Solidariti Bersama Rumah Api!

 

Kami, individu serta kolektif komuniti, bersetiakawan bersama teman-teman Rumah Api yang ditahan pada Jumaat 28 Ogos yang lalu.

Komuniti Rumah Api dimaknakan dengan perkongsian nilai dan kepercayaan bersama, baik masyarakat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Jelas, Rumah Api merupakan satu komuniti yang konsisten dalam mengangkat nilai keadilan sosial, kesetaraan, anti-autoritorianisme, aksi autonomi, proses kolektif dalam mengembangkan struktur dan institusi yang bergerak melalui prinsip-prinsip alternatif.

Komuniti Rumah Api merangkumi seniman dan aktivis dengan karya-karya yang mengenengahkan analisis kritikal terhadap situasi kehidupan serta memperluas sudut pandang dalam kehidupan bermasyarakat meliputi kejiranan, komuniti serta bandar. Ianya turut melibatkan komuniti punk yang menjalankan etos Do-It-Yourself untuk menyalurkan kemarahan dengan positif dalam menolak pengkomersialan syarikat korporat. Rumah Api turut bersetiakawan bersama-sama komuniti “nomad”, “squatters” serta masyarakat di pinggiran justeru menjadikan Rumah Api sebagai ruang untuk didengar dan dihargai.

Rumah Api sentiasa membuka pintu untuk kelompok sub-budaya, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi lain untuk perjumpaan, kerja bengkel, forum, “benefit” dan sebagainya. Rumah Api turut terlibat menyediakan ruang dan sumber-sumber lain untuk Food Not Bombs. (alih bahasa dari http://rumahapi.weebly.com/about.html).

Berikut merupakan rentetan serbuan Rumah Api :-

1. Pada 28-8-2015, Jumaat, sekitar jam 11 malam, satu serbuan oleh pihak polis telah dilakukan ketika gig sedang berlangsung di Rumah Api.

2. Dalam serbuan tersebut, seramai 120 (±) orang yang telah ditahan.

3. Tanpa memaklumkan sebab, penahanan telah dilakukan.

4. Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan.

5. Setelah semalaman penahanan mereka, akhirnya pihak polis mendedahkan bahawa mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Hiburan, Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

6. Permohonan mereka untuk mendapatkan khidmat guaman tidak dipedulikan oleh pihak polis sedangkan setiap individu yang ditahan mempunyai hak terhadap akses khidmat guaman.

7. Mereka telah dibawa ke hadapan majistret untuk permohonan reman. Majistret telah membenarkan tempoh reman selama 4 hari terhadap dua tahanan lain dan 3 hari kepada teman-teman yang lain bermula dari 28-8-2015.

8. Antara 120 (±) orang tersebut, terdapat beberapa teman luar negara termasuklah dari Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol.

9. 19 orang tersebut dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang manakala teman-teman wanita Rumah Api pula dibawa ke Balai Polis Pandan Indah.

10. Seorang teman telah dibebaskan pada 29-8-2015 atas sebab kesihatan.

11. Teman-teman selebihnya dibebaskan pada tengah hari 31-8-2015. Mon, teman dari Filipina dibebaskan pada 1-9-2015. Bubu, teman dari Indonesia baru sahaja dibebaskan pada 2-9-2015 setelah tahanan remannya dipanjangkan selama 3 hari atas alasan masalah imigresen.

12. Kami dimaklumkan, sewaktu dalam tahanan, ada teman-teman wanita telah dilayan dengan tidak wajar. Mereka hanya dibenarkan menukar tuala wanita di hadapan pegawai polis sebanyak 3 kali sehari sahaja.

13. Bagi teman-teman dari Filipina dan Indonesia pula, mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan pelawat. Hanya wakil dari kedutaan masing-masing sahaja yang dibenarkan.

Di dalam melihat rentetan peristiwa yang berlaku sejak 28-8-2015, terdapat beberapa kepincangan dalam Tatacara Pengendalian Piawai (‘SOP’) pihak polis menggunakan kuasa secara sembarangan.

Penggunaan kuasa secara semberono ini cukup jelas apabila pihak polis tidak mendedahkan sebab serbuan dan penahanan. Selain itu, proses untuk mendapatkan akses khidmat guaman juga telah dilambatkan serta layanan yang tidak adil kepada beberapa teman-teman yang ditahan.

Masalah visa dan rekod imigresen yang digunakan pihak polis sebagai alasan untuk memanjangkan tempoh tahanan reman teman-teman dari Filipina dan Indonesia juga sangat meragukan.

Penambahan 3 hari untuk tempoh reman terhadap teman dari Indonesia menambahkan lagi keraguan. Tidakkah 3 hari terlalu lama untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut?

Penggunaan Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan terhadap teman-teman juga merupakan penyalahgunaan undang-undang yang drakonian terhadap rakyat, sekaligus ianya membuka risiko kepada penyalahgunaan undang-undang oleh pihak polis terhadap individu mahupun mana-mana pergerakan untuk didakwa dengan akta lapuk.

Tindakan pihak polis dalam serbuan dan penahanan ini sekaligus bertentangan dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (The Universal Declaration of Human Rights).

Ini adalah prejudis pihak polis terhadap imej ruang komuniti termasuk sub-budaya dan muzik.

Akhir sekali, solidariti teman-teman Rumah Api ini turut disampaikan buat mereka yang berterusan dalam menggerakkan ruang-ruang autonomi dalam proses pemberdayaan masyarakat menolak ketidakadilan serta kekejaman aparat penguasa.

