Pameran Khabar Dan Angin: Meneliti Kepercayaan di Kelantan

Projek Dialog dengan besar hatinya ingin menjemput anda ke KHABAR DAN ANGIN: Excursus on Faith in Kelantan, pameran seni hasil pertembungan antara pelbagai kepercayaan masyarakat di Kelantan.
 
Sekumpulan 8 seniman telah menjelajahi Kelantan, bertemu dengan komuniti-komuniti dan tradisi di Kelantan, seperti:
  • perkampungan Orang Asli Temiar, untuk melihat upacara penyembuhan Sewang¬†
  • wat-wat bersejarah komuniti Thai-Buddha di Tumpat¬†
  • ritual penyembuhan Main Puteri di perkampungan Kelantan
  • Rumah Sahabat, sebuah rumah perlindungan buat pesakit HIV yang sedang pulih dari ketagihan dadah¬†
  • Masjid Kg Laut, masjid tertua di Malaysia¬†
  • gereja Katolik, tokong Guanyin, dan satu-satunya kuil Hindu dan Gurdwara Sikh di Kota Bharu
Pameran ini membawa sebuah pengalaman tentang Kelantan di zaman moden, dengan kesan-kesan sejarahnya, dalam sebuah perjalanan menanggapi fahaman dan kepercayaan masyarakat rencam di sana, yang sering dilepas pandang.
 
Para Seniman: 
poodien . Engku Iman . KG Krishnan . Nadia J Mahfix . Alex Lee . Khatijah Rahmat . Wiliam Sim . Yoke Tan .
 
Kurator:
Ong Jo-Lene . Yana Rizal .
 
Pameran ini bermula 24 Feb Р16 Mac, di Galeri Reka, Balai Seni Visual Negara. Percuma dan terbuka kepada semua.
KhabarAngin_A5 Flier_Landscape_v1-01
Kemasukan adalah terbuka dan percuma kepada semua.
Penerangan Kurator: 
  • Sabtu, 27 Feb (2pm)
  • Sabtu, 12 Mac (2pm)
Majlis Perasmian: 
  • Sabtu, 5 Mac (2pm). Tayangan dan Forum Dialog Jalanan (4pm)
Sesi bersama Seniman (pemudahcara: Yap Sau Bin):
  • Sabtu, 12 Mac (4pm)

KhabarAngin_Online-Event-Change_v1

Jumpa di sana!