahan sementara kami. Sempat saya melaungkan, moga Hilal memahami. Matanya kuyu, terperosok. Sesuatu yang mudah serasa dipayah.    

VERMOX
]]>

Perkahwinan Tidak Sejenis

Kahwin SEORANG pelajar bertanyakan kepadaku sesudah usai sebuah wacana di Universiti Kebangsaan Malaysia, “Apakah hematmu mengenai perkahwinan sejenis kerana adanya gerakan agar ia disahkan menurut undang-undang di Malaysia ekoran pengiktirafannya di Amerika Syarikat.” Aku ingin sekali menjelaskan sebelum aku melanjutkan perbicaraan ini bahawa sesuatu yang alamiah tidak semestinya bermoral (natural is not necessarily moral). Misalan seorang yang kencing adalah alamiah (natural) tetapi jika ia dilakukan bersengaja di tengah-tengah pusat membeli belah dengan mendedahkan alat kemaluan maka ia dikira tidak bermoral. Jadi apakah reaksiku kepada perkahwinan sejenis kerana adanya gerakan agar ia disahkan menurut undang-undang di Malaysia ekoran pengiktirafannya di Amerika Syarikat? Aku membalas, “Pertamanya, saya tidak pernah mendengar adanya tuntutan rasmi untuk perkahwinan sejenis di negara ini seperti yang didakwa. Kedua, perkahwinan sejenis bukanlah atau belum satu masalah di Malaysia. Tetapi yang merupakan satu masalah dan patut dilakukan sesuatu oleh awak adalah… perkahwinan lain jenis, lelaki dan perempuan, perkahwinan kelamin… ini jenis perkahwinan yang banyak mendatangkan masalah di negara kita. Tak payah kita bincang hal negara lain…” Apakah masalah yang aku maksudkan di atas? Terdapat paling kurang tiga masalah pada perkahwinan lain jenis yang mesti dilangsai dan diberi jalan penyelesaian oleh kita semua. Masalah Pertama: Perkahwinan Bawah Umur Pertama adalah perkahwinan bawah umur. Ini kerana di Malaysia, undang-undang kita melarang kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun untuk memandu atau membeli rokok. Akan tetapi, kanak-kanak perempuan hanya tidak boleh menonton filem 18SX di pawagam. Mereka boleh berkahwin dan boleh melakukan hubungan seks di bawah umur dengan itu. Jadi, ada filem yang tidak dapat ditonton dengan alasan terdapatnya adegan seks atau erotis, tetapi di rumah mereka boleh misalnya melakukan seks oral (dengan suami). Dan, ia sah menurut undang-undang. Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun  2012 sebagai contoh menunjukkan terdapat 1,165 permohonan untuk berkahwin, yang kebiasaannya bakal pengantin perempuan adalah lebih muda berbanding usia yang dibenarkan dalam undang-undang berkahwin. Statistik itu juga menjelaskan bahawa Mahkamah Syariah meluluskan 1,022 daripada permohonan itu sedangkan rekod 2011 menunjukkan terdapat 900 perkahwinan yang diberi keizinan. Sebagai contoh, Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) menyatakan bahawa usia paling  minimum untuk berkahwin menurut undang-undang bagi kanak-kanak lelaki Islam adalah 18 tahun, dan bagi anak-anak gadis Islam 16 tahun[1]. Perkahwinan bawah umur adalah masalah yang sangat besar. Ini bukan ciptaan dan dongengan yang aku ciptakan. Aku memberitahu pemuda yang rimas dan marah akan perkahwinan sejenis itu tentang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106. Para agamawan bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 untuk membincangkan ‘Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi’. Hasilnya, Muzakarah membuat keputusan, ‘perkahwinan kanak-kanak  tidak lagi dilihat sebagai satu amalan yang ‘sihat’ pada masa ini’, dan ‘lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terutama dari aspek kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit’. Selain itu Muzarakah memperakukan kebanyakan ‘perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku oleh kerana keterlanjuran dan keinginan menutup aib atau maruah keluarga yang tercemar’ kerana berlakunya penzinaan. Yang paling penting Muzakarah juga memperakukan laporan ‘pakar-pakar kesihatan dan psikologi’ yang menjelaskan hasil kajian mereka  bahawa ‘masalah kesihatan fizikal dan mental yang dialami pada pasangan perempuan akibat perkahwinan kanak-kanak’ adalah besar[2]. Perkahwinan lain jenis yang kusebut di atas tidak dipungkiri sedang mendapat tempat di negara ini dengan alasan Rasulullah saw pernah memperisterikan Ummul Mukminin Aisyah dalam keadaan Aisyah masih kanak-kanak. Masalah Kedua: Keganasan Rumahtangga Bukan itu sahaja masalah dengan perkahwinan lain jenis , keduanya, perkahwinan lain jenis juga mencatatkan kes keganasan rumahtangga yang tinggi. Pada tahun 2013, Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 1,259 kepada 4,123 kes dengan Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kes paling tinggi membabitkan keganasan rumah tangga. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Hamidah Yunus, menjelaskan, “kegagalan mengawal emosi adalah antara punca utama berlakunya keganasan dalam rumahtangga”. Beliau juga menambah  “terdapat lima jenis kes keganasan rumahtangga iaitu dari segi fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan”[3]. Masalah keganasan rumah tangga ini amat kronik. Adalah dilaporkan hampir 10 orang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga setiap hari. Wanita ini kebanyakannya adalah golongan muda yang berumur antara 26 hingga 35 tahun[4]. Selain itu, kes keganasan rumahtangga paling banyak dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dalam satu jawapan kepada Dewan Negara untuk Sesi Disember 2011 tentang perihal statistik keganasan rumah tangga memberitahu antara tempoh 2006 hingga bulan Julai 2011:

  1. Terdapat sebanyak 1,635 kes keganasan rumah tangga melibatkan kaum Melayu direkodkan
  2. Ia diikuti oleh 705 kes melibatkan pasangan India
  3. Kemudiannya 487 kes kaum Cina
  4. 79 kes peribumi Sabah, selain 47 kes peribumi Sarawak, 2 kes peribumi Semenanjung; dan
  5. 31 kes melibatkan kaum lain[5].
Sekali lagi isu kita di Malaysia bukanlah perkahwinan sama jenis. Isu kita di Malaysia ialah perkahwinan lain jenis yang gagal diurus dengan baik. Ini merupakan masalah yang perlu diatasi segera. Para ulama tidak harus terbungkam membiarkan nasib wanita terus tertindas dalam kerangka agama ini. Poligami Masalah Ketiga: Eksploitasi Undang-undang Poligami Masalah ketiga yang muncul dari perkahwinan lain jenis di Malaysia adalah eksplotasi dan manipulasi undang-undang berkaitan poligami di Malaysia. Hal ini merupakan duri dalam daging buat kita yang mengamalkan perkahwinan kelamin. Ia merupakan masalah umat Islam. Perhatikan sahaja ketidakseragaman Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam mengenai poligami antara negeri-negeri di Malaysia. Peruntukan mendapat izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam Seksyen 23 Akta 303, Pulau Pinang 1985, Johor 1990, Negeri Sembilan 1984, Seksyen 17 dalam Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 1979, Pahang, Selangor dan Melaka. Akan tetapi,  Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak tidak memperuntukan bahawa pandangan isteri diperlukan bagi menentukan layak atau tidak seseorang suami itu berpoligami. Ini kerana Enakmen Undang-Undang Keluarga di negeri Kelantan, Terengganu dan Perak menyatakan memadai untuk suami mendapat kebenaran bertulis daripada Qadi atau Hakim Syar’ie dan keputusan terletak pada kebijaksanaan Hakim sepenuhnya. Dalam masa yang sama syarat-syarat seperti kemampuan suami dari segi kewangan, keizinan atau pandangan isteri pertama tidak diperuntukkan dalam prosedur poligami di tiga buah negeri ini. Dalam makalah monumental beliau ‘Poligami di Malaysia’, Raihanah Abdullah, guruku ketika mengaji di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menyatakan; “Ketidak seragaman dari segi peraturan poligami ini menyebabkan masyarakat yang ingin berpoligami akan pergi ke negeri-negeri yang dirasakan peraturan poligaminya tidak akan menyekat hasratnya itu”[6]. Beliau seterusnya menyatakan, “Apa yang berlaku di Malaysia, pengamal poligami kebanyakannya tidak mematuhi samada yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadith juga sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam”[7]. Kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku ekoran kecelaruan perkahwinan lain jenis seperti poligami ini ternyata juga menerbitkan masalah sosial yang lain. Justeru perkahwinan lain jenis juga berpotensi menyebabkan kehuru-haraan dalam masyarakat. Jadi, perkahwinan sejenis yang bukan merupakan masalah kita di Malaysia usahlah difikirkan sangat. Kita perlu menyelesaikan isu-isu yang muncul dari perkahwinan lain jenis atau perkahwinan kelamin. Demokrasi, Bukan Jamuan Bufet Islam LGBTKita hidup dan menerima demokrasi sebagai gaya hidup dan sistem politik kita. Di dalam sistem demokrasi satu ajaran yang pasti adalah, “Kita memperjuangkan hak semua orang, atau anda tidak akan beroleh apa-apa pun untuk diri sendiri’. Demokrasi bukanlah satu jamuan bufet di hotel yang mana kita boleh memilih mana yang ingin diambil dan meninggalkan pula hak sivil yang terpakai untuk orang lain. Hak sivil dalam ajaran demokrasi mengajarkan kita semua setara.  Justeru, bayangkan kesukaran saudara-saudara seumat Islam di Amerika Syarikat, atau di Barat yang mestilah berjuang untuk semua golongan marjinal. Mereka tidak boleh berjuang untuk mengenakan hijab dan merungut stigma yang mereka hadapi jika dalam masa yang sama mereka tidak menghormati hak kaum yang ingin mengamalkan perkahwinan sama jenis. Kaum LGBTIQA2-S merasakan stigma yang sama sebagai golongam marjinal[8]. Adakah ini sesuatu yang liberal? Kalian boleh namakan apa sahaja. Aku menamakannya mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Benar, sesuatu yang alamiah tidak semestinya bermoral (natural not necessarily moral). Itu adalah sikapku dari awal lagi. Aku percaya kepada kebebasan ekspresi, maka aku akan menyatakan dengan lantang dan jelas jika aku tidak berkenan. Cumanya aku akan melakukan dengan sopan, bukan dengan biadab dan kurang ajar. Aku tidak percaya kepada abuse terhadap mereka yang mengamalkan seks sama jenis. Aku tidak akan menyatakan ia benar, tetapi ia tidak semudah mengatakan ia haram. Perkahwinan sejenis bukan merupakan masalah meruncing buat kita di Malaysia. Kita belum ada masalah besar dengan perkahwinan sama jenis. Tetapi kita memang ada masalah dengan perkahwinan lain jenis atau pernikahan kelamin. Fokus kita semua, umat Islam haruslah ke situ. Kita mesti menyelesaikan masalah sedia ada sebelum menjadi kronik, dari memikirkan masalah lain yang belum pun jelas buat kita. Dan kita mesti akur, kita telah memilih sistem demokrasi dan bukannya teokrasi pada tahun 1957 iaitu ketika Malaya merdeka dan mengiktiraf pelbagai bangsa dan agama, justeru kita telah mengiktiraf rencam cara hidup.   [1] Hariati Azizan. 2013. Perkahwinan Bawah Umur Semakin Meningkat. 6 Oktober. Mstar. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/10/06/perkahwinan-bawah-umur-semakin-meningkat/. Kedah sebagai contoh turut membenarkan perkahwinan bawah umur menerusi Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. [2] Portal Rasmi Fatwa Malaysia. 2014. Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. E-Fatwa. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-perkahwinan-kanak-kanak-kajian-dari-aspek-agama-kesihatan-dan-psikologi. [3] Suryati Mohd Nor. 2014. Keganasan Rumahtangga: Kes Meningkat 1,259  Pada 2013. 7 Oktober. Mstar. http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/10/07/keganasan-rumahtangga/ [4] Utusan Malaysia. 2013. Hampir 10 wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga setiap hari – Rohani. 19 November. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131119/dn_12/Hampir-10-wanita-jadi-mangsa-keganasan-rumah-tangga-setiap-hari—Rohani. [5] Blog Dr. S. Ramakrishnan. 2011. Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik keganasan rumah tangga. 8 Disember. Blog Rama 4Change.  https://rama4change.wordpress.com/2011/12/08/dewan-negara-sesi-disember-2011-statistik-keganasan-rumah-tangga/ [6]Raihanah Haji Abdullah. 2007. Poligami di Malaysia. Jurnal Syariah 5 (2). 167-186. Hlm. 174. [7] Ibid. Hlm. 180. [8]  Reza Aslan dan Hasan Minhaj. 2015. An Open Letter To American Muslims on Same-Sex Marriage. 7 Julai. Religion Dispatches. http://religiondispatches.org/an-open-letter-to-american-muslims-on-same-sex-marriage/
VERMOX
]]>

