Indahnya Malaysia: Kemeriahan Ramadan

Ramadan sudah tiba. Kami di Projek Dialog mengharapkan bahawa bulan ini akan membawa rahmat dan semangat kasih sayang di kalangan rakyat Malaysia. Hayatilah ibadat puasa sebagai peluang untuk merenungi pesanan keadilan dan keharmonian yang dipupuk ajaran agama Islam. Bersolidaritilah dengan golongan yang terpinggir dan tertindas dan elakkan pembaziran yang biasanya menjadi-jadi pada bulan ini. Fahamilah kepentingan umat Islam untuk mendalami isu-isu kemajmukan dan nilai cinta yang amat diperlukan untuk membina satu Malaysia yang inklusif. Salam Ramadan!

002

 

 

003

 

006

 

005

 

004

 

001