Dialog Jalanan: “Syiah di Malaysia: Satu ancaman?”

Dialog Jalanan

Minggu ini kami merenungkan isu Syiah yang sedang hangat digembar-gemburkan wacana arus perdana. Kami bertanya: apa itu Syiah? Siapa itu Syiah? Dan mengapa mereka sering ditindas di negara ini? Episod ini juga menampilkan penjelasan asas mengenai Syiah di Nusantara oleh saudara Faisal Tehrani dan sepetik lagu oleh Dum Dum Tak.

Mengenai Dialog Jalanan:

Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan.

Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama.

Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan.

Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing.

Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami.