Indahnya Malaysia: Namakaran

Upacara menamakan bayi dalam budaya Hindu digelar “Namakaran”. Ia satu tanggungjawab penting untuk ibu-bapa. Majlis ini biasanya diadakan dua belas hari setelah kelahiran namun akan ada perbezaan sedikit dalam hal ini berdasarkan tempat dan kawasan.

Si ibu amat dihormati dalam upacara ini, kerana peranannya dalam kelahiran anak. Namakaran diadakan di rumah atau di kuil di mana sami membaca doa ke dewa-dewi dan ke Agni untuk meminta berkat dan perlindungan kepada si anak.

1

2

3

4

5

6

7