Kebebasan Agama atau Non Dialog: Yang Mana Satukah Ancaman?

Dr Mohd Faizal Musa, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor Malaysia

Kebebasan beragama adalah bahagian penting dari Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR). Fakta sejarah menunjukkan pada tahun 1972 negara-negara Islam melalui OIC, telah bersetuju untuk mendokongi UDHR secara penuh. Ann Elizabeth Mayer yang menganalisis Resolusi OIC tahun 1972 tersebut menyatakan, negara-negara anggota OIC telah pun memperakukan yang UDHR bersesuaian dengan nilai-nilai agama Islam:

The 1972 Charter of the Islamic Conference, the international organization to which all Muslim countries belong, expressly endorses international law and fundamental human rights, treating them as compatible with Islamic values. In the Preamble of the Charter, two adjacent paragraphs assert that the members are – RESOLVED to preserve Islamic spiritual, ethical, social and economic values, which will remain one of the important factors of achieving progress for mankind; REAFFIRMING their commitment to the UN Charter and fundamental Human Rights, the purposes and principles of which provide the basis for fruitful co-operation amongst all people. That is, the formal position of Muslim states justifies the conclusion that the international human rights standards developed in the United Nations are regarded as compatible with Islamic law by the very actors – governments – whose conduct is subject to regulation by international human rights principles (Ann Elizabeth Mayer, 1991: 14).

Salah satu isu hak asasi manusia yang paling kontroversial membabitkan agama Islam ialah persoalan murtad, atau apostasia. Para sarjana Islam sering berdepan dengan pertanyaan daripada pejuang hak asasi manusia berkenaan kebebasan beragama. Mohammed Abed al-Jabri, seorang Profesor dalam bidang falsafah di Maghribi sebagai misalan, terpaksa mempertahankan Islam dengan nada yang sedemikian defensif, untuk menjelaskan isu rumit ini:

…we must realize that the legal position of the apostate in Islam does not come under the rubric of freedom of faith, but under what is nowadays called high treason, by taking up arms against society and the state. Those who talk about human rights today, with emphasis on the freedom of belief, do not mean by it freedom to betray one’s own country, society and religion, or freedom to usurp other people’s property, or freedom to collude with the enemy. Therefore, freedom is one thing, apostasy another. What the modern jurisprudents are expected to do is to decide whether or not a Muslim who chooses to follow another faith, on personal bases, which do not affect the Islamic society or the state, should be considered an apostate in the traditional jurisprudential sense or in the sense explained by the verses quoted above, where the apostates are threatened with great punishment in the hereafter, without reference to execution (Mohammed Abed al-Jabri , 2009: 196-200).

Secara ringkasnya, pandangan Al-Jabri tersebut meletakkan gejala meninggalkan agama Islam sebagai satu jenayah politik, dan bukannya ‘jenayah agama’. Kemurtadan, apostasia atau apa sahaja yang seerti dengannya dilihat sebagai satu pengkhianatan, malah penderhakaan terhadap agama Islam.

Sebahagian besar perbincangan tentang kebebasan beragama dalam Islam, termasuk yang dianalisis oleh Al Jabri adalah sekitar ayat 256 surah al Baqarah; ‘tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui’ (Tafsir Pimpinan Ar Rahman).’

Pandangan Al Jabri tersebut bukanlah baharu memandangkan Rachid Ghannouchi (1993: 44-50) dalam al Hurriyat al-‘Ammah Fid Daulah al-Islamiyyah, telah pun menyamakan apostasia dengan ‘jenayah hasutan’. Ghannouchi, justeru, dalam karya tersebut menyatakan tindakan meninggalkan agama Islam tanpa ‘menjejaskan citra agama Islam’ adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan selalu berlaku hari ini. Selepas penerbitan al Hurriyat al-‘Ammah Fid Daulah al-Islamiyyah, sekali lagi dalam kuliahnya untuk Cardiff Islamic Society pada tahun 1997, Ghannouchi menegaskan, hukuman terhadap seseorang Islam yang murtad hanyalah satu urusan ijtihad dan ini dikesan menerusi pertikaian antara para sahabat Rasulullah saw khususnya dalam menentukan perang terhadap golongan murtad ketika awal pemerintahan Abu Bakar. Tindakan memerangi golongan murtad yang dilancarkan oleh Abu Bakar tersebut, awalnya dibantah oleh beberapa sahabat ternama termasuk Umar al Khattab (Azzam S Tamimi, 2001: 191).

Beza Ghannouchi dan Mohammed Abed al Jabri adalah, Al Jabri berpendapat ‘kebebasan satu hal, apostasia satu hal berbeza.’ Ghannouchi pula menegaskan apostasia hanya menjadi sesuatu yang serius jikalau maruah ‘Islam dicemari’. Dua pandangan di atas, masih kelihatan samar. Al Jabri dan Ghannouchi malah tidak ditanggapi sebagai sarjana pengajian Islam.

Dalam tahun 1992, Mohamed Talbi, seorang sarjana terhormat dari University of Tunis, Tunisia, dan mahir dalam bidang tafsir al-Quran menulis tentang hak-hak untuk memilih beragama. Menurut Talbi, pilihan beragama dan kepercayaan adalah urusan sukarela hatta ibu bapa tidak mempunyai hak untuk memaksakan ke atas anak-anak mereka pilihan kepercayaan mereka:

To best of my knowledge, among all the revealed texts, only the Quran stresses religious liberty in such a precise and unambiguous way. Faith, to be true and reliable faith, absolutely needs to be free and voluntary act. In this connection it is worth stressing that the quoted verse was aimed at reproving and condemning the attitude of some Jews and Christians who, being newly converted to Islam in Medina, were willing to convert their children with them to their new faith. Thus it is clearly emphasized that faith is an individual concern and commitment and that even parents must refrain from interfering with it. The very nature of faith, as is stressed in the basic text of Islam is clear and indisputable words, is to be a voluntary act born out of conviction and freedom (Mohamed Talbi, 2009: 109).

Tentu sahaja, dari pandangan Islam, seseorang yang memilih untuk keluar dari agama Islam melakukan ‘kesilapan’, akan tetapi itu adalah pilihan sendiri. Mohamed Talbi menegaskan, mereka yang memilih agama selain Islam telah diberi amaran bahawa Islam adalah agama kebenaran; dan keselamatan di akhirat tidak ada pada agama lain:

Accordingly, the apostates are warned: those who choose apostasy, after being convinced in their innermost thoughts that Islam is the truth, are unjust, and as such they are bereft of God’s guidance, with all the consequences that follow for their salvation (Mohamed Talbi, 2009: 115).

Di hujung makalah beliau yang terkenal itu, Talbi menekankan, meskipun ‘terkutuk secara moralnya’; urusan seseorang yang murtad bukan sama sekali urusan penguasa. Malah, pilihan untuk menukar agama tersebut harus dihormati, ‘religious liberty is fundamentally and ultimately an act of respect for God’s sovereignty and for the mystery of God’s plan for humanity’.

