AHLI MEDIA SOSIAL BERPENGARUH MALAYSIA TURUN PADANG DAN MEMBERSIHKAN SUNGAI GOMBAK

29 September 2018, Kuala Lumpur – Seramai 18 orang ahli media sosial berpengaruh menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Sungai Sedunia sebagai sukarelawan pada Hari Pembersihan Perangkap Sampah Sungai di bawah program River of Life (ROL).

 

Aktiviti pembersihan tersebut telah diadakan di sebuah kawasan  spesifik sepanjang Sungai Gombak, di mana aktiviti utama adalah untuk mendidik dan berkongsi pengetahuan dengan para ahli media sosial mengenai keadaan sungai-sungai di kawasan bandar seperti Sungai Klang dan Sungai Gombak. Selain daripada mengumpul sampah organik, sisa pepejal dan serpihan sampah yang terapung di perangkap sampah sungai, mereka juga dikehendaki menguruskan sampah yang terkumpul melalui proses pengasihan sampah untuk memahami komposisi jenis sisa yang sering dibuang ke dalam sungai.

 

“Kita sering berjalan lalu sungai, namun tidak mengambil pandang sesekalipun kerana sungai pada hari ini telah banyak berubah. Sungai yang dahulunya bersih dan jernih, kini tercemar dengan teruk, dan perkara ini selalunya disebabkan oleh manusia. Kami berharap aktiviti ini akan mengalakkan ahli media sosial berpengaruh yang terlibat untuk mengongsikan pegalaman ini melalui blog dan cerita serta meningkatkan tahap kesederan tentang penjagaan sungai yang lebih baik di negara ini,” ujar Yasmin Rasyid, Presiden EcoKnights, sebuah pertubuhan alam sekitar bukan berasaskan keuntungan yang merupakan pengajur aktiviti ini.

 

Selain EcoKnights, aktiviti ini melibatkan penyertaan dan penganjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

 

Dalam aktiviti pengasingan sampah dan pembersihan perangkap sampah sungai ini, para ahli media sosial berpengaruh telah berjaya mengumpul hampir 87.8 kilogram sampah dari sungai, dimana 65% sampah ialah sisa organik, manakala yang lain (30kg) terdiri daripada plastik, polistirena, kertas, pakaian, kaca dan logam.

 

Untuk maklumat dan gambar berkaitan: http:/bit.ly/ROL_PR_medialogboom

 

Sumber: River of Life

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Emirul Redzuan / Fadly Bakhtiar

Tel: 017-3045254 / 017-2279270

 

Email: emirul@ecoknights.org.my / fadly@ecoknights.org.my