Forum: Identiti Terancam di Internet

Adakah masyarakat global sebenarnya wujud? Kalau wujud, adakah interaksi dan komunikasi di antara semua lapisan masyarakat adil dan selamat? Mungkin anda pernah dengar terminologi “ruang selamat” dan “identiti terancam”.

Mungkin anda pernah menjadi mangsa buli dan penganiayaan di media sosial. Mungkin juga anda pernah membuli orang di internet. Bagaimanapun, kita semua pernah menyaksikan pelbagai jenis keganasan di internet. Persoalannya ialah, bagaimanakah nak mengenalpasti jenis penganiayaan dan mengatasi masalah ini?

Sertailah perbincangan anjuran Projek Dialog ini bersama Shafiqah Othman, Pang Khee Teik, dan Dr. Mohd Faizal Musa.

Acara ini memerlukan pendaftaran untuk tempat terhad. Sila isikan borang ini untuk menempahkan tempat anda:
https://goo.gl/forms/SUPwVECCXKXYqUc62