Kenalilah agama Buddhisme: 6 fakta menarik!

BACALAH BAHAGIAN PERTAMA MAKALAH INI. 

1. Bahasa Asal Buddhisme ialah Pali, bukan Sanskrit

· Inilah bahasa zaman kehidupan Buddha di kawasan Nepal

· Bahasa ini telah pupus di kawasan tersebut

· Namun, ianya masih digunakan untuk memahami kitab-kitab Buddhisme dan dalam mantra Buddhisme

2. Apakah kitab-kitab utama Buddhisme?

· Kitab-kitab Tipitaka (termasuk Dhammapada)

· Kitab-kitab Mahayana Sutras

3. Apakah Kepercayaan Asas Buddhisme?

I. Tanda Kehidupan (tilakhana):

i. Perubahan adalah hakikat segalanya – tiada suatu keadaan, samaada baik mahupun buruk, akan kekal selamanya.

ii. Hidup adalah penderitaan (dukkha) – maka kelahiran semula adalah penderitaan melalui kehidupan yang lain

iii. Tiada konsep “diri” yang merupakan entitinya sendiri – “diri” itu merangkumi pelbagai aspek yang tidak akan kekal dan merupakan sebahagian daripada alam yang tak terpisah

II. Kebenaran Mulia:

i. Kehidupan adalah penderitaan – tetapi ajaran Buddha bukan bersikap pesimis. Ianya hanya menerima hakikat penderitaan itu sebahagian daripada hidup, dan oleh itu bagaimana untuk mengelakkannya dan mencapai kebahagiaan

ii. Penderitaan disebabkan oleh kemahuan dan kebencian – keinginan untuk kehidupan duniawi akan mewujudkan suatu kuasa hebat yang menyebabkan seseorang itu dilahirkan semula dan kembali mengalami penderitaan hidup

iii. Pembebasan dari penderitaan dan kebahagiaan sebenar (Nirvana) dapat dicapai – jika kita melepaskan keinginan yang tiada gunanya dan hidup sepenuhnya dalam masa kini, bukan mengimbas masa lalu mahupun membayangkan masa hadapan.

iv. Jalan Mulia 8 Berganda merupakan cara hidup untuk menamatkan penderitaan: Kefahaman, Fikiran, Percakapan, Kelakuan, Cara Hidup, Usaha, Kesedaran dan Tumpuan yang baik

4. Apakah prinsip akhlak Buddhisme?

i. Jangan mengambil nyawa sebarang kehidupan

ii. Jangan mengambil apa-apa yang tidak diberi dengan rela

iii. Mengelak salahlaku seksual dan kerakusan hawa nafsu

iv. Jangan menipu

v. Mengelak daripada mabuk, atau apa-apa yang menjejaskan kewarasan

· Pemahaman sahaja tidak mencukupi, sehingga ianya mengubah diri dan cara hidup

5. Apakah Karma & Dharma?

· Karma adalah kuasa yang menentukan keadaan dan alam kelahiran semula bagi kehidupan yang seterusnya.

· Setiap penyebab pasti ada kesannya – apa yang kita lakukan pasti ada hasilnya. Oleh itu, seseorang perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya pada masa lalu dan sekarang.

· Bagaimana kita dapat mengetahui baik/buruk karma suatu tindakan? Ianya bergantung kepada 1) Niat tindakan 2) Kesannya terhadap diri sendiri 3) Kesannya kepada orang lain

· Kejahatan mendatangkan Karma yang tidak baik, dan mendorong kepada kelahiran semula ke dalam alam yang kurang baik dan menjauhkan seseorang daripada Nirvana.

· Dharma ialah ajaran kebenaran Buddha, iaitu peraturan mutlak dunia

· Dharma juga boleh bermaksud kitab-kitab Buddhisme, ataupun amalan-amalan Buddhisme

6. Apakah perayaan utama Buddhisme? 

· Wesak: Hari kelahiran Buddha. Disambut dengan penceritaan mengenai hidup Buddha, juga guru-guru pencerahan lain dan karya-karya mereka untuk merenung kehidupan sendiri

· Hari Dharma: Hari kesyukuran untuk perkongsian ajaran Buddha, disambut dengan pembacaan kitab-kitab Buddha

· Hari Sangha: Meraikan ideal pembetukan masyarakat spiritual

· Hari Parinirvana: Kematian Buddha, merenung hakikat kematian dan pengajaran dari hari-hari terakhir Buddha.

 

Untuk rujukan bagi fakta-fakta tersebut, sila emel: projekdialog@yahoo.com

unnamed