PENGUMUMAN: Geran Pembikinan Filem Pesta Filem KITA 2

 

 

Hai semua! Pesta Filem KITA akan kembali dengan geran pembikinan filem dan kali ini dengan beberapa perkara baru. Antaranya – Adakah anda masih ingat perasaan apabila keputusan Pilihanraya ke 14 diumumkan ? Dan adakah sekarang ni anda rasa betul-betul hidup dalam Malaysia Baru ?

Dengan tema “Anak muda dan Malaysia Baru”, Pesta Filem KITA kali ini adalah tentang anak muda dan pembikin filem, dan bagaimana golongan ini mampu untuk mengekspresikan impian dan harapan baru serta mengangkat isu-isu yang sedia ada. Apakah yang sepatutnya ada untuk Malaysia yang lebih baik? Apakah cabaran perlu dihadapi untuk mencapai pembaharuan ?

Kami percaya, jika ada pihak yang mampu membayangkan Malaysia Baru dengan lebih terbuka dan inklusif – ia adalah anak muda. Maka, teruskan bersama kami untuk pengumuman geran filem Pesta Filem KITA dan acara-acara yang lain.

Rasa patriotik dan ekspresif? Kongsikan pendapat anda mengenai ‘Anak Muda dan Malaysia Baru’ dengan membikin filem ANDA sendiri!

Klik pautan ini untuk mendaftar http://bit.ly/geranPFK2  dan mengetahui kriteria pemilihan dan garis panduan penyertaan.