CFM amat bimbang terhadap ketegangan

KENYATAAN MEDIA: CFM AMAT BIMBANG TERHADAP TINDAKAN TERBARU MENINGKATKAN KETEGANGAN

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan kebimbangan dalam tindakan baru-baru ini yang meningkat ketegangan di pihak kumpulan tertentu berkenaan dengan penggunaan istilah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Malaysia.

Khususnya kita merujuk kepada empat kejadian: yang secara khususnya dituju kepada Father Lawrence Andrew, Penerbit The Herald, kritikan dan ancaman “demonstrasi mega” terhadapnya; iklan yang terpapar di The Star pada hari Sabtu 11 Januari, 2014 oleh ketua Majlis Agama Islam Selangor cuba untuk menjustifikasikan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di premis Persatuan Alkitab Malaysia pada 2 Januari 2014; demonstrasi berhampiran Shekinah Glory Church AG, Klang pada hari Sabtu pagi 4 Januari 2014; dan demonstrasi oleh sekumpulan kira-kira 100 orang di luar Gereja Metro Tabernacle di Gombak pada hari Ahad pagi 12 Januari 2014.

Kami berpendapat bahawa insiden-insiden ini tidak membantu atau berhemat pada keadaan semasa.

10 Perkara Penyelesaian yang diumumkan oleh Kerajaan pada bulan April 2011 sepatutnya telah menyelesaikan penggunaan Bahasa Malaysia dan istilah “Allah” di dalam Al-Kitab. Malangnya, Kerajaan yang mencipta 10 Perkara penyelesian tersebut kini berdiam diri mengenainya.

Oleh itu, jika tiada arahan jelas daripada kepimpinan politik negara kita, apa yang kita saksikan ketika ini adalah setiap kumpulan berlumba-lumba untuk menarik perhatian media untuk diri mereka sendiri. Ini mencerminkan pengurusan negera yang merosot. Kami kesal bahawa kumpulan-kumpulan ini merasakan bahawa mereka perlu melakukan tindakan ini.

CFM bagi pihak masyarakat Kristian di Malaysia tetap tidak tergugat dalam menghadapi keadaan ini dan demikian juga pada masa depan.

Kami berdiri teguh dan bersatu dalam pemahaman kita tentang prinsip kebebasan beragama dan perlindungan saksama dalam undang-undang, keduaduanya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara kita.

Kami melihat kepada mahkamah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang kami hormati.

Kami berdiri dengan individu-individu seperti Paderi Lawrence Andrew dan gereja-gereja yang telah dipilih menjadi tempat bantahan yang tidak munasabah dan yang tidak sewajarnya, dan kebanyakan orang-orang Kristian di negara ini yang hanya dipersalahkan kerana keinginan tulus mereka untuk menyembah dan memanggil Allah dalam bahasa mereka sendiri.

Kita mengingatkan bahawa 64% orang Kristian di Malaysia tidak mempunyai bahasa lain untuk Alkitab, berdoa dan penyembahan mereka kecuali dalam Bahasa Malaysia.

Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan jiran-jiran kami dari agama lain yang memahami sejarah ini dan berdiri dengan kami dan bersama kami pada hari yang gelap ini.

Kami menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan di Malaysia dan di seluruh dunia untuk terus berdoa untuk keamanan dan keselamatan orang Kristian, gereja-gereja dan masyarakat, dan agar keadilan berlaku dalam negara kita yang tercinta.

Ditanda tangani,

Rev. Dr. Eu Hong Seng,

Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,

Persekutuan Kristian Malaysia