Anak Tak Sah Taraf

Satu filem terbitan Sisters in Islam yang diarah dan disunting oleh Norhayati Kaprawi.

Setiap anak yang dilahirkan di dunia ini cuci bersih ibarat kain putih dan mempunyai hak-hak asas, yang disebut hak asasi manusia.

Antara hak-hak asas setiap anak yang dilahirkan ialah HAK terhadap 1) Nasab (keturunan) 2) Penyusuan 3) Hadhanah (Pemeliharaan) 4)Wilayah (Perwalian) 5)Nafkah.

Namun, bagaimana dengan hak anak-anak yang dianggap sebagai ‘Anak Luar Nikah’ atau ‘Anak Tak Sah Taraf’ ? Mengapa bapa kandungnya tidak dipertanggungjawabkan untuk menyara hidupnya? Mengapa anak yang tidak berdosa harus dinafikan hak-hak asasinya?

Video ini telah diterbitkan pada Disember 2012 hingga Januari 2013.

Untuk maklumat lanjut tentang isu ini, sila kunjungi laman sesawang Sisters In Islam www.sistersinislam.org.my