Indahnya Malaysia: Majlis perkahwinan agama Buddha

Minggu ini siri karangan bergambar mingguan Indahnya Malaysia memaparkan majlis perkahwinan agama Buddha.

Oleh kerana Buddha tidak menganggap berkahwin itu sebagai satu majlis keagamaan, maka perkahwinan dalam agama Buddha adalah upacara yang lebih berunsur pergaulan sosial. Di Malaysia ada beberapa kuil Buddha yang telah dilesenkan sebagai tempat perkahwinan rasmi. Pasangan boleh meminta sami-sami Buddha untuk memberkati perkahwinan mereka. Pasangan itu biasanya duduk di antara sekumpulan Sami untuk berdoa bersama-sama sementara membawa jubah panjang sebagai simbol perpaduan. Majlis ini biasanya amat ringkas dan berbeza di antara negara-negara lain.

Untuk melihat siri karangan ini, dan karangan bergambar kami yang lain, layarilah projekdialog.tumblr.com.