Membalik Larangan, Solidariti buat Faisal Tehrani

“Perbezaan free speech dengan hate speech dapat kita lihat daripada unsur-unsur diskriminasi serta penganiayaan yang dianjurkan terhadap kumpulan yang menjadi sasaran hate speech itu,” aku tekun mendengar dan membuat catatan.

Selama dua hari, aku berbengkel di ibu pejabat SUHAKAM tentang kebebasan bersuara dan berekspresi.

Ramai yang masih tidak dapat membezakan dua perkara ini. Ramai yang masih berpendapat hate speech itu sebahagian daripada free speech.

Sejurus habis bengkel pagi itu, aku ke cafe bersama jurulatih bengkel dan para pelatih lain.

Ya know what, I was thinking,” aku memulakan perbualan. “Untimately, it all comes down to power.

Teman-temanku mengangguk. Setuju.

Context is also important. As we’ve learned in the workshop, what’s considered hate speech in Asia might be different from Europe,” kata pakar undang-undang hak asasi manusia yang diterbangkan khas dari Hungary.

That’s true. But the underlying principle still stands,” balasku. “Discrimination is discrimination, oppression is oppression, regardless of geography.

Setelah dua hari berbicara hal-hal serius, perbualan kami kemudian berkisar tentang perkara-perkara santai pula – seperti tempat apa untuk dilawat di bandar Kuala Lumpur.

Aku meminta diri, “I need to go to Putrajaya. It’s an hour’s drive.

Dalam perjalanan, aku mengantuk bagai tak pernah tidur. Hampir saja aku mahu berpatah balik sebelum aku mati accident. Aku berhenti di R&R dan tidur sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Belum pernah aku sampai ke Istana Kehakiman di Putrajaya. Dah lah “istana”, lepas tu “kehakiman” pula, seolah-olah memberi kehakiman itu lebih penting daripada mencari keadilan.

Sesudah sampai, aku mencari rakanku yang bakal menghadapi pertuduhan petang itu.

“Faizal, kau kat mana?” Aku hantar pesanan di WhatsApp.

“Surau, Aras 1. Solat japppp,” balasnya.

Nak masuk ke bangunan tu ada pemeriksaan beg. Aku sudah mula gementar, takut beg aku yang sarat peralatan kamera itu tidak akan lepas. Aku bukannya media.

Tapi semua ok. Aku ajak Faizal makan. Dia puasa pula.

“Ok, tak per lah.” Aku suruh dia pakai clip mic yang aku bawa. “Ok, cerita sikit apa jadi kat kau ni.”

Faizal mula bercakap ke kamera, menceritakan tentang empat buah bukunya yang telah diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Karbala (2008), Ingin Jadi Nasrallah (2010), Tiga Kali Seminggu (2010), Sebongkah Batu di Kuala Berang (2011) – empat antara enam buku Faizal yang diharamkan bawah Akta 301, Akta Penerbitan dan Percetakan 1984.

Empat buku sahaja yang sempat dicabar Faizal di muka pengadilan. Dua lagi tak sempat sebab telah lebih 90 hari daripada tempoh yang dibenarkan rayuan selepas diwartakan “haram”.

Usai wawancara pendek itu, tiba-tiba Faizal menjerit nama seorang teman.

“Pak Samad!” bergema satu aras bangunan Istana Kehakiman itu.

Kelihatan kelibat Pak Samad keluar dari kamar kecil. Sasterawan Negara itu datang memberi sokongan sebagai penulis seangkatan.

Pak Samad datang bersama isterinya, Ibu Rashidah. Kekecewaannya tampak jelas.

“Mana penulis-penulis lain?” ujar Pak Samad. Sedih.

“Di mana GAPENA, sasterawan-sasterawan negara?” ujarnya lagi.

Aku mula merakam perbualan Faizal dengan Pak Samad. Faizal cuba memuaskan hati Pak Samad, “it’s okay, it’s okay,” katanya berulang-ulang.

Mengingat kembali saat ini, aku bergenang air mata. Hakikatnya, memang sampai ke akhir sesi hanya kami bertiga sahaja orang awam yang bersama Faizal pada ketika itu.

Di luar dewan mahkamah rayuan. Dari kiri: Faizal, Pak Samad dan Ibu Rashidah. Foto: Mrym Lee

Prosiding bermula pada pukul 2:30 petang. Tiga orang hakim – YA Tengku Maimun, YA Ahmadi Asnawi, dan YA Zaleha Yusof.

Selama satu jam lebih, peguam Faizal bertungkus lumus membela anak guamnya.

Pembelaan dilakukan atas beberapa dasar.

Pertama, buku-buku yang diharamkan atas dasar “potensi untuk memecah-belahkan umat Islam” tidak berasas sama sekali. Kebanyakkan kandungan buku-buku tersebut telah lama diterbit di dalam majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang tertua adalah salah satu cerpen di dalam Tiga Kali Seminggu yang diterbitkan pada tahun 1995.

