Iklan Raya 2018 – Bazir Raya

Menjelang Hari Raya, marilah kita sama-sama mengingatkan sesama sendiri supaya mengurangkan pembaziran. Seringkali kita alpa dan bazir akan makanan dan barangan pakai buang. Apatah lagi jika hari perayaan hampir dekati. Alam sekitar yang rumah kepada pelbagai flora dan fauna akan terjejas akibat tabiat buruk kita ini. Marilah kita jadi insan yang bertanggungjawab dan peka kepada alam persekitaran supaya senang generasi masa hadapan contohi amalan kita.

Video ini merupakan sebahagian daripada siri “Nadi Alam”, yang ditaja Kerajaan Selangor dengan konsultasi EcoKnights. Siri video ini dihasilkan Projek Dialog dan PROHAM.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Le Mediator Studios dan Muzzamer Rahman kerana sudi membantu kami dengan penghasilan video ini.

http://www.selangor.gov.my/index.php

https://ecoknights.org.my/

https://www.facebook.com/Proham-Society-for-the-Promotion-of-Human-Rights-Malaysia-1456491047748151/