Rohingya & Hipokrisi Aung San Suu Kyi

Suu Kyi Rohingya

Di Mana Suu Kyi?

Ironinya, Aung San Suu Kyi pada September 2013, telah dinobat sebagai penerima Sakharov Prize for Freedom of Thought oleh Kesatuan Eropah kerana telah mendedikasikan sebahagian dari hidupnya mempertahankan hak asasi manusia terutamanya di Myanmar.

Ketika dunia sedang mencari-cari dimanakah beliau untuk menjuarai kepimpinan berteraskan moral dan insani, sungguh malang, bisunya dia atas nasib Rohingya yang merupakan sebahagian etnik di Burma amat mengejutkan.

Berdasarkan angka yang disebut oleh PBB, 800,000 Muslim Rohingya adalah etnik minoriti yang paling teraniaya di dunia.

Apabila Suu Kyi dipersoal tentang Muslim Rohingya, jawapan beliau menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat berat sebelah dan tidak berperikemanusiaan.

Jawapannya bersahaja, kedua-dua pihak Buddha dan Islam sama-sama menderita, sedangkan sudah terang lagi bersuluh tidak begitu senarionya. Buddha di Burma merupakan kekasih politik Burma dan tidak pun dipaksa hidup di kem-kem kotor yang menjijikkan.

Dalam temubual BBC TV pada bulan Oktober 2013, beliau menafikan negaranya terlibat dalam pembersihan etnik dan mengatakan bahawa keganasan terhadap umat Islam adalah kerana ketakutan terhadap “kuasa Islam global.” Adakah patut kenyataan ini keluar dari mulut seorang penerima Hadiah Nobel Keamanan?

Antara Politik dan Kemanusiaan

Apakah mungkin Suu Kyi mengalami satu prejudis peribadi terhadap Muslim berkulit gelap dan langsung tidak mempunyai keberanian politik untuk menggunakan pengaruh beliau bagi menghentikan keganasan?

Dia tahu bahawa dia akan kehilangan undi rakyat Rohingya yang merupakan etnik yang amat tidak popular di Burma, dengan banyak yang beranggapan bahawa Rohingya adalah pendatang haram dari Bangladesh.

Sikap ambivalens beliau mengenai nasib rakyat Rohingya terus menimbulkan kebimbangan mendalam di peringkat antarabangsa.

Ironinya penganut Buddha yang mencintakan keamanan, memuji-muji pula pihak tentera; dan ini merupakan satu lagi percanggahan dan kekeliruan Aung San Suu Kyi hari ini. Dalam 20 tahun beliau menghabiskan umurnya di penjara dan di bawah tahanan rumah, beliau berdiri menentang junta tentera.

Suu Kyi Military

Tetapi minggu ini gambar beliau telah berjaya dirakam bercakap dengan pihak askar di Sandhurst, UK tentang keperluan untuk “Tentera yang ‘baik’ dan ‘Profesional’ yang disegani dan dihormati oleh rakyat”.

Walau bagaimanapun, penindasan terhadap minoriti di Burma secara rutin yang dilakukan oleh Tentera kerajaan, mengingatkan kepada pemerintahan tentera kejam yang telah lalu.

Lebih malang, Suu Kyi telah jelas memutuskan bahawa dia memerlukan sokongan tersirat daripada tentera jika dia ingin terus dalam politik walaupun ini seolah-olah bercanggah dengan keperluan untuk membangunkan masyarakat sivil.

Kebimbangan telah disampaikan tentang jumlah bantuan yang datang dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk menyokong tentera Burma dan bukannya membantu proses membangun-demokrasi.

“EU telah berjaya melakukan perkongsian strategik yang bijak dengan pihak tentera Kerajaan Burma dan bukannya rakyat Burma” ulas Kumpulan Hak Asasi Manusia Burma yang berkempen di UK.

Suu Kyi sering melaung dan memperjuangkan tema “kebaikan sejagat yang lebih besar” (“the greater common good”). Retorik ini seakan-akan dasar berhati-hati jika beliau ingin mencapai dasar yang lebih progresif selepas pilihan raya akan datang.

Malangnya, data kami menunjukkan bahawa beliau yang kononnya datang dari pergerakan perjuangan demokrasi semasa melakukan lawatan ke London, langsung tidak menghadiri satupun mesyuarat yang telah dirancang dengan mana-mana kumpulan hak asasi manusia, juga masyarakat Burma yang hidup di dalam buangan di UK.

Ini sahaja telah menunjukkan sikap dia yang seakan “jatuh dari keihsanan” (“fall from grace”).

aungsansuukyi

Harapan Terlalu Besar?

Apakah mungkin kita yang salah dengan mengharapkan terlalu banyak pada Suu Kyi? Dengan melihat kepada beliau untuk melakukan apa yang betul dari segi moral dan bukannya politik suai-manfaat.

Kami pernah berharap beliau akan menjadi contoh yang menyerlah berbanding semua kelemahan demokrasi Barat. Sungguh bahawa harapan kami kali ini berkecai kerana beliau sedang sahaja menyesuaikan diri dengan demokrasi kuku besi ala barat, yang sengaja melakukan jenayah dalam senyuman.

Walau bagaimanapun, perlembagaan Burma melarang individu dengan pasangan atau anak-anak warganegara asing dari berkhidmat sebagai Presiden – nampaknya perlembagaan ini langsung ditujukan kepada Suu Kyi.

Dia akan memerlukan sokongan popular untuk mencapai pindaan perlembagaan dan kemudiannya memenangi jawatan Presiden. Adalah sangat tidak patut apabila beliau telah mengorbankan sokongan minoriti Rohingya dalam keadaan beliau sedang menginginkan undi supaya perlembagaan negaranya dipinda.

Matlamat tidak menghalalkan cara, sebagaimana nasib rakyat Rohingya hari ini diketepikan supaya tidak meruntuhkan cita-cita beliau untuk meraih jawatan tersebut.

Umat Islam di Burma terus sengsara di kem-kem pelarian yang kotor, mereka hidup dalam buangan, tanpa negara, tanpa harapan dan tanpa apa-apa penyelesaian yang boleh dijangka dalam masa akan datang.

Jika tidak Aung San Suu Kyi, siapakah lagi yang mampu memperjuangkan hak-hak sivil rakyat di sana?

Article 19