Pertukaran agama kanak-kanak: Siapakah yang akan bertanggungjawab?

MCCBCHST bertanya kepada kerajaan Malaysia: Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk memperbetulkan yang salah? 

MCCBCHST (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) ingin membawa perhatian semua rakyat Malaysia yang mencintai keadilan – tidak kiralah apapun agama mereka – ke kejadian di bawah ini yang telah terlalu kerap berlaku … dan satu kes yang sama sekali lagi muncul dalam akhbar.

Seorang suami meninggalkan keluarganya; tiada berita mengenai suami tersebut selama 16 bulan. Kemudian dia menganut agama Islam dan merampas anak-anaknya yang masih dibawah umur dan membawa mereka ke pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk meng-Islamkan mereka. Dia  memburuk-burukkan isteri bukan Islamnya tanpa sebarang bukti, malah juga tanpa sebarang dokumen yang membolehkan dia mengambil tindakan sebegitu tanpa kebenaran pihak isterinya.

Namun begitu, pegawai di Jabatan Agama Islam tetap meneruskan langkah peng-Islaman kanak-kanak yang masih dibawah umur tersebut, tanpa persetujuan ibu mereka yang sah.

Apabila ibu mereka pergi ke tadika untuk mengambil anak lelakinya yang bernama Nitran, dia mendapati bahawa dia telah dibawa pergi oleh seorang lelaki yang masih suaminya. Si Ibu pula kemudiannya pergi ke Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi, dimana dia amat terkejut apabila dia diberitahu oleh seorang pegawai kanan di sana bahawa Nitran yang berumur lima tahun dan Sharmila yang berumur lapan tahun telah di-Islamkan tanpa persetujuan ibunya yang sah, semata-mata di atas permintaan bapanya yang telah baru-baru ini memeluk lslam (yang masih ada dalam perkahwinan sivil dengan si ibu yang bukan Islam).

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) berasa terkejut. Keputusan Kabinet sebelum ini pernah menyatakan bahawa “Ibu atau bapa berseorangan tidak boleh menukarkan agama kanak-kanak mereka” (di suratkhabar The Sun, 24 April 2009). Nitran dan Sharmila, berusia lima dan lapan, kini telah di-Islamkan – tetapi mereka masih berada dalam jagaan ibu bukan Islam mereka.

Justeru itu, MCCBCHST meminta penjelasan daripada pihak berkuasa di Malaysia berkenaan perkara-perkara berikut:-

1.  Adakah keputusan Kebinet pada April 2009 hanya merupakan reaksi melepaskan batuk di tangga untuk menenangkan rakyat Malaysia yang bukan Islam berikutan munculnya banyak kes ketidakadilan yang dahsyat?

2. Adakah keputusan Kabinet mempunyai kuasa ataupun pihak kakitangan kerajaan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka – dan adakah kakitangan-kakitangan kerajaan lain dibenarkan berbuat sedemikian walaupun dengan arahan daripada Perdana Menteri dan kabinet?

3. Bukankah ia mandatori ataupun sekurang-kurangnya lebih pragmatik dan adil bagi pegawai yang menukarkan agama kanak-kanak yang masih dibawah umur kepada Islam untuk mengesahkan hak penjagaan dan isu-isu berkaitan dengan bapa mereka yang baru sahaja bertukar agama?

4. Bolehkah dan mampukah penukaran agama bagi kanak-kanak direverse semula atas premis ketidaktelusan?

5. Jika kes ini pergi ke makamah, adakah Makamah Sivil akan melepaskan tanggungjawab mereka atas kesalahtafsiran artikel 21A?

6. Walaupun Mahkamah Sivil mempunyai kuasa untuk menjamin hak-hak pasangan bukan Islam dan kanak-kanak dalam jagaan pihak isterinya dalam perkahwinan sivil, adakah pihak polis akan memastikan penguatkuasaan keputusan tersebut, dan adakah pihak berkuasa Islam akan mematuhi undang-undang tersebut?

7. Dalam proses membuat keputusan dalam hal ini, adakah kerajaan meletakkan kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak tersebut?

8. Akankah keadilan ibu bukan Islam itu terbela?

Mahkamah Persekutuan mempunyai peluang baru-baru ini untuk menyelesaikan kes Shamala;  walaubagaimanapun mereka memilih untuk tidak menangani isu ini kerana Shamala telah meninggalkan negara ini.