Sejarah juga menjadi bukti, pemerintahan Islam bersikap begitu longgar terhadap ‘Crypto Jewish’ dan ‘Crypto Christian’, malah ia pernah menjadi fenomena meluas ketika pemerintahan Othmaniyyah satu masa dahulu. Terminologi crypto merujuk kepada ‘mereka yang pandangan keagamaan dan amalan mereka tidak bersesuaian dengan agama rasmi anutan mereka dan selalunya menyembunyikan hakikat tersebut dari masyarakat awam’. Terminologi ini tidak eksklusif untuk Yahudi dan Kristian sahaja, malah, setelah Sepanyol jatuh ke tangan Kristian, masyarakat Islam yang tidak berhijrah ke daerah-daerah di Afrika Utara dan memilih untuk menetap di Sepanyol turut menjadi Crypto Muslims (Moriscos). Maurus Reinkowski (2007: 416) menegaskan ‘crypto Jews’ dan ‘crypto Christians’ adalah golongan murtad, ‘quite naturally should have been considered apostates; they had confessed to be a Muslims, and had then fallen away from Islam’, tetapi pemerintah Islam khususunya Othmaniyyah bertolak ansur dengan mereka. Cryptos hanya dihukum apabila secara ‘berterusan’ mencabar ‘kedaulatan Islam’ (Selim Deringil, 2000: 547-575).

Di Malaysia, semua urusan perihal Islam diurus, ditadbir, dikendali dan ditentukan secara penuh oleh pemerintah. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (2012), Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai misalan menyatakan Islam adalah agama rasmi menurut perlembagaan Malaysia, makanya setiap anak yang dilahirkan sebagai seorang Islam hendaklah kekal sebagai seorang Islam. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (2012), Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan nada yang hampir sama memberi jaminan yang ‘untuk setiap Muslim, pemerintah bertanggungjawab memastikan nilai-nilai Islam dipraktik dan dilaksanakan. Oleh kerana itu madrasah (surau), sekolah agama, Universti Islam, ceramah agama dan kuliah agama di tv dan radio dipupuk oleh pemerintah demi memastikan orang Islam tidak terkeluar dari jalan Islam.’

Malaysia seperti yang kita semua maklum, mengamalkan undang-undang Islam dan sivil (versi Malaysia) dan ia diurustadbir oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia dan Mahkamah Syariah. Fakta sejarah tidak dapat dimungkiri lagi bahawa urusan agama di dalam genggaman kerajaan sepertinya yang dilihat hari ini merupakan warisan penjajah Inggeris.

Moshe Yegar, seorang penyelidik berbangsa Yahudi dan rakyat Israel dari Hebrew University of Jerusalem pernah menetap di Malaysia dari bulan November 1964 sehingga hujung 1965. Hasil penelitian Yegar, beliau menerbitkan sebuah buku akademik yang kandungannya memuji ‘kebijaksanaan British’ dalam memperkenalkan birokrasi Islam di Malaysia sehingga Islam akhirnya menjadi satu jurus yang tertentu dan terhad di bawah satu pentadbiran:

In general, British tolerance of Islam, indirectly, knowingly and unknowingly, was most helpful in an expansion and consolidation of Islam by legislative and administrative means. But the preservation and reinforcement of the traditional bases of authority and social organization implicit in British policy, and improved communications and progressive centralization, combined to fashion a more authoritarian form of religious administration than any that the Peninsula had known before. Colonial rule thus made for the concentration of doctrinal and administrative religious authority in the hands of a hierarchy of officials directly dependent on the sultans for their posts and power. The rulers and their State Councils began to assume a wider responsibility for religious affairs. Written, codified systems of civil and criminal law generated pressure to establish a more formal system of Islamic law, which was duly enacted in State Councils; courts were set up, legal procedures laid down, and a legal bureaucracy built to administer therm. A new establishment of religious officials now functioned in the sultans’ courts and in the villages no less. Many of these developments (notably the regulation of sharia courts), while responding to a real need, were also and emulation of administrative models of the West in a field which the Malays felt to be peculiarly their own. While there had been kathis, sharia law, and restrictive Islamic provisions at various times and places before, what the Malays added was the methodical application of law by an organized religious officialdom (Moshe Yegar, 1979: 266).

Peninstitusian Islam seperti yang terlihat pada Jabatan Kemajuan Agama Islam hari ini, menurut Yegar membuahkan semacam ‘authoritative Islam’ yang dipertahan oleh Malaysia sebagai ‘satu urusan di bawah takluk perlembagaan’.

Tentulah sangat menjengkelkan buat ramai ‘agamawan konservatif’, hakikat bahawa seorang ahli akademik Israel seperti Moshe Yegar pernah hadir di negara ini dan ‘memuji’ pula warisan kepintaran British, iaitu pentadbiran agama Islam sebagai ber‘model Barat’. ‘Pujian’ Moshe Yegar terhadap legasi penjajah Inggeris ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh antropologis terkenal di Malaysia. Abdullah Taib (1985: 226) misalnya pernah menyatakan, ‘Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu. Penubuhan Majlis Agama ini ialah hasil ‘kebijaksanaan’ penjajah Inggeris.’ Penggunaan tanda kurung untuk ungkapan ‘kebijaksanaan penjajah Inggeris’ menunjukkan rasa kurang selesa Abdullah Taib. Bahkan dalam kajian beliau tersebut, peranan Jabatan Agama Islam dalam menyudutkan nilai-nilai lokal dikritik secara halus, dan secara akademik tentunya.

‘Islam institusi’ yang diperkenalkan oleh penjajah inilah yang perlahan-lahan mulai ‘menggelisahkan’ bahagian-bahagian hidup segelintir rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Persoalan ini menjadi semakin dramatik dan kontroversial baru-baru ini, seperti yang terpapar dalam surat pembaca Steve Oh (2012) kepada Malaysiakini. Pandangan peribadi dan kebebasan berekspresi Oh boleh sahaja ditanggapi sebagai ‘menghasut’. Namun demikian, ‘kegelisahan’ warga Malaysia yang bukan beragama Islam seperti Steve Oh mesti ditangani dengan dialog dan keterbukaan. Amalan mendiamkan orang seperti Steve Oh tidak membawa apa-apa manfaat jangka panjang.

Kebebasan beragama di Malaysia memang sering menjadi sasaran kritikan luar. Sebagai contoh, Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2007, dalam laporannya menyatakan:

State authorities impose Islamic religious laws administered through Islamic courts on all ethnic Malays (and other Muslims) in family law and other civil matters. Muslims may generally not convert to another religion although article 11 of the Federal Constitution guarantees religious freedom, the country’s highest court ruled during the reporting period that Muslims wanting to convert to another religion must first obtain approval from a Shari’a court (US Department of State, 2007).

Sebagai catatan, pada tahun 2007 tersebut, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Lina Joy untuk menggugurkan kata Islam dari kad pengenalannya. Permohonan Joy, yang dilahirkan sebagai Azlina Jailani tersebut telah dinafikan kerana mahkamah memutuskan, oleh kerana agama asal Joy adalah Islam maka ia merupakan sebahagian dari urusan Islam. Justeru, hanya Jabatan Agama Islam sahaja boleh memutuskan secara rasmi kedudukan Joy sebagai seorang Kristian. Keputusan mahkamah tersebut disambut oleh World Muslim Congress dengan tempelak:

Freedom of faith means not only freedom to choose a faith, but also freedom to change one’s faith. While Islam regards apostasy a grave sin, but that is between God and the respective individual. When it is a matter of simple apostasy, .e, merely changing one’s faith without any aggression or treason against an lslamic State or Muslims, the principle of freedom of faith in Islam requires that such apostate must be allowed to exercise their God-given freedom. The traditional position, which seems to have been the basis for the Malaysian civil court to defer the matter with treason or aggression. An encouraging thing is that the tide of opinion among Muslims in turning away from the traditional view to one that is in consonance with the message of the Quran and the legacy of the Prophet Muhammad (World Muslim Congress, 2007).

Perenggan dari kenyataan media di atas, secara signifikan dikeluarkan oleh World Muslim Congress. Ia turut membantah pencabulan hak asasi manusia di Malaysia. Harus dinyatakan, World Muslim Congress mengundang Joy untuk kembali ke agama Islam, ‘we invite our sister in humanity Lina Joy (Azlina Jailani) back to Islam’ tetapi dalam masa yang sama menggesa kebebasan beragama diberikan dan menuntut supaya pemerintah Malaysia membuang pandangan apostasia sebagai ‘treason or aggression’. World Muslim Congress tentu sahaja tidak membuat tuduhan liar dan serkap jarang, ia mungkin bersandarkan pandangan pegawai Bahagian Penyelidikan Akidah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia yang sering merujuk kepada pandangan-pandangan sempit ulama salafi:

If a person’s apostasy is announced to the public and his new faith advertised, then the person had declared an attack in the form of perceptions (al-harb al-fikriyyah) on Islam and its belief. His action will raise or plant seeds of doubts in the hearts of the other Muslims. At such time, the act of apostasy should not be seen from the angle of individual rights to change his religion, but from the aspect of the presence of “hirabah‟‟ element which is an attack on the fundamentals of religion that is the pillar of an Islamic government. Therefore, immediate steps should be taken to start the process of providing explanation to clear the person‟s doubts, asking him to repent and should he remain defiant and insist to apostate, the end is a death penalty on the grounds of “hirabah‟‟ (al-qatlu hirabatan). This means, apostates are not executed because of their infidelity but on the grounds of hirabah. This is clear based on verse 33 of surah al-Ma’idah which means: “Indeed, the penalty for those who wage war against Allah and His Messenger and strive upon earth [to cause] corruption is none but that they be killed or crucified or that their hands and feet be cut off from opposite sides or that they be exiled from the land…”. Even though the verse is defined by most Islamic scholars as a verse to carry out punishment on criminals and robbers, it cannot be denied that the public act of apostasy is an act that wage war against Allah s.w.t. and His Messenger (peace and blessings be upon him). As such, a few of Salaf scholars hold the opinion that the punishment to execute an apostate is taken from this verse too, apart from the sound hadiths that serve to clarify the matter (Mohd Aizam Mas’od, tanpa tarikh: 5).

