Iklan Raya 2018 – Jejak Karbon

Kesesakan lalu lintas semasa pulang ke kampung halaman sememangnya dibenci oleh semua. Namun, pernahkah anda terfikir kesan negatif terhadap alam sekitar? Ayuh, jadilah sebahagian daripada penyelesaian masalah ini dengan mengurangkan jejak karbon anda. Jejak Karbon ini terhasil daripada amalan yang tidak lestari dan merosakkan alam. Perjalanan pulang ke kampung atau sambutan hari raya tidak seharusnya menjadi penyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Marilah kita menjadi masyarakat yang peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar sebagai teladan buat generasi akan datang.

Video ini merupakan sebahagian daripada siri “Nadi Alam”, yang ditaja Kerajaan Selangor dengan konsultasi EcoKnights. Siri video ini menghasilkan Projek Dialog dan PROHAM.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Le Mediator Studios dan Muzzamer Rahman kerana dapat membantu kami dengan penghasilan video ini.

http://www.selangor.gov.my/index.php

https://ecoknights.org.my/

https://www.facebook.com/Proham-Socie…