Setelah lebih 20 tahun diterbitkan, tiada satu perbalahan antara umat Islam pun yang direkodkan berpunca daripada membaca karya Faisal Tehrani.

Selain itu, karya-karya beliau bukannya hanya boleh dibaca melalui buku itu sahaja. Karya-karya beliau telah lama teredar pada banyak platform, dah ramai orang yang baca.

Bagaimana mungkin setelah sekian lama diterbitkan karyanya, baru sekarang nak haramkan atas dasar yang tidak terbukti? Bukankah itu namanya sengaja mencari sebab untuk menganiaya?

Ya, memang aku ingin katakan ini adalah tindakan buli dan penyalahgunaan kuasa.

When an individual with no institutional power whatsoever is specifically targeted for allegedly making an offense to an institution, whether public or private, that is basically state sanctioned bullying.

Untuk mempertahankan hujah ini, peguam bela telah mengambil kes pengharaman buku yang diterbitkan Sisters in Islam sebagai contoh.

Mahkamah rayuan telah membalikkan pengharaman buku Sisters in Islam tersebut dengan hujah yang berikut: “Sekiranya tiada bukti bahawa keselematan awam telah tergugat daripada pembacaaan buku ini, konklusinya mestilah bahawa tiada sebarang keselamatan awam telah tergugat. Sekiranya dalam tempoh dua tahun yang buku ini berada di pasaran, keselamatan awam tidak pernah terjejas, logiknya, buku itu tidak pernah merupakan sebuah ancaman kepada keselamatan awam sama sekali.”

Buku tersebut adalah “Muslim Women and the Challenge to Islamic Extremism” karya Dr. Norani Othman. Akhirnya, Mahkamah Rayuan telah memutuskan pengharaman buku ini adalah tidak berasas dan tidak rasional (unreasonableness and irrationality).

Kedua, pihak pendakwa mempertahankan pengharamkan buku Faizal atas pandangan bahawa ianya akan mengelirukan umat Islam, bertentangan dengan pandangan ahli sunnah wal jamaah dan menyebabkan perpecahan umat Islam berserta menyebabkan ketidaktenteraman awam.

Hal yang sama turut berlaku kepada kes pengharaman buku Sisters in Islam yang disebut tadi.

Sudah tentunya pihak pembela telah bersedia untuk pertuduhan ini.

Dalam setiap buku yang diharamkan itu, terdapat banyak rujukan kepada teks ulama dan cendiakawan sunni yang dirujuk Faizal ketika menulis buku-buku tersebut.

Faizal pastinya bukanlah cendiakawan Muslim yang pertama membuat kritikan terhadap pemerintahan kejam Muaawiyah dan Yazid, mengapa tulisan Faizal dikeluarkan daripada konteks perdebatan sejarah Islam ini dan terus dilabelkan sebagai syiah?

“Gila betul,” aku berkata pada diri sendiri. “Basically the state can simply accuse you of being syiah, and even when you’ve explained yourself extensively that you are not, they are still going to punish you for they wouldn’t budge from saying that you’re syiah!

Itulah perkara yang paling tak masuk akal bagi aku.

Sudah terlalu buta ilmukah kita sehingga tidak boleh tahan dengan penulisan seorang pengkaji ilmu?

Aku pandang ke arah Faizal. Mukanya tampak tenang, tapi apa yang berkocak di hatinya, Tuhan saja yang tahu.

Sudah satu jam setengah, peguam bela berjuang tanpa henti.

Aku dapat dengar Pak Samad asyik bertanya sudah jam berapa. Beliau sudah tua, pasti sudah letih dengan prosiding yang begitu lama.

Sebaik habis rehat, pendakwa memulakan hujah dari pihak kerajaan untuk mempertahankan pengharaman buku.

Pendakwa tidak berhujah dari titik tolak Akta 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak setiap rakyat untuk kebebasan bersuara dan berekspresi.

Sebaliknya, beliau berhujah daripada titik tolak ingin melindungi umat Islam daripada pengaruh syiah dalam buku-buku yang diharamkan (yang telah dibentangkan Faizal dan peguamnya sebagai tidak benar), dan di situ lah aku tahu, mereka bukannya mahu mencari kebenaran dan keadilan, mereka hanya mahukan sebuah hukuman.

Prosiding terus berjalan sehingga jam 5 petang. Para hakim belum bersedia memberi keputusan.

Kami pasrah. Aku tumpangkan Pak Samad dan Ibu Rashidah ke stesen keretapi.

“Menarik kes ini,” ujar Pak Samad dari tempat duduk penumpang. “Mereka menjadikan karya sastera jenayah atas alasan agama.”

“Iya, pak.”

Aku dapat lihat wajah Pak Samad yang kecewa melalui cermin pandang belakang.

Jelas sekali, perjuangan masih panjang.