Pandangan ekstrim di atas tentu sahaja dapat dipermasalahkan untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama di Malaysia. Mereka yang menuntut kebebasan beragama misalnya dengan mudah ditanggap sebagai penghasut dan penjahat dengan niat buruk terhadap Islam. Adakah pandangan di atas, pandangan Ahlus Sunnah wal Jamaah? Atau hanyalah pandangan minoriti ulama wahabi yang terkenal sebagai pembantah dialog?

Jika demikian, bagaimanakah seharusnya kebebasan beragama menurut Islam? Mohamed Talbi, seorang Sunni, menyatakan kebebasan adalah mutlak milik peribadi, dan hukuman adalah milik Tuhan kemudiannya. Jika demikian, apakah ada pandangan alternatif yang dapat dikutip dari sekolah pemikiran Islam yang lain pula?

Mohsen Kadivar, seorang ulama dan ahli akademik yang mengajar di Tarbiat Modarres University, Tehran telah menulis sebuah makalah yang penting berhubungan perkara ini. Makalah tersebut dibentangkan di International Congress of Human Rights and the Dialogue of Civilizations di Tehran, pada 6 Mei 2001. Menurut beliau, kebebasan beragama dan kepercayaan yang digariskan oleh Islam mengizinkan seseorang Muslim untuk menukar agamanya, menganut agama lain dan tiada hukuman patut dilaksanakan ke atasnya. Muslim yang murtad itu bagaimanapun tetap berdosa, dan ia adalah urusan dirinya dengan Tuhan. Kadivar menulis:

Freedom of religion and belief means an individual’s right to freely choose any and all ideologies and religions he likes. It also means the freedom and the right to think, to have beliefs and values, to express one’s religion and opinions, to partake in religious rites and practices, and to freely teach religious values to one’s children and to coreligionists. Similarly, freedom of religion entails the right to invite others to one’s religion, to preach and propagate one’s religion to other members of society, to build places of worship, to leave and renounce one’s religion, and to be able to freely critique one’s religion and religious teachings. Freedom of religion means doing all these freely so long other’s rights and liberties are not infringed upon, and public order and morality are not disturbed. Freedom of religion and belief will become possible when, regardless of the beliefs that an individual may have, he is not persecuted for them and his civic and individual rights are not taken away because of them (Mohsen Kadivar, 2009: 119-120).

Pembukaan makalah Kadivar seperti dikutip di atas menunjukkan setiap orang mempunyai hak untuk mempromosi dan meyakini kepercayaan masing-masing. Kadivar menegaskan, ‘tiada paksaan dalam agama’ seperti yang dinyatakan dalam surah al Baqarah ayat 256 adalah dalil yang nyata supaya kebebasan beragama secara kukuh dipertahankan, dan menghukum seseorang yang meninggalkan Islam adalah tidak dibenarkan. Kadivar seterusnya menjelaskan, ‘the verse was revealed in response to a query made by one of the Prophet’s apostles named Abulhussien, a member of the Ansar whose merchant sons had converted to Christianity’ (Mohsen Kadivar, 2009: 132-133).

Menurut Kadivar lagi, hukuman mati terhadap seseorang yang meninggalkan agama Islam secara jelasnya bertentangan dengan formula ‘tiada paksaan dalam agama tersebut’. Tanpa menafikan mereka yang meninggalkan Islam itu melakukan dosa besar dan hal yang sepatutnya ialah supaya mereka terus beriman, Kadivar dalam masa yang sama mempertikaikan hukuman berat terhadap seorang Muslim yang meninggalkan Islam.

Sebagai seorang Syiah, sumber syariah menurut Kadivar adalah bersandarkan kepada ahlul bayt. Kadivar merungkaikan, hukuman mati terhadap seseorang yang murtad hanya dapat dan boleh dilakukan ketika 14 maksumin (dua belas Imam Syiah termasuk Rasulullah saw dan Fatimah az Zahra) masih hidup atau hadir sebagai panduan dan rujukan masyarakat Islam. Kadivar juga membahaskan, hukuman mengambil nyawa seseorang haruslah dilakukan dengan penuh waspada dan tanpa sumber hukum yang benar-benar sahih dan terang, ia tidak dapat dilakukan, memandangkan Islam amat menghargai nyawa setiap makhluk:

First, there is no doubt that during the lifetime of the prophet and the 12 Shi’a Imams, the death sentence for apostasy was commonplace. These individuals knew the Sharia law and the divine will better than anyone else, and it is impermissible to doubt the validity of their judgement. What is open to interpretation, however, is the validity of such a judgement at the time of their absence. In fact, it is not clear whether such a dictate is valid for all times or was limited only to the time of the Fourteen Infallibles. Shi’a scholars are of two minds on this issue. The more commonplace view prohibits the killing of an apostate when the Fourteen Infallibles are not present, a point over which a number of the Shi’a ulama have come to consensus. Since the punishment for apostasy is addressed in the Sharia, it cannot be administered when the Fourteen Infallibles are not present. The significance of this opinion becomes magnified in light of other objections to the punishment of an apostate that have already been mentioned. Second, all the traditions concerning capital punishment for apostasy come from a single source. The validity of a tradition is based on its genesis from, and its acceptance by, several religious scholars. On many key issues, the ulama do not rely on the strength of a single source for the veracity of a tradition. When the taking of a human life is concerned, a plurality of sources is most definitely needed. A person’s inherent right to life can be terminated only when there is a specific dictate to that effect, such as a Quranic verse or an explicit injunction. The killing of an apostate cannot occur if based on only a single source (Mohsen Kadivar, 2009: 141).

Pandangan Kadivar tersebut tentu sahaja ditanggapi sebagai ‘liberal melulu’ untuk mereka yang memilih untuk tidak bersetuju dengannya.

Muhammad Legenhausen, seorang ilmuan dan ahli falsafah yang mengajar di Qom, Iran turut melihat isu ini. Cuma sebagai pengkaji sufisme, Legenhausen melihat isu ini menerusi kaca mata berbeza, iaitu sebagai seorang pendokong pluralisme:

Those who choose a religion other than Islam are making a mistake, either sinfully or excusably. Since there is no way for us to tell whether or not the mistake is excusable, where good relations with non-Muslims are possible without condoning injustice, the presumption of an honest mistake is morally incumbent upon us (Muhammad Legenhausen, 2005: 70)

Pandangan Mohsen Kadivar di atas sangat penting, kerana ia menunjukkan kesediaan dunia Islam Syiah untuk berubah dan hidup secara harmonis dengan komponen masyarakat yang lain. Ia menjadi isyarat sudah berlakunya perubahan sikap yang signifikan dalam Islam. Ini berbeza misalnya pada tahun 1968, apabila Sultanhussein Tabandeh membentangkan makalah beliau yang berjudul A Muslim Commentary on the Universal Declaration of Human Rights di Tehran International Conference on Human Rights. Dalam makalahnya tersebut, Tabandeh secara keras menegaskan, seseorang Islam yang meninggalkan agama Islam harus dibunuh, dan wanita murtad mestilah dipenjara seumur hidup dengan kerja paksa sebagai buruh (Sultanhussein Tabandeh, 1970: 72-73).

Suara-suara alternatif dari dunia Sunni, mahupun Syiah seperti Mohamed Talbi dan Mohsen Kadivar yang menjarakkan diri dari pandangan-pandangan tradisional jelas boleh direnungi bersama khususnya untuk Malaysia yang berdepan dengan kepelbagaian kepercayaan. Malaysia berdepan kesukaran untuk mempunyai pilihan lain kerana umat Islam di Malaysia harus hidup rukun dengan umat bukan Islam. Fakta bahawa ‘authorative Islam’ dipusakai dari penjajah membuktikan, ada bahagian lampau Malaysia yang perlu dimuhasabahi.

Cabaran kepada isu kebebasan beragama di Malaysia hari ini adalah apabila pentadbiran agama yang diwarisi dari penjajah ini mulai dibanjiri dan diduduki oleh agamawan ‘non dialoguers’.

Siapakah ‘the ‘non dialoguers’? Mereka wujud dalam agama Islam, mahupun Kristian, dan menjadi ancaman besar kepada kemanusiaan.

Jacques Waardenburg (2003: 440-441) menghuraikan siapakah ‘non dialoguers’ dan bahaya mereka sebagai ancaman senyap kepada masyarakat, khususnya yang berbilang kaum dan agama seperti masyarakat di Malaysia:

Another problem is those religious ideological movements, Muslim or Christian, that simply want to keep to the foundations and integrity of their religion and impose themselves forcefully on others. They close themselves off from what others do or have to say. Their ideas may testify to a certain self-sufficiency, so that they do not see any need for contact with ‘others’. On the contrary, other religions may represent a danger for them. They may call themselves Defenders of the Faith, or defenders of God in a metaphorical sense, but this self-defense may go hand in hand with militant attitudes toward others. They may resort to dialogue for tactical reasons, pursuing their own well defined aims. Among Christians, I am thinking not only of the so called fundamentalists and Evangelicals, but also of those missionary diehards for whom all Muslims must become Christians, and of those conservatives who see their tradition as eternal and for whom other options simply do not exist. Among Muslims, I am thinking especially of those ‘Islamists’ movements that tend to identify Islam with their own particular version or that in fact only want to pursue their own political interests. They may think that they know what Christianity is and why they reject it. Here too, of course, there are the same ultra-conservatives that can be found in any religion.

Perenggan di atas menunjukkan betapa mencabarnya usaha dialog. Jacques Waardenburg (2003: 441) menambah, hubungan agama akan selamanya tidak harmoni jika ‘non-dialoguers’ dibenarkan menjadi jurucakap dan mewakili agama masing-masing kerana mereka menutup diri dari komunikasi dengan pihak lain. Jikapun dialog berlaku, ia berlangsung dengan prasangka dan niat untuk memenangkan, bukan untuk saling memahami dan mengenali.

