Previu: Sikhisme 101

Secara umumnya, Sikhisme berasal daripada perkataan ‘Sikh’ (bahasa Punjabi) yang bermaksud ‘Pengikut’ ataupun ‘Pelajar’. Sikhisme mula muncul pada abad ke 16 semasa berlakunya konflik diantara penganut agama Islam dan Hindu. Ianya diasaskan oleh Guru Nanak pada abad ke 15 di rantau Punjabi.

Sikhisme terlahir apabila Guru Nanak sedang bergelut dengan realiti kehidupan beragama itu sendiri – bagaimana agama, kaum, dan status sosial yang berbeza berjaya memisahkan masyarakat. Tidak lupa juga, ianya dipengaruhi oleh pergerakan reformasi agama Hindu dan pergerakan Sufi di India. Simbol universal agama Sikh adalah pedang bermata dua dan dua pisau bersebelahan pedang – yang mewakili kekuatan duniawi dan spiritual – bergabung di bawah kesatuan Tuhan.

Dari pengenalan di atas, timbulnya persoalan yang lain mengenai agama Sikhisme. Apakah bentuk konflik yang berlaku di antara penganut agama Islam dan Hindu? Adakah ianya berdasarkan hal teologi ataupun politik? Bagaimana pergelutan Guru Nanak ini menghasilkan suatu ajaran yang baru dan bukannya berdasarkan gerakan reformasi agama-agama yang ada?

Melalui forum Sikhisme 101, kita berpeluang untuk mengetahui lebih mengenai Agama Sikhisme dan apakah hubung kaitannya dengan asal muasal tempat Punjabi. Begitu juga dengan esensi ajaran itu sendiri, apakah konsep keagamaan Sikhisme? Apakah yang membezakannya dengan agama-agama yang ada di rantau tersebut? Apakah impak besar yang berlaku apabila terlahirnya agama Sikh?

Sertai perbincangan forum kami yang bakal berlangsung pada 11hb Oktober 2017, di Pejabat Projek Dialog mengenai Agama Sikhisme bersama saudara Dr Jasbir Singh, yang merupakan presiden Pertubuhan Belia Sikh Malaysia.