2014

25hb Januari 2014

FORUM: Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian

Atas dasar meningkatkan pemahaman dengan semangat meraikan kepelbagaian, Projek Dialog mengambil inisiatif membincangkan permasalahan dan penyelesaian terhadap isu-isu agama melalui pelbagai perspektif dalam forum ‚ÄúAgama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian‚ÄĚ pada Sabtu, 25hb Januari di Pusat Rakyat Loyar Burok, Bangsar (Berhampiran LRT Bangsar). Forum ini menampilkan Ust. Wan Ji At-Ta‚Äôaduddi, Lindu Livan, Uthaya Sankar dan Fazril Saleh.

 

5hb April 2014

FORUM: Penilaian Kritikal Bangsa Malaysia

Projek Dialog mengambil inisiatif untuk membuka kembali wacana identiti nasional secara kritikal terhadap konsep Bangsa Malaysia ini dalam satu perbincangan kritikal yang akan menyentuh cabaran-cabaran yang berbentuk perundangan, kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera, polemik bahasa dan pendidikan, serta lain-lain faktor untuk kita temukan punca permasalahan serta mencari inspirasi baru terhadap identiti nasional.

 

11hb Julai 2014

FORUM: Wacana Ramadhan dan Buka Puasa

Wacana Kritikal Projek Dialog kali ini membincangkan amalan berpuasa dalam masyarakat, melalui perspektif berbeza, pelbagai agama dan budaya semasa. Menampilkan kolumnis dan teman-teman Projek Dialog antaranya Yana Rizal, Calvin Ohsey, Arlene Tan, dan Benz Ali.

 

24hb Ogos 2014

SEMINAR: Kebebasan, Agama dan Media Sosial: Ketahuilah Hak Anda!

Projek Dialog dengan kerjasama Article 19 akan mengendalikan seminar untuk meniliti isu-isu sekitar hubungan kebebasan agama dan hak asasi dalam era media sosial.

 

 


2015

24hb Januari 2015

FORUM: Human Rights and the Malaysian Trans Community: Challenges and Potentials.

Membincangkan mengenai keadaan transgender dari sudut kerangka undang-undang dan apakah cabaran dan inisiatif yang boleh dilakukan oleh rakyat majoriti untuk membantu dan memperbaiki hubungi yang ada.

7hb Mac 2015

BENGKEL: Kemajmukan Agama – Kenali Ahmadi, Hindu, Teologi Pembebasan Kristian, Syia

Bengkel mengenai pengenalan agama-agama minoriti yang wujud di Malaysia.

 

22hb Mac 2015

FORUM: Bahasa dan Aktivisme: Pembebas atau Penghalang?

Membincangkan mengenai peranan bahasa dan apakah fungsi utama bahasa dalam dunia aktivisme.

 

5hb Mei 2015

FORUM: Islam in the Modern World: Freedom and Boundaries

In this forum, three of Malaysia’s foremost Muslim thinkers come together to consider these questions and more. With expertise ranging from politics, the environment to finance, they offer new ideas towards a more hopeful vision of the world, amidst the rising chorus of anxieties and fears surrounding Islam and it’s associated cultural and political demands.

6hb Jun 2015

FORUM: Melayu dan makna-maknanya

Perbincangan kami membawa perspektif pelbagai aliran bagi memahami “makna” Melayu masa kini. Dianjurkan sempena Art for Grabs.

8hb Ogos 2015

FORUM: Kepelbagaian Jantina & Gender – Melawan Prejudis!

Membincangkan jantina & gender berdasarkan kajian dan perkongsian pengalaman peribadi para panelis.

 

12hb September 2015

Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Melawan?

Forum yang membicarakan mengenai identiti wanita Melayu pada zaman moden dan mitos-mitos yang membelenggu mereka. Panelis terdiri daripada Yati Kaprawi, Engku Iman, Fadiah Nadwa dan Nurhayyu Zainal.

3hb November 2015

Female Ulamas: Dialogue with Nyai Masriyah Amva – Challenges of Muslim Feminism

Sebuah tayangan dokumentari mengenai peranan dan persoalan mengenai ulama wanita dan kedudukannya di dalam masyarakat moden zaman ini.

 

22hb November 2015

FORUM DAN TAYANGAN VIDEO: GILA SEKS, GILA KUASA – SIAPA MANGSA?

Perbincangan terbuka untuk mempelajari mitos dan kebenaran tentang gangguan seksual. Panelis terdiri daripada Syar S. Alia (Young Women Making Change), Dr Lai Suat Yan: Pengajian Gender, Universiti Malaya, Vizla Kumaresan: Pakar Psikologi dan juga Vee Izhar: Justice for Sisters. 

 

14hb Disember 2015

FORUM: Mak Bapak Tak Bagi, Apa Nak Buat??

Forum ini membicarakan mengenai pengalaman anak muda yang ingin menjalankan gaya kehidupan ataupun pemikiran yang bercanggah dengan ibu bapa mereka. Turut membicarakan peranan ibu bapa selaku otoriti di dalam unit keluarga. Panelis terdiri daripada Suri Kempe dan Terry Nuriman.

 

28hb Disember 2015

FORUM: Cakap Sikit Kena Gantung! Apa makna bersuara di universiti?

Forum ini membicarakan mengenai keadaan demokrasi kampus yang kian lesu. Ahli panel terdiri daripada Afiqah Zulkifli, seorang pelajar UIA yang digantung semester kerana menganjurkan forum, sesuatu yang tidak akan berlaku pada zaman pelajar univeristi tahun 1960-70an dan juga Ahmad Muziru Idham, intelektual muda yang baru menamatkan pengajian di UNIMAS dan kini di IRF.

 


 

2016

13hb Januari 2016

FORUM: Mahathirism Kembali Lagi! Meneliti Kebebasan Bersuara Antara Dua Zaman

Membincangkan mengenai Akta Hasutan, ISA dan Akta Keselamatan Negara dan hubung kaitan ketiga-tiga akta ini terhadap aktivis politik di negara Malaysia. Panelis terdiri daripada Irene Xavier, ditahan semasa Operasi Lalang 1987 dan Yin Shao Loong, seorang aktivis kebebasan bersuara yang lantang dalam gerakan memansuhkan Akta Hasutan.

 

 

19hb Januari 2016

FORUM: Islam Ramah Budaya Tempatan: Dakwah Wali Songo

Pak Agus menjelaskan mengenai pendekatan yang dilakukan oleh pendakwah Islam awal di nusantara ini, iaitu Wali Songo (Sembilan Wali), yang ramah pada tradisi dan budaya tempatan dan juga membentuk semangat jati diri yang kuat di kalangan masyarakat tempatan.

 

23hb Februari 2016

FORUM: Hujan Emas di Sini? Buruh Migran di Malaysia

Pembicaraan mengenai punca pembawaan buruh migran begitu menguntungkan buat kerajaan negara penerima.

 

5hb Mac 2016

PAMERAN SENI: Khabar dan Angin: Excursus on Faith

Pameran ini menjemput sebuah perbincangan, mencetuskan keterbukaan yang kritis – untuk mempertimbangkan estetik dan politik sebuah naratif nasional yang lebih menyeluruh untuk semua, pada masa yang sama berpijak kepada kesedaran terhadap jurang dan ketidakpastian yang lumrah dalam dialog merentas perbezaan, sekalipun dalam rangka-kerja dan proses projek ini.

 

28hb Mac 2016

FORUM: Cockfest! Panelis di Malaysia

Kebanyakan forum di negara kita terdiri daripada panelis lelaki, dan seringkali meminggirkan suara wanita dan tidak mengambil sudut pandang mereka sebagai suatu pendekatan yang konstruktif. Forum ini membincangkan mengenai fenomena ini dan tindakan yang boleh dilakukan untuk meramaikan lagi panelis yang terdiri daripada golongan wanita. Panelis terdiri daripada Mrym Lee (Dialog Jalanan), Fariza Zahrin, Megat Hanis (alumni Sekolah Falsafah) dan Rizal Rozhan (EMPOWER).

3hb April 2016

FORUM: Mencari Roh-ingya: Kisah Mereka di Malaysia

Forum yang membicarakan keadaan pelarian Rohingya di Malaysia dan apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka? Panelis terdiri daripada Faisal Islam dan Tasmida Siddek dari Rohingya Society Malaysia.

 

13hb Mei 2016

KULIAH UMUM: “STUDENT POWER” ¬†SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA ’60AN – Sebuah public lecture multimedia oleh FAHMI REZA

 

23hb Mei 2016

FORUM: Arabisasi ka Salafi ka Wahabi? Arabisasi tang mana!

Forum yang membicarakan mengenai fenomena ‘arabisasi’ ataupun fenomena dimana pencedokkan budaya asing disamakan dengan esensi sesuatu agama. Panelis terdiri daripada¬†Syed Farid al-Atas, Marina Mahathir dan juga Eddin Khoo.

