Hidup Tanpa Daging, Macam Muhammad

No Meat

[Terjemahan daripada “Meatless Like Muhammad“, oleh Shireen Hakim. Diterjemahkan oleh Megat Hanis.]

Orang Islam  sentiasa berusaha mengikuti Sunnah, dengan mengikuti cara hidup baginda Nabi Muhammad SAW. Kita lebih dekat dengan Tuhan dengan mengikuti amalan baginda seperti senyum dan menderma.

Bagaimana pula dengan mengikuti tabiat pemakanannya? Kita juga mahu makan menurutnya, seperti memasak menggunakan minyak zaitun dan menikmati buah delima dari pohonan.

Kita tahu bahawa jika baginda memilih makanan tertentu ia pastinya bermanfaat.

Walaubagaimanapun, terdapat satu tabiat pemakanan beliau yang sangat penting untuk kesihatan kita, tetapi seringkali diketepikan.

Menurut sumber Hadith, Nabi Muhammad begitu jarang memakan daging, dan hanya memakannya ketika majlis istimewa atau sebagai tetamu.

Pemakanan sehariannya terdiri daripada makanan kegemarannya seperti kurma, air , cuka, madu, yogurt, roti barli dan anggur. Daging pula hanya sesekali, itupun beliau lebih menggemari bahu atau kaki kambing.

Baginda tidak pernah kenyang memakan roti dan daging. Pernah sebagai tetamu baginda dihidangkan gulai labu dan daging, namun baginda hanya memilih labunya untuk dimakan.

Baginda dan sahabat-sahabatnya menanti-nanti hari Jumaat, kerana seorang wanita tempatan akan menghidangkan mereka jamuan tanpa daging, dengan pengganti daging.

Masyarakat awal Muslim meneruskan tradisi Nabi Muhammad yang jarang memakan daging.

Seperti kata Khalifah ke-2 umat Islam, Umar bin Al-Khattab: “berhati-hatilah dengan daging, kerana ia menyebabkan ketagihan seperti alkohol”

Beliau pernah menegur anaknya yang selalu mengidam dan membeli daging. Umar merupakan contoh yang baik buat kita, kerana Nabi pernah bersabda, “Jika ada nabi selepas aku, pastinya ia Umar”.

Maka, memakan daging dengan sedikit merupakan sunnah nabi dan tradisi awal Islam.

Kini, tabiat memakan daging sangat bercanggah dengan amalan Nabi SAW, Umar dan juga masyarakat Islam terdahulu. Ada sebabnya mengapa mereka jarang memakan daging: ia sangat berbahaya jika diambil selalu.

Pemakanan daging yang berterusan berpotensi mendatangkan penyakit seperti sakit jantung, kanser dan kelebihan berat badan.

Daging merupakan makanan yang bermanfaat dan halal, dan kita bersyukur kerana  dikurniakan nikmat tersebut. Namun, kita harus sedar bahawa kita sedang berlebihan, dan perlu mengurangkan pengambilannya.

Beef carcasses at a wholesale meat market in Paris

Bagaimana Tabiat Pemakanan Daging Seharian Dianggap Normal?

Tabiat ini sebenarnya meniru cara pemakanan Barat yang juga telah dicemari zaman peperangan dan kepentingan politik. Menariknya, masyarakat awal Amerika juga jarang memakan daging.

Namun, ketika Perang Dunia 1 dan 2, daging dicatu. Apabila keamanan tercapai dan daging boleh didapati semula, masyarakat mengganggap makanan mewah sebagai makanan ruji.

Malangnya, apabila daging menjadi makanan harian, penyakit jantung dan kanser naik mendadak.

Kesihatan rakyat Amerika merudum sehingga pada tahun 70-an, Kongress telah meluluskan “Matlamat Diet” yang menyatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan daging.

Walau bagaimanapun, para pelobi daging berusaha keras untuk memastikan daging termasuk dalam Panduan Diet AS. Para pelobi ini kemudiannya berterusan mengiklankan dan memasarkan ideologi kepentingan daging di sekolah-sekolah dan program nutrisi.

Maka, kita masih berfikir bahawa kita perlu memakan daging setiap hari, dan biasa dengan keadaan itu. Tabiat pemakanan Barat ini merebak ke Asia dan negara-negara Amerika Latin, menguatkan penyamarannya sebagai diet yang normal.

