Senarai Juri Geran Pesta Filem KITA!

Hi semua! Ingat lagi tak panggilan proposal untuk dapatkan geran ini? Ramai sangat sangat yang apply dan kami amat terharu dengan sokongan anda :’)

Call for Submission [malay]

Kalau nak tahu, selepas permohonan geran secara atas talian dilakukan, pemohon geran akan disenarai pendek.

Disebabkan penyertaan yang pihak penganjur dapat telah jauh melangkaui jangkaan, kami akan senarai pendek 15 pemohon geran sebelum mereka berjuang ke titisan darah terakhir untuk pitch idea mereka.

Proses pitching ni macam presentation kelas lah. Kita ada assignment nak buat so kita prepare segala macam slides, videos, gambar-gambar lucu dan sebagainya untuk dapatkan markah assignment kan?

Tapi pitching filem ni ada lain sikit. Format dia perlu masukkan maklumat-maklumat tentang filem yang nak buat tu, se-detailed yang mungkin.

Contohnya kat dalam presentation paling bagus bila dah ada terus senarai pengarah dan kru produksi, dari cameramen dan camerawomen sehinggalah ke barisan watak yang ada. Kalau lagi power siap dah casting pelakon atau untuk dokumentari, sudah ada narasumber.

Apa pun, boleh Google macam mana nak buat a film pitching. Anda akan memerlukannya sekiranya disenarai pendek! Hehe.

Senarai juri, yo!

Memandangkan kita hanya boleh bagi 5 buah geran (we wish we could give more!!), so siapa yang akan tentukan team mana yang dapat geran antara banyak-banyak-banyak penyertaan ni??

Haa, perkenalkan senarai juri untuk geran Pesta Filem KITA!

Dr. Norman Yusoff

Dr-norman

Mempunyai latar pendidikan Sarjana Muda Perbankan & Akaun dari University of Northwood. Sekembali ke tanah air, memilih untuk tidak meneruskan pekerjaan dalam bidang tersebut malah mengambil kembali Sarjana Muda dalam bidang filem di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Lantaran kecemerlangannya, sebelum sempat menamatkan pengajian, UiTM menghantarnya ke University of Kent, United Kingdom bagi menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang pengajian filem (Film Studies).

Sekembali ke tanah air, beliau menjadi pensyarah filem di UiTM hampir 5 tahun. Sepanjang itu, beliau banyak menulis dan membuat kajian mengenai filem Malaysia dari konteks pengajian filem dan dunia akademik malah banyak dijemput menulis dalam jurnal antarabangsa dan membuat pembentangan kertas kerja di dalam dan luar negara, antaranya di Jakarta International Film Festival (Jiffest) & Inter-Cultural International Confrence di Dhaka, serta di Artistic Interspaces of Malaysia Symposium di University of Salford, United Kingdom.

Beliau turut pernah dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Meja Bulat di Astro Awani bagi membincangkan tentang wajah sinema Malaysia. Ketika tempuh itu juga, beliau sempat menjadi salah seorang pengasas dan ketua editor jurnal filem pertama di Malaysia berjudul Jurnal Skrin Malaysia yang kini memasuki keluaran ke tujuh. Beliau turut menubuhkan Kelab Skrin FACT yang aktif menayangkan filem World Cinema berkualiti dari seluruh dunia.

Shanjey Kumar

KUALA LUMPUR, 22 sept - Interview Shanjay Peruma. AMIRUL SYAFIQ MOHD DIN/ THE SUN
Foto kredit: AMIRUL SYAFIQ MOHD DIN/ THE SUN. Diambil dari jagatthemovie.com

Sebelum menerbitkan filem JAGAT yang hangat diperkatakan awal tahun ini, Shanjey Kumar menerbitkan drama untuk rangkaian television tempatan. Oleh kerana isu sosial di Malaysia ini memerlukan lebih perhatian, Shanjey berhenti mengeluarkan kandungan untuk TV dan berkecimpung terus dalam bidang perfileman.

Sifat keterbukaan Shanjey dalam menerima dan memberi pandangan tentang topik-topik yang dianggap ‘sukar’ di Malaysia menyebabkan beliau antara pembikin filem yang paling disenangi masyarakat. Beliau dikenali sebagai seorang pengarah filem yang lemah lembut dan rendah diri, sungguhpun ramai yang memberikan komentar kepada filem JAGAT, dari pujian melambung hinggalah ke kritikan hangat.

Sebelum menghasilkan JAGAT, Shanjey telah menghasilkan filem pendek NILAVUKKORU KADITHAM atau LETTER TO THE MOON (2004) dan dokumentari pendek THAIPOOSAM (2006).

Sharifah Amani

Sharifah-Amani-studio_h

Foto kredit: Studio H

Sering digelar sebagai buah hati industri filem tempatan, Sharifah Amani telah lama membuktikan bakat beliau sejak terkenal dengan filem Sepet karya arwah Yasmin Ahmad. Kini beliau sering muncul dalam rancangan-rancangan TV dan filem-filem besar tanah air, aktif berkecimpung dalam menghasilkan karya filem tempatan yang menarik.

Antara filem pendek yang pernah diarah beliau ialah SANGKAR (2010) yang dihasilkan bersempena HerStory Films Project, Kampung Bangsar (2012) dan Hawa (2013). Selain filem dan TV, Sharifah Armani juga berkecimpung dalam persembahan teater. Beliau telah berlakon dalam teater Laut Lebih Indah Daripada Bulan arahan Nam Ron meletakkan nama beliau setanding dengan pelakon teater handalan, antara lainnya ialah Sofia Jane.

Nadira Ilana

Nadira Ilana

Nadira Ilana ialah seorang pembikin filem indie dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mempunyai banyak persoalan besar tentang kehidupan dan warisan Borneonya, persoalan-persoalan yang cuba dihuraikannya melalui filem. Nadira adalah seorang penerbit, penulis dan pengarah yang terkenal dengan penerokaan identiti Malaysia, melangkaui identiti semenanjung Malaysia. Walaupun karya fiksyennya dikatakan agak di awang-awangan dan tidak nyata, dokumentari-dokumentarinya menunjukkan beliau boleh memaparkan fakta dan penceritaan yang jujur.

Pembikin filem yang sedang menetap di Kuala Lumpur ini akan meneruskan usahanya untuk menghasilkan cerita-cerita Malaysia, baik fiksyen atau bukan fiksyen. Cerita-cerita Malaysia yang tulen dan berfokus, berdasarkan identiti budaya, mitos, sejarah dan lanskap.

poster-profil-juri0 (1)

Inilah dia senarai juri yang akan menemui para pemohon geran yang disenarai pendek nanti.

Selamat maju jaya diucapkan kepada para pemohon geran dan jangan risau, juri-juri ini semua baik-baik. Tak makan orang haha.

Jumpa anda semua di Pesta Filem KITA!