Terdapat banyak apostasia senyap seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam dengan kehadiran ‘Crypto Jews’ dan ‘Crypto Christians’ dalam masyarakat Islam. Ternyata, bahaya atau ancaman yang disumbang oleh mereka tidaklah begitu besar. Pemerintah Islam dalam sejarah malah sedia bekerjasama dengan mereka, atau memberi mereka jawatan pentadbiran. Lantaran itu, mereka yang menyeru kepada hak asasi manusia tidak wajar ditangani sebagai ‘musuh’, berbanding ancaman lantang ‘non-dialoguers’ yang menolak untuk berhubung dengan ‘dunia luar’. Agamawan ‘non-dialoguers’ dengan pakatan kumpulan ultra nasionalis sentiasa bersedia untuk menggunakan posisi, kuasa dan kelebihan yang mereka miliki dalam pemerintahan untuk menindas sektor masyarakat yang tidak berupaya. Di tangan mereka, ‘non-dialoguers’ dan ultra nasionalis ini; hak asasi manusia sentiasa berpotensi untuk dicabul dan dinodai. Merekalah ancaman senyap yang boleh meruntuh kesentosaan dan kerukunan masyarakat.

* Dr Mohd Faizal Musa atau Faisal Tehrani adalah Sarjana Tamu UNESCO Chair for Ethics in International Cooperation, University of Bergamo, Itali dan merupakan Felo Pelawat di Das Orientalische Seminar, Die Philosophische Fakultät, Universität zu Köln. Beliau telah menghasilkan lebih dua puluh buah novel. Karya terbaru beliau ialah Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia terbitan UPM Press, 2012 dan Perempuan Nan Bercinta, ITBM, 2012. Beliau sedang menulis sebuah karya kreatif berjudul Manusia Tuhan membincangkan isu kebebasan beragama.
RUJUKAN
Al Jabri, M.A. 2009. Democracy, Human Rights and Law in Islamic Thought. I.B Tauris & The Centre for Arab Unity Studies. New York.
Apdal, M.S. 2012. Dangerous to espouse freedom of creed. TheMalaysianInsider. November 5.
Baharom, J.K. 2012. Dangerous to espouse freedom of creed. TheMalaysianInsider. November 5.
Deringil, S. 2000. There Is No Compulsion in Religion: On Conversion and Apostasy in the Late Ottoman Empire 1839-1856. Comparative Studies in Society and History (42): 547-575. Cambridge.
Ghannouchi, R. 1993. Al Hurriyat al-‘Ammah Fid Daulah al-Islamiyyah. Markaz Dirasat al Wehda al Arabiyah. Beirut.
Kadivar, M. 2009. Freedom of Religion and Belief in Islam. Dlm. Kamrava, M. (Ed.). The New Voices of Islam: Reforming Politics and Modernity. IB Tauris. London & New York.
Legenhausen, M. 2005. A Muslim’s Non Reductive Religious Pluralism. Dlm. Boase, R. (Ed.). Islam and Global Dialogue: Religious Pluralism and the Pursuit of Peace. Ashgate Publishing Limited. Farnham.
Mas’od, M.A. Tanpa Tarikh. Apostasy Is Not Human Rights. Aqidah Division JAKIM Research Department. Tanpa Tempat. Diakses di laman http://www.islam.gov.my/sites/default/files/apostasy_is_not_human_rights.pdf
Mayer, A.E. 1991. Islam and Human Rights: Tradition and Politics. Westview Press Inc. Colorado & London.
Oh, S. 2012. Nurul's Watershed Idea For The Nation. Malaysiakini. November 5. http://www.malaysiakini.com/letters/213465.
Reinkowski, M. 2007. Hidden Believers Hidden Apostates: The Phenomenon of Crypto-Jews and Crypto-Christians in the Middle East. Dlm. Washburn, D. (Ed.). Converting Cultures: Religion, Ideology of Transformations of Modernity. Brill. Boston & Leiden.
Tabandeh, S. 1970. A Muslim Commentary on the Universal Declaration of Human Rights. Goulding, F.J (Terj.). F.J. Goulding. Guildford England.
Taib, A. 1985. Asas-Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Talbi, M. 2009. Religious Liberty: A Muslim Perspective. In Kamrava, M. (Ed.). The New Voices of Islam: Reforming Politics and Modernity. IB Tauris. London & New York.
Tamimi, A.S. 2001. Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism. Oxford University Press. New York.
Terjemahan Ayat Al-Quran Dalam Bahasa Malaysia. Tafsir Pimpinan Ar Rahman. http://www3.pmo.gov.my/webnotesapp/rqrmainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/c0399665a8e1f9f1482566cd00322bf5?OpenDocument.
US Department of State. 2007. International Religious Freedom Report for 2007 – Malaysia. September 14. Attachment 1.Washington.
Waardenburg, J. 2003. Muslim and Others: Relations in Context. Walter de Gruyter Gmbh & Co. Berlin.
Watt, W.M. 1991. Muslim-Christian Encounters: Perceptions and Misperceptions. Routledge. London and New York.
World Muslim Congress. 2007. Press Statement: Muslims Must Affirm the Freedom of Faith. 30th May. Dlm. Tan, N & Lee, J. (Eds.). Religion Under Siege: Lina Joy, the Islamic State and Freedom of Faith. Kinobooks. Kuala Lumpur. Hlm. 23-24.
Yegar, M. 1979. Islam and Islamic Institutions in British Malaya: Policies and Implementation. The Magnes Press & The Hebrew University Jerusalem. Jerusalem.
VERMOX
]]>

Kebebasan Agama atau Non-Dialog: Yang Mana Satukah Ancaman?

