FORUM: Sharia 101

ProjekDialog_Sharia poster_20161118

Di bawah adalah pengenalan ringkas mengenai acara forum Sharia 101 yang bakal dilangsungkan pada 29hb November 2016 di Rumah Khizanat yang terletak di Ipoh, Perak.

Apakah itu undang-undang Syariah dan bagaimanakah ia dilaksanakan di Malaysia? Adakah usulan undang-undang yang dibentangkan oleh Hadi Awang secara umumnya sebuah usulan undang-undang Hudud ataupun ianya merupakan hal yang lain sama sekali?

Kami menjemput pakar undang-undang dan juga ahli teologi bagi forum pertama kami yang akan membincangkan tentang Syariah. Dato’ Ismail Yahya selaku mantan Ketua Hakim Syarie Terengganu dan mantan Mufti Terengganu, dan juga Ustaz Rashidi akan mengelola sesi ini. Forum ini yang dimoderasi oleh Victoria Cheng dijalankan dengan harapan segala persoalan asas para hadirin dapat diperjelaskan lagi.

Dari perspektif undang-undang, kita perlu memahami bagaimana pindaan yang diusulkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi masih menekankan kepentingan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sewaktu dibentangkan. Penting juga bagi kita untuk memahami bagaimana dwi-sistem di dalam undang-undang dapat menjamin layanan yang adil dan saksama bagi kesemua rakyat.

Bagaimanakah perspektif undang-undang Syariah dilihat sebagai hal yang universal dan mampu dilaksanakan kepada semua? Adakah undang-undang tersebut dibenarkan untuk mempengaruhi ruang peribadi? Sila datang dan ayuh kita membincangkan mengenai hal ini.


What exactly is Sharia law and how does it apply itself in Malaysia? Is Hadi’s bill basically a hudud bill or are they different things? We invite legal and theological experts to our very first forum on Sharia 101 to unpack these questions.

From a legal perspective, we need to know how Hadi’s bill can both violate the Federal Constitution and yet still invoke the 1965 Act to defend its tabling, and how a dual-legal system can ensure equal and fair treatment of all citizens, if at all possible.

Can Sharia law be universal and applicable for all? Should a law be allowed to encroach upon personal spaces? Come over and hit us with your questions!