FORUM: Wawasan Tanpa Was-Was

 

“Semua aktivis hanya guna Twitter dan bahasa canggih. Taknaklah sembang with them.”
“Semua aktivis suka marah-marah je. Tak ada budi bahasa langsung. Meroyan setiap hari.”
“Nak suruh kita pergi buat protes? Malas ah.”

Pada suatu ketika dahulu, kemesraan dan sikap amanah di antara komuniti-komuniti yang berbeza dari segi budaya dan agama merupakan norma dalam masyarakat Malaysia. Kini, terdapat pelbagai percanggahan dan kesangsian yang dicetuskan oleh alam politik yang tercemar. Bagaimanakah kita membina semula jambatan yang bakal dimusnahkan selama-lamanya? Di samping itu, apakah maksud dan definisi maruah yang sering dipaparkan oleh suara-suara yang dominan? Suara siapakah yang sering diketepikan dalam debat isu maruah ini? Bagaimanakah seni boleh menjadi medium untuk aktivisme yang efektif lagi inklusif?

Pada Hari Malaysia ini, Projek Dialog akan menjemput aktivis inter-agama Kumaran Nagapa, aktivis Maryam Lee, pengarah filem Amanda Nell Eu, dan penagih teater Azzad Mahdzir untuk meriahkan acara ini dengan idea-idea kreatif mereka untuk mencipta sebuah masyarakat yang saling memahami dan saling menghormati.

Sertai kita pada Hari Malaysia ini untuk sebuah diskusi + sesi interaktif + makan minum di Make Space, Quill City. So, jangan komplen, jangan malas, just datang dan bersama-sama kita boleh mencipta sebuah Malaysia yang kita idamkan.

Selepas forum ini, anda semua dijemput untuk menyaksikan sebuah persembahan triptych yang menarik dan memberangsangkan: Kenduri Kendara. (Harga tiket boleh didapati di sini: https://www.facebook.com/events/1946852225556296/)

Forum ini adalah anjuran Projek Dialog dengan kerjasama dan sokongan The Keepers Studio. Yana Rizal akan menjadi moderator untuk forum ini.