OIC OIC & Hak Asasi Manusia Kebebasan beragama adalah bahagian penting dari Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR). Fakta sejarah menunjukkan pada tahun 1972 negara-negara Islam melalui OIC, telah bersetuju untuk mendukungi UDHR secara penuh. Ann Elizabeth Mayer yang menganalisis Resolusi OIC tahun 1972 tersebut menyatakan, negara-negara anggota OIC telah pun memperakukan yang UDHR bersesuaian dengan nilai-nilai agama Islam: “Piagam Persidangan Islam 1972, organisasi antarabangsa yang dianggotai semua negara Islam, dengan jelas menyokong undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, menganggapnya serasi dengan nilai-nilai Islam. Dalam Mukadimah Piagam, dua perenggan menegaskan bahawa ahli-ahli – BERTEKAD untuk memelihara nilai-nilai spiritual, etika, sosial dan ekonomi Islam, yang akan kekal sebagai salah satu faktor penting dalam mencapai kemajuan bagi manusia; MENEGASKAN komitmen mereka kepada Piagam PBB dan Hak Asasi Manusia, menjadikan tujuan dan prinsipnya sebagai asas kerjasama yang berfaedah di kalangan rakyat. Kedudukan rasmi negara Islam menyokong kesimpulan bahawa piawai hak asasi manusia antarabangsa yang dirangka PBB dianggap serasi dengan undang-undang Islam oleh penggerak – kerajaan – yang kelakuannya tertakluk kepada pengawasan melalui prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa (Ann Elizabeth Mayer, 1991: 14). Kebebasan Beragama VS Murtad  Salah satu isu hak asasi manusia yang paling kontroversial membabitkan agama Islam ialah persoalan murtad, atau apostasia. Para sarjana Islam sering berdepan dengan pertanyaan daripada pejuang hak asasi manusia berkenaan kebebasan beragama. Mohammed Abed al-Jabri, seorang Profesor dalam bidang falsafah di Maghribi sebagai misalan, terpaksa mempertahankan Islam dengan nada yang sedemikian defensif, untuk menjelaskan isu rumit ini: “… kita harus sedar bahawa kedudukan murtad dalam undang-undang Islam tidak jatuh di bawah kebebasan kepercayaan, tetapi apa yang dikenali sebagai pengkhianatan besar, dengan menggunakan senjata menentang masyarakat dan negara. Mereka yang bercakap mengenai hak asasi manusia pada hari ini, dengan penekanan terhadap kebebasan kepercayaan, tidak bermaksud kebebasan untuk mengkhianati negara, masyarakat dan agama sendiri, atau kebebasan untuk merampas harta orang lain, atau kebebasan untuk bersubahat dengan musuh. Oleh itu, kebebasan adalah satu hal, murtad hal yang berbeza. Perundangan moden dijangkakan supaya memutuskan sama ada orang Islam yang memilih untuk mengamalkan agama lain, secara peribadi, dan tidak memberi kesan kepada masyarakat Islam atau negara, patut dianggap murtad dalam erti perundangan tradisional atau seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat di atas, di mana si murtad diancam dengan hukuman yang besar di akhirat, tanpa merujuk kepada hukuman bunuh” (Mohammed Abed al-Jabri, 200) Secara ringkasnya, pandangan Al-Jabri tersebut meletakkan gejala meninggalkan agama Islam sebagai satu jenayah politik, dan bukannya ‘jenayah agama’. Kemurtadan, apostasia atau apa sahaja yang seerti dengannya dilihat sebagai satu pengkhianatan, malah penderhakaan terhadap agama Islam. Sebahagian besar perbincangan tentang kebebasan beragama dalam Islam, termasuk yang dianalisis oleh Al Jabri adalah sekitar ayat 256 surah al Baqarah; ‘tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui’ (Tafsir Pimpinan Ar Rahman).’ [caption id="attachment_4849" align="aligncenter" width="475"]Rachid Ghannouchi Rachid Ghannouchi[/caption] Pandangan Al Jabri tersebut bukanlah baharu memandangkan Rachid Ghannouchi (1993: 44-50) dalam al Hurriyat al-‘Ammah Fid Daulah al-Islamiyyah, telah pun menyamakan apostasia dengan ‘jenayah hasutan’. Ghannouchi, justeru, dalam karya tersebut menyatakan tindakan meninggalkan agama Islam tanpa ‘menjejaskan citra agama Islam’ adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan selalu berlaku hari ini. Selepas penerbitan al Hurriyat al-‘Ammah Fid Daulah al-Islamiyyah, sekali lagi dalam kuliahnya untuk Cardiff Islamic Society pada tahun 1997, Ghannouchi menegaskan, hukuman terhadap seseorang Islam yang murtad hanyalah satu urusan ijtihad. Ini dikesan menerusi pertikaian antara para sahabat Rasulullah SAW khususnya dalam menentukan perang terhadap golongan murtad ketika awal pemerintahan Abu Bakar. Tindakan memerangi golongan murtad yang dilancarkan oleh Abu Bakar tersebut, awalnya dibantah oleh beberapa sahabat ternama termasuk Umar al Khattab (Azzam S Tamimi, 2001: 191). Beza Ghannouchi dan Mohammed Abed Al Jabri adalah, Al Jabri berpendapat ‘kebebasan adalah satu hal, murtad hal yang berbeza.’ Ghannouchi pula menegaskan apostasia hanya menjadi sesuatu yang serius jikalau maruah ‘Islam dicemari’. Dua pandangan di atas, masih kelihatan samar. Al Jabri dan Ghannouchi malah tidak ditanggapi sebagai sarjana pengajian Islam. Dalam tahun 1992, Mohamed Talbi, seorang sarjana terhormat dari University of Tunis, Tunisia, dan mahir dalam bidang tafsir al-Quran menulis tentang hak-hak untuk memilih beragama. Menurut Talbi, pilihan beragama dan kepercayaan adalah urusan sukarela hatta ibu bapa tidak mempunyai hak untuk memaksakan ke atas anak-anak mereka pilihan kepercayaan mereka: “Mengikut pengetahuan saya, antara semua teks yang diwahyukan, hanya al-Quran menekankan kebebasan beragama dengan begitu khusus dan jelas. Iman, iaitu iman yang benar dan teguh, perlulah merupakan suatu yang benar-benar bebas dan sukarela. Sehubungan ini, ia eloklah ditekankan bahawa ayat yang dirujuk itu bertujuan untuk menegur dan mengutuk sikap sesetengah orang Yahudi dan Kristian yang, apabila baru memeluk agama Islam di Madinah, bersedia untuk menukar agama anak-anak mereka sekali bersama mereka. Oleh itu ia jelas menegaskan bahawa iman adalah satu perihal dan komitmen individu peribadi dan ibu bapa sendiri mesti menahan daripada bercampur tangan mengenainya. Sifat iman itu sendiri, seperti yang ditekankan dalam teks asas Islam secara jelas dan tidak dapat disangkal, seharusnya tindakan sukarela yang lahir daripada keyakinan dan kebebasan” (Mohamed Talbi, 2009: 109). Tentu sahaja, dari pandangan Islam, seseorang yang memilih untuk keluar dari agama Islam melakukan ‘kesilapan’, akan tetapi itu adalah pilihan sendiri. Mohamed Talbi menegaskan, mereka yang memilih agama selain Islam telah diberi amaran bahawa Islam adalah agama kebenaran; dan keselamatan di akhirat tidak ada pada agama lain: “Sememangnya orang murtad diberi amaran: sesiapa yang memilih murtad, setelah meyakini di sudut hati bahawa Islam itu benar, adalah berlaku tidak adil, dan oleh itu kehilangan hidayah Allah, diikuti segala akibat berkenaan keselamatan mereka” (Mohamed Talbi , 2009: 115). Di hujung makalah beliau yang terkenal itu, Talbi menekankan, meskipun ‘terkutuk secara moralnya’; urusan seseorang yang murtad bukan sama sekali urusan penguasa. Malah, pilihan untuk menukar agama tersebut harus dihormati, ‘kebebasan beragama secara asasnya dan juga akhirnya merupakan satu penghormatan bagi kedaulatan Allah dan misteri perancanganNya untuk umat manusia’. Murtad dalam Sejarah Tamadun Islam Sejarah juga menjadi bukti, pemerintahan Islam bersikap begitu longgar terhadap ‘Crypto Jewish’ dan ‘Crypto Christian’, malah ia pernah menjadi fenomena meluas ketika pemerintahan Uthmaniyyah satu masa dahulu. Terminologi crypto merujuk kepada ‘mereka yang pandangan keagamaan dan amalan mereka tidak bersesuaian dengan agama rasmi anutan mereka dan selalunya menyembunyikan hakikat tersebut dari masyarakat awam’. Terminologi ini tidak eksklusif untuk Yahudi dan Kristian sahaja, malah, setelah Sepanyol jatuh ke tangan Kristian, masyarakat Islam yang tidak berhijrah ke daerah-daerah di Afrika Utara dan memilih untuk menetap di Sepanyol turut menjadi Crypto Muslims (Moriscos). Maurus Reinkowski (2007: 416) menegaskan ‘crypto Jews’ dan ‘crypto Christians’ adalah golongan murtad, ‘sudah tentu sepatutnya dianggap sebagai murtad; mereka telah mengakui sebagai umat Islam, dan kemudiannya pergi jauh dari Islam ‘. Tetapi pemerintah Islam khususunya Uthmaniyyah bertolak ansur dengan mereka. Cryptos hanya dihukum apabila secara ‘berterusan’ mencabar ‘kedaulatan Islam’ (Selim Deringil, 2000: 547-575). Pentadbiran Agama di Malaysia Di Malaysia, semua urusan perihal Islam diurus, ditadbir, dikendali dan ditentukan secara penuh oleh pemerintah. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (2012), Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai misalan menyatakan Islam adalah agama rasmi menurut perlembagaan Malaysia, makanya setiap anak yang dilahirkan sebagai seorang Islam hendaklah kekal sebagai seorang Islam. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (2012), Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan nada yang hampir sama memberi jaminan yang: ‘untuk setiap Muslim, pemerintah bertanggungjawab memastikan nilai-nilai Islam dipraktik dan dilaksanakan. Oleh kerana itu madrasah (surau), sekolah agama, Universti Islam, ceramah agama dan kuliah agama di TV dan radio dipupuk oleh pemerintah demi memastikan orang Islam tidak terkeluar dari jalan Islam.’ Malaysia seperti yang kita semua maklum, mengamalkan undang-undang Islam dan sivil (versi Malaysia) dan ia diurustadbir oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia dan Mahkamah Syariah. Fakta sejarah tidak dapat dimungkiri lagi bahawa urusan agama di dalam genggaman kerajaan sepertinya yang dilihat hari ini merupakan warisan penjajah Inggeris. Moshe YegarMoshe Yegar, seorang penyelidik berbangsa Yahudi dan rakyat Israel dari Hebrew University of Jerusalem pernah menetap di Malaysia dari bulan November 1964 sehingga hujung 1965. Hasil penelitian Yegar, beliau menerbitkan sebuah buku akademik yang kandungannya memuji ‘kebijaksanaan British’ dalam memperkenalkan birokrasi Islam di Malaysia sehingga Islam akhirnya menjadi satu jurus yang tertentu dan terhad di bawah satu pentadbiran: “Secara umum, toleransi British terhadap Islam, secara tidak langsung, sedar dan tidak sedar, sangat berguna dalam pengembangan dan pengukuhan Islam secara perundangan dan pentadbiran. Tetapi pemeliharaan dan pengukuhan asas tradisional kuasa dan organisasi sosial yang tersirat dalam dasar British, dan peningkatan komunikasi serta pemusatan progresif, bergabung untuk membentuk pentadbiran agama yang lebih autoritarian daripada yang sebelumnya. Pemerintahan penjajah dengan itu mengakibatkan tumpuan kepada doktrin dan pentadbiran autoriti agama di tangan hierarki pegawai yang bergantung kepada sultan untuk jawatan dan kuasa. Raja-raja dan Majlis Negeri mula memikul tanggungjawab yang lebih luas dalam hal ehwal agama. Sistem undang-undang sivil dan jenayah yang bertulis dan dikanunkan mewujudkan tekanan untuk sistem perundangan Islam yang lebih formal, yang seterusnya digubal oleh Majlis Negeri. Mahkamah ditubuhkan, prosedur undang-undang ditetapkan, dan birokrasi undang-undang ditubuhkan untuk mentadbirnya. Penubuhan baru badan pegawai agama kini berfungsi di mahkamah Sultan dan juga di kampungan. Kebanyakan daripada perkembangan ini (terutamanya perundangan mahkamah syariah), sementara memenuhi satu keperluan yang sebenar, juga merupakan peniruan terhadap model pentadbiran Barat dalam suatu bidang yang anehnya dirasakan oleh kaum Melayu sebagai ciptaan mereka sendiri. Walaupun telah wujudnya kadi, undang-undang syariah, dan pembatasan Islam dalam masa dan tempat yang lain sebelum ini, kaum Melayu telah menambah kaedah penguatkuasaan undang-undang oleh pertubuhan agama rasmi yang teratur” (Moshe Yegar, 1979: 266). Institusi Islam di Malaysia Penginstitusian Islam seperti yang terlihat pada Jabatan Kemajuan Agama Islam hari ini, menurut Yegar membuahkan semacam ‘Islam autoritatif’ yang dipertahan oleh Malaysia sebagai ‘satu urusan di bawah takluk perlembagaan’. Tentulah sangat menjengkelkan buat ramai ‘agamawan konservatif’, hakikat bahawa seorang ahli akademik Israel seperti Moshe Yegar pernah hadir di negara ini dan ‘memuji’ pula warisan kepintaran British, iaitu pentadbiran agama Islam sebagai ber‘model Barat’. ‘Pujian’ Moshe Yegar terhadap legasi penjajah Inggeris ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh antropologis terkenal di Malaysia. Abdullah Taib (1985: 226) misalnya pernah menyatakan, ‘Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu. Penubuhan Majlis Agama ini ialah hasil ‘kebijaksanaan’ penjajah Inggeris.’ Penggunaan tanda kurung untuk ungkapan ‘kebijaksanaan penjajah Inggeris’ menunjukkan rasa kurang selesa Abdullah Taib. Bahkan dalam kajian beliau tersebut, peranan Jabatan Agama Islam dalam menyudutkan nilai-nilai lokal dikritik secara halus, dan secara akademik tentunya. ‘Islam institusi’ yang diperkenalkan oleh penjajah inilah yang perlahan-lahan mulai ‘menggelisahkan’ bahagian-bahagian hidup segelintir rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Persoalan ini menjadi semakin dramatik dan kontroversial baru-baru ini, seperti yang terpapar dalam surat pembaca Steve Oh (2012) kepada Malaysiakini. Pandangan peribadi dan kebebasan berekspresi Oh boleh sahaja ditanggapi sebagai ‘menghasut’. Namun demikian, ‘kegelisahan’ warga Malaysia yang bukan beragama Islam seperti Steve Oh mesti ditangani dengan dialog dan keterbukaan. Amalan mendiamkan orang seperti Steve Oh tidak membawa apa-apa manfaat jangka panjang. [caption id="attachment_4851" align="aligncenter" width="478"]World Muslim Congress World Muslim Congress[/caption] Kebebasan Agama di Malaysia Kebebasan beragama di Malaysia memang sering menjadi sasaran kritikan luar. Sebagai contoh, Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2007, dalam laporannya menyatakan: “Pihak berkuasa negera memaksa undang-undang agama Islam yang ditadbir melalui mahkamah Islam ke atas semua etnik Melayu (dan umat Islam yang lain) dalam perundangan keluarga dan hal-hal sivil yang lain. Orang Islam secara amnya tidak dibenarkan bertukar kepada agama lain walaupun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama. Mahkamah tertinggi negara memutuskan dalam tempoh laporan ini, bahawa umat Islam yang ingin memeluk agama lain hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Mahkamah Syariah.” (Jabatan Negeri Amerika Syarikat, 2007). Sebagai catatan, pada tahun 2007 tersebut, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Lina Joy untuk menggugurkan kata Islam dari kad pengenalannya. Permohonan Joy, yang dilahirkan sebagai Azlina Jailani tersebut telah dinafikan kerana mahkamah memutuskan, oleh kerana agama asal Joy adalah Islam maka ia merupakan sebahagian dari urusan Islam. Justeru, hanya Jabatan Agama Islam sahaja boleh memutuskan secara rasmi kedudukan Joy sebagai seorang Kristian. Keputusan mahkamah tersebut disambut oleh World Muslim Congress dengan tempelak: “Kebebasan kepercayaan bermaksud bukan sahaja kebebasan untuk memilih agama, tetapi juga kebebasan untuk menukar agama. Walaupun Islam menganggap murtad adalah dosa yang besar, namun ini di antara Tuhan dan individu masing-masing. Apabila ia hanya peristiwa murtad, ie, hanya menukar agama seseorang tanpa keganasan atau khianat terhadap negara Islam atau umat Islam, prinsip kebebasan agama dalam Islam menuntut bahawa si murtad harus diberi kebebasan seperti yang dikurniakan Tuhan. Pendirian tradisional nampaknya menjadi asas yang menyebabkan mahkamah sivil Malaysia menanggung perkara tersebut di bawah pengkhianatan atau keganasan. Apa yang menggalakkan ialah perubahan pendapat di kalangan umat Islam yang berpaling daripada pandangan tradisional ke arah suatu yang sejajar dengan ajaran Al-Quran dan warisan Nabi Muhammad” (Kongres Islam Sedunia 2007). Perenggan dari kenyataan media di atas, secara signifikan dikeluarkan oleh World Muslim Congress. Ia turut membantah pencabulan hak asasi manusia di Malaysia. Harus dinyatakan, World Muslim Congress mengundang Joy untuk kembali ke agama Islam, ‘we invite our sister in humanity Lina Joy (Azlina Jailani) back to Islam’ tetapi dalam masa yang sama menggesa kebebasan beragama diberikan dan menuntut supaya pemerintah Malaysia membuang pandangan apostasia sebagai ‘pengkhianatan atau keganasan’. JAKIM Salafi Wahhabi dalam JAKIM World Muslim Congress tentu sahaja tidak membuat tuduhan liar dan serkap jarang, ia mungkin bersandarkan pandangan pegawai Bahagian Penyelidikan Akidah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia yang sering merujuk kepada pandangan-pandangan sempit ulama salafi: “Jika seseorang mengumumkan murtadnya kepada orang ramai dan menunjuk-nunjukkan kepercayaan barunya, maka dia telah mengisytiharkan serangan dalam bentuk persepsi (al-harb al-fikriyyah) terhadap Islam dan kepercayaannya. Tindakannya akan meningkatkan atau membenih keraguan dalam hati umat Islam yang lain. Pada waktu itu, perbuatan murtad tidak harus dilihat dari sudut hak individu untuk menukar agama, tetapi dari segi “hirabah” (unsur serangan ke atas asas-asas agama yang merupakan tiang kerajaan Islam. Oleh itu, langkah segera patut diambil untuk memulakan proses penyediaan penjelasan untuk membersihkan keraguan orang tersebut, memintanya bertaubat dan jika dia tetap berdegil dan berkeras untuk murtad, akhirnya adalah hukuman mati atas dasar” hirabah” [al-qatlu hirabatan]). Ini bermakna, murtad tidak dihukum bunuh kerana kekafiran mereka, namun kerana hirabah. Ini jelas berdasarkan ayat 33 surah al-Ma’idah yang bermaksud: “Sesungguhnya, hukuman bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan berusaha di bumi [untuk menyebabkan] kerosakan tidak lain kecuali mereka dibunuh atau disalib atau tangan dan kaki mereka dipotong dari sisi yang berbeza atau mereka diusir dari tanahair… “. Walaupun ayat tersebut ditakrifkan oleh kebanyakan sarjana Islam sebagai ayat yang menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah dan perompak, ia tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan murtad secara terang-terangan adalah suatu tindakan yang memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya (SAW). Oleh itu, beberapa ulama Salaf berpendapat bahawa hukuman bunuh untuk murtad diambil dari ayat ini juga, selain daripada hadith-hadith sahih yang berfungsi untuk menjelaskan perkara tersebut.” (Mohd Aizam Mas’od). Pandangan ekstrim di atas tentu sahaja dapat dipermasalahkan untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama di Malaysia. Mereka yang menuntut kebebasan beragama misalnya dengan mudah ditanggap sebagai penghasut dan penjahat dengan niat buruk terhadap Islam. Adakah pandangan di atas, pandangan Ahlus Sunnah wal Jamaah? Atau hanyalah pandangan minoriti ulama wahabi yang terkenal sebagai pembantah dialog? Kebebasan Beragama Menurut Sarjana Syiah Jika demikian, bagaimanakah seharusnya kebebasan beragama menurut Islam? Mohamed Talbi, seorang Sunni, menyatakan kebebasan adalah mutlak milik peribadi, dan hukuman adalah milik Tuhan kemudiannya. Jika demikian, apakah ada pandangan alternatif yang dapat dikutip dari sekolah pemikiran Islam yang lain pula? [caption id="attachment_4853" align="alignleft" width="314"]Mohsen Kadivar Mohsen Kadivar[/caption] Mohsen Kadivar, seorang ulama dan ahli akademik yang mengajar di Tarbiat Modarres University, Tehran telah menulis sebuah makalah yang penting berhubungan perkara ini. Makalah tersebut dibentangkan di Kongres Antarabangsa Hak Asasi Manusia dan Dialog Ketamadunan di Tehran, pada 6 Mei 2001. Menurut beliau, kebebasan beragama dan kepercayaan yang digariskan oleh Islam mengizinkan seseorang Muslim untuk menukar agamanya, menganut agama lain dan tiada hukuman patut dilaksanakan ke atasnya. Muslim yang murtad itu bagaimanapun tetap berdosa, dan ia adalah urusan dirinya dengan Tuhan. Kadivar menulis: “Kebebasan beragama dan kepercayaan bererti hak seseorang individu untuk bebas memilih mana-mana ideologi dan agama yang disukainya. Ia juga bermakna kebebasan dan hak untuk berfikir, berpegang kepada kepercayaan dan nilai, mengekspresikan agama