 

30hb Mei 2016

FORUM: Feminisme Radikal dan Feminisme Islamik: Ajari Aku!

Forum yang membincangkan mengenai pelbagai cabang feminisme yang wujud pada zaman ini.

 

5hb Jun 2016

FORUM: Fatherhood beyond patriarchy

Forum yang membicarakan mengenai peranan bapa di dalam zaman yang mempraktikkan patriarki dengan kewujudan dominasi institusi yang tidak menyebelahi golongan wanita dan cabaran yang membelenggu golongan bapa pada waktu ini. Panelis terdiri daripada Zan Azlee, Suri Kempe, Thilaga, dan Mitch Yusmar Yusof.

 

17hb September 2016

Pesta Filem KITA

Pesta filem KITA ialah sebuah festival filem yang menampilkan bakat muda tanah air dan wacana kritis filem tempatan. Pesta yang berlangsung melibatkan usaha dari pembikin filem yang merentas beberapa generasi, dari anak muda ke pihak yang telah lama berkecimpung di dalam industri filem. Pihak kami merasakan bahawa filem merupakan salah satu medium seni yang mampu menyampaikan mesej-mesej penting secara menyeluruh. Lalu usaha ini merupakan suatu cubaan untuk menggabungkan intisari kontemporari dengan persoalan masyarakat yang penting bagi mengukuhkan harmoni di dalam negara. Geran-geran telah diberikan kepada para pembikin filem bagi mereka menghasilkan filem pendek yang memaparkan keharmonian dan nilai-nilai kemasyarakatan yang perlu dikuatkan di negara kita.

 

25hb September 2016

FORUM: The Art of Mockery: Who Gets the Last Laugh?

Dengan terjadinya kes seperti tragedi Charlie Hebdo, perbincangan mengenai konsep satira dan komedi di dalam mempersoalkan keadaan negara dari sudut pandang yang kritikal. Panelis terdiri daripada Chak (editor of cilisos.my), Isham Rais (comedian), Maya Tan Abdullah (actress), Farah Rani (actress).

 

26hb Oktober 2016

FORUM: Agama Hindu 101

Forum yang menerangkan mengenai asas-asas agama Hindu dan silap faham yang bersangkutan dengannya. Dibimbing oleh saudara Uthaya Sankar SB.

 

31hb Oktober 2016

FORUM: Pekerja Migran: Apa anda perlu tahu

Forum yang membicarakan mengenai keadaan pekerja migran di Malaysia dan apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh penduduk tempatan dan pekerja migran untuk menaiktaraf keadaan pekerja di sini. Panelis terdiri daripada Adrian Pereira (North-South Initiative), Nasrikah Binti Paidin (Komunitas Serantau) dan juga Luela A Mirafuentes (Filipino Domestic Workers Trade Union).

 

16hb November 2016

FORUM: Kesihatan Mental 101

Kolaborasi di antara Projek Dialog dengan Malaysian Mental Health Association ini merupakan satu inisiatif untuk memberi pengenalan asas kepada pelbagai jenis penyakit mental yang wujud, dan untuk membubarkan segala salah faham dan prejudis terhadap penyakit mental.

Forum ini disertai Puan Nurhijjah yang merupakan seorang pekerja pemulihan di MMHA dan juga Cik Vishalatchi yang menceritakan pengalaman selaku penyakit yang mengidap skizofrenia.

 

29hb November 2016

FORUM: Sharia 101

Forum yang membincangkan mengenai asas-asas Syariah dari sudut kerangka undang-undang dan teologi. Panelis terdiri daripada Dato’ Ismail Yahya¬†selaku mantan Ketua Hakim Syarie Terengganu dan mantan Mufti Terengganu, dan juga Marwan Bukhari.

 

14hb Disember 2016

FORUM: Melayu di pinggiran?

Forum yang membincangkan impak polisi negara terhadap kaum majoriti di Malaysia. Panelis terdiri daripada Dr Muhammed Khalid, seorang ahli ekonomi dan juga Wan Noorulazhar selaku Pengerusi MTUC bahagian Selangor.

 

21hb Disember 2016

FORUM: Adab Pertemuan Silang Agama

Perbincangan ini telah diadakan untuk menerokai persoalan “commercialization” dan segala salah anggap kita terhadap perayaan pelbagai agama. Kita juga akan berbincang tentang kepentingan ritual dan tradisi untuk masyarakat umum. Panelis terdiri daripada Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Mary Magdelene Pereira (Former Associate Professor, UiTM) dan juga Wong Fook Meng (Peguam dan Ketua Gereja).


2017

26hb Februari 2017

FORUM: Dialog Tertutup – Baha’i dan Ahmadiyyah

Forum yang berteraskan dialog diantara dua ajaran minoriti di negara Malaysia. Perbincangan menekankan aspek persamaan dan perbezaan yang wujud diantara kedua-duanya dan juga mengenal pasti inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kedua-duanya.

 

28hb Februari 2017

FORUM: Maruah Wanita: Apa Peranan Lelaki?

Forum ini telah mempermasalahkan naratif ini dan membincangkan pengalaman wanita dalam menangani ungkapan-ungkapan sebegini yang sering mengecilkan kewujudan wanita di samping mengancam keselematan mereka. Panelis terdiri daripada Ruby Subramaniam (The Body is Mine), Sivananthi Thanenthiran (ARROW) dan juga Hafiz Bai (IKRAM Teens).

 

16hb Mac 2017

FORUM: Mitos-mitos Agama yang Membahayakan Masyarakat

Forum yang membincangkan mengenai mitos-mitos yang seringkali difahami sebagai sesuatu yang lumrah di dalam agama. Panelis terdiri daripada Dr. Syed Farid Alatas, Najeehah Hamid dan juga Maryam Lee.

 

18hb Mac 2017

FORUM: Bengkel Islam dan Hak Asasi manusia

Bengkel diwujudkan bagi mempelajari isu-isu yang berkait rapat dengan hak asasi dan berdiskusi tentang impak dan kesan terhadap masa depan kita.

 

26hb Mac 2017

FORUM: Fantastic Beasts and How to Know Them

Forum yang membincangkan mengenai hubungan haiwan dan manusia dari sudut pandang yang berbeza. Panelis terdiri daripada Kat Rahmat, Christine Das, Shah Redza dan juga Dr. Vivek Thuppil.

 

29hb Mac 2017

FORUM: Diaspora India di Malaysia

Forum yang memberi fokus kepada dua bahagian: sejarah umum mengenai penghijrahan orang India ke rantau ini, dan persoalan dominasi budaya suatu sub-etnik dan apakah percanggahan yang wujud daripadanya. Pihak Projek Dialog menjemput Dr Charanjeet Kaur dan Sdr. Uthaya Sankar SB untuk memberikan penerangan mengenai topik tersebut di atas.

 

6hb April 2017

FORUM: Dialog Tertutup Sunni dan Ahmadiyyah

Forum tertutup yang membicarakan mengenai perihal hubungan institusi agama yang disokong kerajaan dan impaknya terhadap ajaran golongan minoriti.

 

15hb April 2017

FORUM: Expression Away from Home.

Forum ini mengenalkan dua panelis dari dua negara yang berbeza, di mana masing-masing menjelaskan keadaan selaku kehidupan seorang pekerja migran dan bagaimana mereka menggunakan bentuk-bentuk seni bagi menyatakan ekspresi mereka terhadap realiti yang dihadapi mereka. Panelis terdiri Nasrikah Sarah dari Indonesia yang membaca puisi nukilannya dan jugaDil Masrangi Magar dari Nepal yang menyanyikan sebuah lagu asal negaranya.

26hb April 2017

FORUM: Agama Hindu 101

Forum ini merupakan pengenalan mengenai asas ajaran Hinduisme. Ini merupakan forum kedua yang mengenalkan asas Hinduisme kepada pihak yang hadir. Uthaya Sankar SB diundang lagi bagi menerangkan pemahaman mengenai konsep-konsep yang berkaitan dengan agama Hindu.

 

6hb Mei 2017

Activism and Capitalism: Contradiction or Compromise?

Sebuah forum yang membincangkan mengenai hubung kaitan kapitalisme dengan aktivisme. Diadakan berdasarkan isu iklan Pepsi, di mana perjuangan para aktivis dipergunakan atas nama keuntungan korporat. Perbincangan ini berkisar di antara persoalan mengenai kekuatan aktivisme untuk mengkritik dan memperjuangkan keadilan sosial, dan juga bagaimana kapitalisme dapat ditundukkan melalui aktivisme. Panelis terdiri daripada Sharleena Rashid dari DAP, Yuva Balan dari Sosialis Alternatif, Michelle Yesudas dari Amnesty International dan juga Azrul Khalib dari IDEAS.