Bagaimana mengurangkan makanan laut dapat membantu planet kita

Penterjemahan “If You Took Seafood Out of Your Diet, How Would it Really Help the Planet?” oleh Hamizah Hanan

 

Dalam masa 40 tahun yang lalu, lebih separuh daripada hidupan liar di dunia telah dimusnahkan akibat daripada aktiviti manusia.

Antara haiwan vertebra yang utama terkena tempias adalah mamalia, burung, reptilia dan (di hati pencinta laut) ikan.

Pengasidan laut dan perubahan iklim pada hari ini telah menyebabkan beberapa masalah utama di laut. Kebanyakan manusia tidak menyedari bahawa pilihan seharian mereka telah banyak menyumbang kepada permasalahan seluruh dunia.

Semua terpulang pada kita sama ada mahu mempercayainya ataupun tidak, perbuatan semudah memakan ikan yang ditangkap secara komersial akan meningkatkan ancaman yang dihadapi oleh laut kita.

Berjuta-juta ikan ditangkap setiap tahun hanya untuk mencapai permintaan manusia yang tinggi pada hari ini, menunjukkan sudah tiba masanya untuk membincangkan perkara berkenaan pemakanan ikan.

Pada tahun 2009, warga Amerika telah menggunakan permintaan sekitar 4.8 billion paun makanan laut, yang bersamaan dengan 15.8 paun makanan laut bagi setiap orang. Menurut National Oceanic and Atmospheris Association, Warga Amerika (per kapita) makan kira-kira hanya 3.5 auns dalam masa seminggu.”

Hanya lebih kurang tiga auns? Tidakkan ianya suatu jumlah yang banyak? Nah, jika seorang manusia memakan secara purata yang sama setiap tahun, penggunaan mereka terhadap sumber ikan akan mencecah sehingga 182 auns setiap tahun.

Apabila anda kalikan dengan jumlah manusia sebanyak 300,000,000 orang penduduk Amerika, anda akan dapati satu masalah yang besar- terutamanya apabila anda mempertimbangkan kadar di mana ikan-ikan ditangkap dari laut.

Overfishing (penangkapan secara berlebihan) akan menyebabkan kehilangan kesemua ikan… dan banyak lagi.

Penangkapan ikan secara berlebihan (overfishing) adalah suatu tindakan mengambil ikan secara berlebihan daripada sesebuah populasi yang pada awalnya boleh digantikan dengan kadar kelahiran semula jadi dalam populasi itu.

Menurut kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, 80 peratus daripada stok ikan dunia adalah ‘sepenuhnya ataupun sudah terlebih dieksploitasi, kekurangan atau dengan kata lain sudah kehabisan.”

Selain itu, kira-kira 90 peratus daripada stok ikan pemangsa yang besar (jerung, ikan todak dan ikan tuna sirib biru) telah berkurangan sejak 1950-an.

Jadi, apa erti semua ini? Dalam istilah yang mudah,  jika kadar tangkapan ikan semasa tidak dikurangkan secara drastik, ianya meramalkan bahawa menjelang 2048 bekalan tangkapan hidupan laut akan kehabisan.

Ini bermakna makanan untuk haiwan marin akan berkurangan dan akan memberi kesan kepada kitaran rantai makanan mereka. Sehingga pada suatu hari nanti, secara literal, tiada satupun ikan yang berbaki di laut.

Daripada berkelahi berkenaan isu penangkapan ikan berlebihan ini, beberapa peniaga telah mula beralih kepada penternakan ikan- satu proses yang melibatkan penternakan ratusan ikan di dalam tangki yang kecil sebelum dijual sebagai makanan.

Walaupun penternakan ikan ini akan menyelesaikan masalah kita dalam jangka masa yang pendek, namun, kita perlu untuk mula fokus kepada masalah jangka panjang yang disebabkan oleh penangkapan ikan secara berlebihan.

Bagaimana penangkapan ikan akan menerukkan lagi keadaan?

Pukat hanyut, rawai ikan, dan pukat tunda adalah merupakan contoh cara penangkapan ikan yang membawa kepada kemusnahan yang lebih teruk bukan sahaja kepada populasi ikan malahan lebih daripada itu.

Setiap satu daripada kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan jaring panjang (dengan tujuan memerangkap insang ikan) ataupun tali yang dihiasi dengan ratusan mata kail. Selain itu, cara ini dikatakan dapat menghasilkan kos effektif dan menangkap jumlah ikan yang banyak.

Namun yang tidak disedari adalah ianya menyebabkan kemusnahan kepada spesies yang tidak diingini- hidupan laut yang turut ditangkap walaupun tidak disasarkan oleh industri perikanan ini juga dikenali sebagai tangkapan sampingan.

Menurut World Wildlife Foundation, jumlah tangkapan sampingan selama ini adalah dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan marin, dan dianggarkan bahawa seorang nelayan komersial akan menangkap kira-kira 20 kilogram tangkapan sampingan untuk setiap satu paun ikan sasarannya.