Malangnya, diet yang sarat daging berkait rapat dengan punca kematian tertinggi di AS seperti sakit jantung, kanser dan obesiti.

Peratusan populasinya yang menghidapi penyakit ini sangat besar: sakit jantung (11%), kanser (8.5%) dan obesiti (33%). Sebaliknya, mereka yang mengambil daging secara berkala didapati lebih sihat.

Fleksitarian (mereka yang mengambil daging beberapa kali seminggu/sebulan) mempunyai kadar sakit jantung dan kanser yang lebih rendah, 15% kurang berat badan dan hidup 3.6 tahun lebih lama.

Vegetarian yang langsung tidak mengambil daging dianggarkan 17 paun lebih ringan, hidup 5 tahun lebih lama dan mempunyai 30% kurang kadar risiko kanser.

Ramai yang memakan burger daging, kepak ayam dan pizza daging seharian, menghidapi penyakit jantung atau kanser, dan kemudian langsung mengubah tabiat pemakanan mereka.

Ambillah langkah proaktif dan mulakan memakan makanan sihat sekarang, sebelum anda jatuh sakit.

Salad

Jadi, Apa Yang Patut Kita Makan Selain Daging?

Terdapat banyak protein enak tanpa daging, dan kaedah sangat mudah untuk mengamalkannya dalam diet seharian.

Antaranya adalah kekacang dan mentega kacang, ikan, lentil, taufu, telur, susu, keju dan yogurt, kubis, nasi perang dan quinoa. Setiap hari, makanlah 5-7 auns atau 4-6 hidangan protein ini.

Contoh hidangan seperti: 1 cawan susu organik (8 gram protein), 1 cawan yogurt Greek (11 gram), 1 cawan kacang hitam (16 gram), 1 sudu mentega badam (4 gram), 1 auns salmon (5 gram), setengah cawan tauhu tanpa-GMO (20 gram), 1 cawan nasi perang (5 gram), 1 cawan quinoa (8 gram), 1 cawan kubis (3 gram) dan 1 cawan brokoli (4 gram).

Protein-protein ini lebih bermanfaat dan sarat nutrient berbanding dengan daging: dengan tambahan protein, zat besi dan vitamin B12, ia juga mengandungi lemak tidak tepu, asid lemak omega-3, dan serat. Kajian menunjukkan protein tanpa daging dapat meningkatkan kekuatan tentera dan lebih mudah dihadam. Makanan ini mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme, dan membantu mengurangkan berat badan. Kita digalakkan memakan protein tanpa daging untuk kebanyakan hari dalam seminggu, dan daging (ayam atau kambing) hanya untuk sehari dua. Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengamalkan diet tanpa daging:

  1. Sertai gerakan Isnin Tanpa Daging yang popular: jangan memakan daging pada hari Isnin. (Jika anda berpuasa pada hari Isnin, maka bersahur dan berbuka puasalah tanpa daging).
  2. Masukkan hidangan tanpa daging kegemaran dalam pemakanan seharian, dan kerapkan pengambilannya (seperti pizza sayur, sandwich mentega kacang dan burrito nasi)
  3. Dalam sehari, ambil satu hidangan tanpa daging, kemudian tingkatkannya. Teruskan sehingga seluruh hari dilalui tanpa daging.
  4. Penuhi dapur dan peti sejuk anda dengan protein yang dinyatakan di atas supaya anda sentiasa mempunyai pilihan.
  5. Kunjungilah restoran yang menyediakan juadah tanpa daging seperti restoran Chitpole, CPK , sushi dan Mediterranean.

Meatless Mondays

Tabiat pemakanan protein tanpa daging menjimatkan masa, tenaga dan stress.

Protein tanpa daging juga mudah didapati di banyak lokasi dan selalunya halal. Oleh itu, terdapat lebih banyak pilihan restoran dan kedai-kedai runcit.

Hidangan tanpa daging mampu meningkatkan kesihatan kita dan bertepatan dengan sunnah. Ia tidak menjadikan seseorang itu vegetarian, dan anda masih boleh menikmati daging.

Shireen Hakim ialah seorang penulis dan pelatih nutrisi. Shireen menganuti bidang nutrisi di UCLA, Columbia dan Loma Linda University.