CFM Menyokong Hak Perlembagaan Roneey Rebit untuk Kebebasan Beragama

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA
(CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA)
Alamat : 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
5hb Mei 2016

CFM MENYOKONG HAK PERLEMBAGAAN RONEEY REBIT UNTUK KEBEBASAN BERAGAMA

Persekutuan Kristian Malaysia berasa kecewa terhadap hak asasi dan perlembagaan Roneey Rebit yang ingin mengamalkan agama Kristian telah dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila beliau merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengarahkan JPN mendaftarkan pertukaran agama beliau.

Roneey dilahir sebagai seorang Kristian tetapi ditukar sebagai Muslim pada usia 8 apabila ibu bapa beliau memeluk agama Islam.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem terpaksa bercampur tangan semasa kempen pilihan raya negeri untuk mendapatkan jaminan YAB Perdana Menteri Malaysia, kepada Roneey, rakyat Sarawak dan semua rakyat Malaysia bahawa JPN tidak akan merayu terhadap kes Roneey.

Adakah ia tidak penting bagi semua pihak untuk menegakkan dan menghormati Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya”?

Mengapakah ia begitu sukar bagi JPN untuk memahami hak asasi perlembagaan semua rakyat Malaysia ini sehingga jabatan itu terpaksa memulakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching di mana Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Islam Negeri tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan Roneey Rebit untuk keluar dari Islam?

CFM menggesa bukan sahaja JPN tetapi semua jabatan kerajaan untuk memahami dan mematuhi peruntukan perlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang memberi dan melindungi hak asasi rakyat negara kita.

Tidak seharusnya ada persepsi berat sebelah daripada Kementerian-kementerian kerajaan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berurusan dengan SEMUA rakyat Malaysia, serta kepelbagaian kaum dan agama rakyat.

Apabila kebebasan perlembagaan dan hak-hak kita difahami dan tertanam dalam kehidupan negara kita maka semua dasar dan tindakan akan menjadi konsisten kerana Negara ini adalah ditubuhkan di atas Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, dimana negara Sabah dan Sarawak membentuk bersama Persekutuan Tanah Melayu sebagai rakan kongsi yang sama rata negara baru ini, Malaysia, dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan prinsipnya.

Kami percaya bahawa pendekatan perlembagaan ini akan memberikan nilai konsisten yang kita perlukan dalam dasar kita, untuk kebaikan semua rakyat Malaysia dan akan memberikan kesefahaman yang kita harus mempunyai sebagai rakyat Malaysia.

Jika kita menentang dengan asas Negara ini maka kita tidak lagi wujud sebagai bangsa yang bersepadu dengan prinsip-prinsip perlembagaan kita bersama.

Sebagai satu bangsa, kita mesti melindungi hak setiap Roneey Rebit yang ingin membuat keputusan untuk diri mereka bagi hak mereka untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan agama pilihan mereka.

Jika tidak, maka ia bermaksud kita bertindak sewenang-wenangnya ke atas setiap rakyat Malaysia untuk membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dalam kepercayaan agama.

Yang benar,
Reverend Dr. Eu Hong Seng,
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,
Persekutuan Kristian Malaysia