dan pendapatnya, mengambil bahagian dalam upacara dan amalan agama, dan untuk bebas mengajar nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak dan penganut seagama. Begitu juga kebebasan beragama bermaksud hak menjemput orang lain ke agamanya, untuk berdakwah dan menyebarkan agamanya kepada ahli-ahli masyarakat, untuk membina rumah-rumah ibadat, untuk meninggalkan dan keluar daripada agama seseorang, dan kebolehan untuk bebas mengkritik agamanya dan ajarannya. Kebebasan beragama bermaksud kebolehan melakukan semua ini secara bebas selagimana hak dan kebebasan orang lain tidak dilanggar, dan ketenteraman awam dan moraliti tidak terganggu. Kebebasan beragama dan kepercayaan adalah mungkin apabila, tanpa mengira kepercayaan seseorang, dia tidak dianiaya kerananya dan hak sivik dan individunya tidak ditarik kerananya” (Mohsen Kadivar, 2009: 119-120). Pembukaan makalah Kadivar seperti dikutip di atas menunjukkan setiap orang mempunyai hak untuk mempromosi dan meyakini kepercayaan masing-masing. Kadivar menegaskan, ‘tiada paksaan dalam agama’ seperti yang dinyatakan dalam surah al Baqarah ayat 256 adalah dalil yang nyata supaya kebebasan beragama secara kukuh dipertahankan, dan menghukum seseorang yang meninggalkan Islam adalah tidak dibenarkan. Kadivar seterusnya menjelaskan, ‘ayat itu diturunkan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang dibuat oleh salah seorang sahabat Nabi bernama Abulhussien, seorang Ansar yang salah seorang anak saudagarnya telah memeluk agama Kristian’ (Mohsen Kadivar, 2009: 132-133). Menurut Kadivar lagi, hukuman mati terhadap seseorang yang meninggalkan agama Islam secara jelasnya bertentangan dengan formula ‘tiada paksaan dalam agama tersebut’. Tanpa menafikan mereka yang meninggalkan Islam itu melakukan dosa besar dan hal yang sepatutnya ialah supaya mereka terus beriman, Kadivar dalam masa yang sama mempertikaikan hukuman berat terhadap seorang Muslim yang meninggalkan Islam. Sebagai seorang Syiah, sumber syariah menurut Kadivar adalah bersandarkan kepada ahlul bayt. Kadivar merungkaikan, hukuman mati terhadap seseorang yang murtad hanya dapat dan boleh dilakukan ketika 14 maksumin (dua belas Imam Syiah termasuk Rasulullah SAW dan Fatimah az Zahra) masih hidup atau hadir sebagai panduan dan rujukan masyarakat Islam. Kadivar juga membahaskan, hukuman mengambil nyawa seseorang haruslah dilakukan dengan penuh waspada dan tanpa sumber hukum yang benar-benar sahih dan terang, ia tidak dapat dilakukan, memandangkan Islam amat menghargai nyawa setiap makhluk: “Pertamanya, tiada keraguan bahawa semasa hayat nabi dan 12 Imam Syiah, hukuman mati untuk murtad adalah perkara biasa. Individu-individu ini mengetahui undang-undang syariah dan ketentuan ilahi lebih baik daripada orang lain, dan ia tidak dibenarkan untuk meragui kesahihan pengadilan mereka. Yang terbuka kepada tafsiran, bagaimanapun, adalah kesahihan penghakiman sebegitu semasa ketiadaan mereka. Malah, ia tidak jelas sama ada ajaran tersebut adalah sah untuk sepanjang zaman atau terhad kepada zaman Empat Belas Yang Maksum sahaja. Ulama Syiah terbahagi kepada dua aliran pemikiran tentang hal ini. Pandangan yang lebih biasa melarang pembunuhan si murtad apabila Empat Belas Maksum tiada, di mana beberapa ulama Syiah menyetujui. Oleh kerana hukuman bagi si murtad telah disentuh dalam syariah, ia tidak boleh dilaksanakan tanpa kehadiran Empat Belas Maksum. Kepentingan pendapat ini menjadi diperbesarkan memandangkan bantahan lain terhadap hukuman murtad yang telah disebutkan. Keduanya, semua tradisi mengenai hukuman mati untuk murtad diambil daripada satu sumber. Kesahihan suatu tradisi adalah berdasarkan usul dan penerimaan beberapa ulama. Dalam banyak isu penting, ulama tidak bergantung kepada kekuatan sumber tunggal untuk menentukan kesahihan tradisi. Apabila berkaitan pengambilan hidup manusia, kemajmukan sumber pastinya diperlukan. Hak semulajadi seseorang untuk hidup hanya dapat ditamatkan apabila terdapat ajaran khusus mengenainya, seperti ayat Al-Quran atau suruhan yang jelas. Pembunuhan si murtad tidak boleh dilakukan jika hanya berdasarkan satu sumber” (Mohsen Kadivar, 2009: 141). Pandangan Kadivar tersebut tentu sahaja ditanggapi sebagai ‘liberal melulu’ untuk mereka yang memilih untuk tidak bersetuju dengannya. [caption id="attachment_4854" align="aligncenter" width="480"]Muhammad Legenhausen Muhammad Legenhausen[/caption] Murtad, Menurut Sufisme Muhammad Legenhausen, seorang ilmuan dan ahli falsafah yang mengajar di Qom, Iran turut melihat isu ini. Cuma sebagai pengkaji sufisme, Legenhausen melihat isu ini menerusi kaca mata berbeza, iaitu sebagai seorang pendukung pluralisme: “Mereka yang memilih agama selain Islam membuat kesilapan, sama ada secara dusta atau jahil. Oleh kerana tiada cara untuk kita untuk menentukan samaada ianya kerana jahil (boleh dimaafkan), di mana hubungan baik dengan orang bukan Islam adalah mungkin tanpa membiarkan ketidakadilan, anggapan kesilapan yang jujur adalah tanggungjawab moral bagi kita” (Muhammad Legenhausen, 2005: 70) Pandangan Mohsen Kadivar di atas sangat penting, kerana ia menunjukkan kesediaan dunia Islam Syiah untuk berubah dan hidup secara harmonis dengan komponen masyarakat yang lain. Ia menjadi isyarat sudah berlakunya perubahan sikap yang signifikan dalam Islam. Ini berbeza misalnya pada tahun 1968, apabila Sultanhussein Tabandeh membentangkan makalah beliau yang berjudul A Muslim Commentary on the Universal Declaration of Human Rights di Tehran International Conference on Human Rights. Dalam makalahnya tersebut, Tabandeh secara keras menegaskan, seseorang Islam yang meninggalkan agama Islam harus dibunuh, dan wanita murtad mestilah dipenjara seumur hidup dengan kerja paksa sebagai buruh (Sultanhussein Tabandeh, 1970: 72-73). Realiti Kepelbagaian Malaysia & Non-Dialoguers Suara-suara alternatif dari dunia Sunni, mahupun Syiah seperti Mohamed Talbi dan Mohsen Kadivar yang menjarakkan diri dari pandangan-pandangan tradisional jelas boleh direnungi bersama khususnya untuk Malaysia yang berdepan dengan kepelbagaian kepercayaan. Malaysia berdepan kesukaran untuk mempunyai pilihan lain kerana umat Islam di Malaysia harus hidup rukun dengan umat bukan Islam. Fakta bahawa ‘Islam autoritatif’ dipusakai dari penjajah membuktikan, ada bahagian lampau Malaysia yang perlu dimuhasabahi. Cabaran kepada isu kebebasan beragama di Malaysia hari ini adalah apabila pentadbiran agama yang diwarisi dari penjajah ini mulai dibanjiri dan diduduki oleh agamawan ‘non dialoguers’. Siapakah ‘non dialoguers’? Mereka wujud dalam agama Islam, mahupun Kristian, dan menjadi ancaman besar kepada kemanusiaan. [caption id="attachment_4856" align="aligncenter" width="514"]Jacques Waardenburg Jacques Waardenburg[/caption] Jacques Waardenburg (2003: 440-441) menghuraikan siapakah ‘non dialoguers’ dan bahaya mereka sebagai ancaman senyap kepada masyarakat, khususnya yang berbilang kaum dan agama seperti masyarakat di Malaysia: “Satu lagi masalah ialah gerakan ideologi agama, Islam atau Kristian, yang hanya mahu berpegang kepada asas-asas dan integriti agama mereka dan memaksakannya ke atas orang lain. Mereka menutup diri daripada apa yang dikatakan atau dilakukan orang lain. Muslims and The OtherIdea-idea mereka memberi saksi kepada kebergantungan diri, sehingga mereka tidak dapat melihat sebarang keperluan untuk berhubungan dengan ‘yang lain’. Sebaliknya, agama-agama lain merupakan ancaman kepada mereka. Mereka memanggil diri mereka Pembela Agama, atau pembela Tuhan secara kiasan, namun sikap mempertahankan diri ini seiring dengan sikap militan terhadap orang lain. Mereka mungkin menggunakan dialog untuk sebab-sebab taktikal, dalam mengejar matlamat jelas bagi diri mereka. Di kalangan umat Kristian, saya berfikir bukan hanya tentang mereka yang dikatakan fundamentalis dan Evangelikal, tetapi juga pendakwah tegar yang bagi mereka semua umat Islam harus menjadi Kristian, dan golongan konservatif yang melihat tradisi mereka sebagai kekal sepanjang zaman dan bagi mereka tiada pilihan lain yang wujud. Di kalangan umat Islam, saya berfikir terutamanya tentang gerakan ‘Islamis’ yang cenderung untuk mentakrif Islam dengan versi tertentu mereka sendiri atau yang sebenarnya hanya mahu mengejar kepentingan politik. Mereka mungkin berfikir bahawa mereka mengetahui apakah agama Kristian dan mengapa mereka menolaknya. Di sini juga, sudah tentu, terdapat ultra-konservatif yang serupa dan wujud di mana-mana agama.” Perenggan di atas menunjukkan betapa mencabarnya usaha dialog. Jacques Waardenburg (2003: 441) menambah, hubungan agama akan selamanya tidak harmoni jika ‘non-dialoguers’ dibenarkan menjadi jurucakap dan mewakili agama masing-masing kerana mereka menutup diri dari komunikasi dengan pihak lain. Jikapun dialog berlaku, ia berlangsung dengan prasangka dan niat untuk memenangkan, bukan untuk saling memahami dan mengenali. Terdapat banyak apostasia senyap seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam dengan kehadiran ‘Crypto Jews’ dan ‘Crypto Christians’ dalam masyarakat Islam. Ternyata, bahaya atau ancaman yang disumbang oleh mereka tidaklah begitu besar. Pemerintah Islam dalam sejarah malah sedia bekerjasama dengan mereka, atau memberi mereka jawatan pentadbiran. Lantaran itu, mereka yang menyeru kepada hak asasi manusia tidak wajar ditangani sebagai ‘musuh’, berbanding ancaman lantang ‘non-dialoguers’ yang menolak untuk berhubung dengan ‘dunia luar’. Agamawan ‘non-dialoguers’ dengan pakatan kumpulan ultra nasionalis sentiasa bersedia untuk menggunakan posisi, kuasa dan kelebihan yang mereka miliki dalam pemerintahan untuk menindas sektor masyarakat yang tidak berupaya. Di tangan mereka, ‘non-dialoguers’ dan ultra nasionalis ini; hak asasi manusia sentiasa berpotensi untuk dicabul dan dinodai. Merekalah ancaman senyap yang boleh meruntuh kesentosaan dan kerukunan masyarakat. [Ulangsiar makalah yang telah diterbitkan pada 13 November 2012]

VERMOX
]]>