Pernyataan ini disokong oleh:

#tahukahkome

265 distro

321 go! Distro

Advocates of the Propagation of Science Literacy

Angkara

AKAJITA

Ankbktnoisescape

Ansara

ANTIFA Terengganu

Attack to the Front

Azmi Sharom

Azrul Mohd Khalib

Basic Right

Black River City Skinhead

Backroom Council

Bad Idea

BareXHand

Benzoate

Besut Skinhead

Black Demons

Bobbie Jaggae

Books & Destroy

Bukit Beruang Disorderly

Buku Jalanan Bandar Melaka

Buku Jalanan Dungun

Buku Jalanan Embayu

Buku Jalanan Ipoh

Buku Jalanan Kota Bharu

Buku Jalanan Kota Kinabalu

Buku Jalanan Klang

Buku Jalanan Labuan

Buku Jalanan Machang

Buku Jalanan Shah Alam

Buku Jalanan Temerloh

Buku Jalanan Titi

Cah’Jinggos

Centre for Independent Journalism

Chronic Mass

Classwar

Cookies Street Cookery

Darkroom Studio

Deleted Books Press

DEMO UNTUK RAKYAT

Dendang Kampungan

Dendo Records

DERITAxTERUS

Distaste

Dorian Wilde

Dum Dum Tak

Embrace Hall

Faisal Tehrani

Falsafah Kedai Kopi

Far Haus Cafe

Fazleena & The Lasykar

FCSP Selangor Section

foxhole records

Frinjan

Gang DTSC

Geng Kotak

Gerakan Hapus Akta Hasutan

Glasswar

Greg Lopez

Guerilla Gardening Malaysia

GTHC

Hellexist

HausKultur Project

Hidden Motives

Highland Workers Union

Hitcock

Human First Collective

Ineza Roussille

Ivy Josiah

Jasmine and Sun

John McBaren

KaryaRaya Resource

Kedai Anak Merdeka

Kelab Bangsar Utama

Keep the Faith

keladak

Keningau Skinhead Crew

KerbauWorks Studio

KLHC

Kolektif Anak Muda Insaf (KAMI)

Kotakata

Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS)

Kuala Berang Under Lake

Kuantan East Side Crew

Kuantan Palm City Hardcore

Kumpulan Sasterawan Kavyan

Kolektif Sarata

Kolektif Taring Padi

Kratom City Hardcore

Kolektif suara kita (KOSUKA)

Komisariat Demokrasi

KuBu

La Letrice

LANGGARxLARI

Lawyers for Liberty

Lee SlimShady

Liberal Liberalis

Lion City Hardcore

Lyana Khairuddin

Magic Borneo Beads

maimuna merican

Makassar Crew

Malacca City Hardcore

Malacca Lakhanat Skinheads Crew

Manusia Stereotypical

Marina Mahathir

Matt Hamzah

Memoir Distro

Moncino Punk

Mosh Zine

Muzzamer Rahman

My Ladybugs Chenta Robot Froggie

Nadira Ilana

Nerve Records

Nervhous records

Network Of Solidarity Collective

Nik Salim dan Saing-Saing

Nine

noisemongers records

North-South Initiative

Nyaring Records

Oh My Perlis

Oi! On Business

Old Silver Army Syndicate

Orchid std hall

Ori Streets Gear

Orkes Rakyat Tertindas

Osmantikus

Ovethrown

Pangrok Sulap

Parti Sosialis Malaysia

Pascatorama Media

Patin Rock City

Pesakid

Plague of Happiness

Positive X Youth

Poskod.my

Puchong Wolfpack

Pulling T

Plumbum Street Crew

Pooks Records And Distribution

Projek Dialog

Projek Tikus Bandar

PUNCA

Pusat Sekitar Seni

Pustaka kolektif

Rawang Region Skinhead

Reason to Resist

Redrum

Region of Love

REPULSIVE REGURGITATION ZINE

Royal Rebel Kidz

Rumah Bayang

Rumah Natang

School of Acting Justly, Lovingly Tenderly, Treading Humbly

scumbag kids

Seismic

Sekolah Aktivisme

Sekolah Demokrasi

Sekolah Falsafah

Serikat Mahasiswa

Sharon Chin

Sheiko Reto

Sidexkick

Silver State United Skinhead

Sinopsis

Sisterhood Hooligan

Sisters in Islam

SixTNineth St

Slapjaw

Soul Savior

Sunshine Honey and the Penis Vibrator

Steak Daging Kacang Ijo

Stick No Bill

Street Boundaries

Street83Clothing

Street Soldier

Strength Thru

SUARAM

Sudut Kiri

Sweet Nightmare Skateboard

Taufiq Ali

Tanpa Nama

The BangsArt

The Korok

The Maniacs

The Nationhead

Teori Timur

The RiceCooker Archive

The Wall

Titah Tanji

Tools of the Trade

Turtles Revolt

twt_indie

UndiMsia!

Universiti Kaki Lima

Universiti Terbuka Anak Muda

Uthaya Sankar SB

Urchins Bovverbrigade

Wak Kundang

Wasted Youth KB

Wild Dogs Brigade

Workers Junior Stuff

Writers Alliance for Media Independence

Wroteoff

Yee I-Lann

Youth Blast Records

Zedeck Siew

Zine Satu Malam

 

 

 

 

Pernyataan solidariti ini dikarang oleh Buku Jalanan Shah Alam.