Selanjutnya, dianggarkan bahawa kira-kira 8 hingga 25 peratus daripada hasil tangkapan ikan dunia dikembalikan ke dalam laut. Ini bermakna kira0kira 27 juta tan bukan sasaran (yang beratnya bersamaan dengn 600 kapal Tetanic) secara kasarnya dibuang setiap tahun.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2002 mengesahkan bahawa kira-kira 1000 ikan lumba-lumba ditangkap dan dibunuh oleh penangkap ikan tuna Eastern Tropical Pacific akibat daripada tangkapan sampingan tersebut.

Setiap tahun, kira-kira 300 000 ikan paus, ikan lumba-lumba dan spesies ikan lumba-lumba lain terjerat dalam perlatan penangkapan ikan tersebut. Termasuklah anggaran sebanyak 250 000 penyu laut secara tidak sengaja ditangkap, cedera atau dibunuh oleh nelayan.

Haiwan lain yang sering ditangkap sebagai hasil sampingan termasuklah ikan jerung (400 000 tangkapan setiap tahun), ikan pari dan anjing laut.

Bukan itu sahaja, kaedah penangkapan ikan secara invasif ini menyebabkan kemusnahan terhadap keindahan persekitaran laut juga. Pukat tunda diseret di bahagian dasar laut, sememangnya direka untuk menangkap segala hidupan laut yang terdapat antara dasar laut dan permukaan air.

Dalam eksperimen yang dijalankan dengan bertujuan untuk memahami kerosakan yang disebabkan oleh pukat tunda ini, mereka didapati bahawa selepas satu aktiviti pukat tunda dijalankan di perairan Alaska, 55 peratus daripada batu karang tidak dapat pulih daripada kerosakan dalam setahun berikutnya.

Di kawasan-kawasan yang kerap dijalankan aktiviti penangkapan ikan di selatan Australia, 90 peratus daripada batu karang yang menarik dibiarkan musnah.

Dalam satu laporan yang disediakan oleh Setiausaha Agung PBB pada tahun 2006, telah menyatakan bahawa ‘sebanyak 95 peratus daripada kerosakan ekosistem dasar laut di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah penangkapan ikan pada dasar laut dalam.

Kerosakan yang dialami akibat daripada penggunaan pukat tunda pada dasar laut adalah begitu ketara sehinggakan ianya dapat dilihat dari angkasa lepas.

Jadinya apa yang boleh saya lakukan untuk membantu planet ini?

Walaupun kenikmatan rasa ikan yang kita makan sedikit sebanyak memberi impak kepada planet ini, di sini ada jalan penyelesaiannya- dengan cara memikirkan semula diet kita untuk mengurangkan pengambilan ikan.

Menurut Counting Animals, seorang individu yang memilih untuk mengambil diet vegetarian (berasaskan sayur) mampu untuk menyelamatkan kira-kira 225 ekor ikan dan 151 kerang setiap tahun.

Jika hanya separuh daripada penduduk Amerika (kira-kira 150 000 000 orang) berhenti mengambil makanan laut daripada diet mereka, ini bermakna sebanyak 33 750 000 000 ekor ikan akan tetap berada di dalam laut setiap tahun.

Perbezaan ini dapat membantu untuk mengisi kembali stok ikan di laut dan membolehkan mereka untuk pulih, dalam kangka masa yang mencukupi.

Di antara tahun 2000 dan 2014, 36 jenis populasi ikan dapat dibina semula hasil daripada penguasaan satu undang-undang pengurusakan perikanan yang bertujuan untuk melindungi habitat laut di mana ianya penting untuk pembiakan ikan dan perlindungan populasi ikan yang kecil.

Pada kadar semasa, hanya satu peratus dianggarkan ikan yang mampu untuk pulih.

Dengan mengeluarkan ikan dari diet anda (termasuk produk kesihatan), anda boleh meningkatkan populasi hidupan laut dan mengelakkan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan. Ya.. Toksin.

Satu kajian dijalankan pada tahun 2013 oleh Institut Penyelidikan Boidiversiti Maine mendapati bahawa dianggarkan sebanyak 84 peratus daripada kesemua jenis ikan mengandungi tahap merkuri yang membahayakan.

Apabila anda mempertimbangkan manfaat kepada laut di dunia termasuklah kesihatan diri sendiri, keputusan untuk mengubah pengambilan ikan adalah merupakan keputusan yang hebat.

Walaupun laut kita sentiasa di bawah ancaman daripada aktiviti tangan manusia, kita tidak seharusnya berputus asa untuk melindungi laut kita. Dengan hanya menukar diet anda, anda boleh dengan mudah memberi impak yang besar terhadap kesihatan diri anda dan memperbaiki ekosistem laut.

Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk berhijrah menjadi vegan sepenuhnya (tidak mengambil sebarang produk berasaskan haiwan dan tenusu) ataupun vegetarian untuk menyelamatkan laut kita.

Mungkin dengan cara tidak mengambil produk berasaskan ikan dalam masa satu atau dua minggu setiap bulan ianya akan memberi kesan yang hebat! Mulakan dengan makanan vegan yang lazat yang mungkin kelihatan dan mempunyai rasa yang serupa seperti ikan, anda tidak akan rasa bersalah selepas memakannya.

Sebagai contoh, tempeh ‘ikan’, tempeh kek ‘ketam’ dan sushi vegan merupakan alternatif yang dapat membantu mengisi semula lautan kita dan juga memuaskan perut kita.