Usah Menyalahkan Orang Lain Apabila Kalah Dalam Pilihanraya

Kami yang bertandatangan di bawah ini adalah warganegara Malaysia prihatin yang terdiri dari pelbagi komuniti, yang sejak sebelum Merdeka lagi telah hidup rukun dan saling hormat-menghormati. Kemajmukan inilah yang menjadi asas pada Malaysia yang kita cintai. Sejajar dengan Wawasan 2020, harapan masa depan adalah terbina atas kepelbagaian bangsa, budaya dan agama, yang telah saling memperkayakan antara satu sama lain, dari zaman nenek moyang kita lagi.

Menjelang pasca Pilihanraya Umum yang ke-13, kami amat sedih dengan kenyataan-kenyataan bernada perkauman oleh sesetengah pemimpin politik, pihak media dan blog-blog, yang menyentuh sensitiviti sesetengah kelompok masyarakat. Mungkin keputusan pilihanraya tidak menyenangkan hati sesetengah pihak. Justeru itulah perlunya kita bersatu untuk mengubati hati yang luka, dan bukan dengan membuatkan masyarakat berpecah belah.

Semua warganegara Malaysia telah didesak untuk memilih parti-parti politik yang dipertanggungjawabkan untuk memerintah Negara, melalui peti undi, dan bukan melalui cara lain. Kita telah pun melakukannya pada 5hb Mei 2013. Namun, sesetengah daripada kita telah dituduh sebagai tidak berterima kasih, hanya kerana kita telah melaksanakan hak demokrasi kita untuk menyuarakan pendapat kita dengan aman. Kita semua telah mengundi untuk Negara Malaysia yang lebih baik. Maka, tidak seharusnya kita
disalahkan jika wawasan kita berlainan dari apa yang dimahukan oleh pihak kerajaan.

Tidak sewajarnya bagi ahli politik dan pihak media menyalahkan sesebuah komuniti terhadap hasil keputusan pilihanraya, kerana ia bercanggah dengan semangat pengasas-pengasas Negara kita, Rukunegara kita, Wawasan 2020 dan 1Malaysia. Amatlah berbahaya untuk melaga-lagakan suatu komuniti dengan yang lain atas tuduhan kononnya mereka telah menolak kerajaan sedia ada, kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat, dan boleh menimbulkan kemungkinan berlakunya keganasan.

Semua pihak telah bersetuju bahawa perubahan amat diperlukan di Negara kita, sama ada ianya dinamakan ‘transformasi’ ataupun ‘perubahan’. Dalam dunia globalisasi ini, perubahan minda dan sikap amat penting sekali agar kita tidak ketinggalan. Perubahan ini mesti dicapai melalui cara yang aman, termasuklah melalui peti undi. Justeru itu, amatlah mengecewakan apabila masih berlaku lagi taktik lama untuk menakut-nakutkan masyarakat, yang bernada mengugut kemungkinan berlakukanya keganasan.

Sekiranya timbul syak mengenai mengenai penipuan atau penyalahurusan  dalam proses pilihanraya, maka adalah menjadi hak semua warganegara Malaysia untuk merakamkan sebarang bantahan terhadap keputusan pilihanraya. Namun, bantahan sedemikian sepatutnya dibuat oleh individu atau kumpulan-kumpulan masyarakat sivil pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui system mahkamah, dan bukannya dengan menyebarkan maklumat yang belum tentu benar atau berdasarkan khabar angin melalui media sosial.

Kami bersetuju tentang perlunya perdamaian dan kerukunan antara semua pihak di seluruh Negara. Justeru, kami memohon agar semua ahli politik, pihak media dan para aktivis untuk lebih berhati-hati dengan kata-kata dan tindakan mereka, dan berusaha ke arah perubahan melalui cara-cara yang aman. Setelah melalui kempen pilihanraya yang sengit, kini kita haruslah membuka lembaran baru dan bersatu demi mewujudkan Negara Malaysia yang lebih baik.

Kenyataan ini disokong oleh:

1. Alan Bligh, pengacara
2. Alan Yun, pelakon
3. Aishah Sinclair, pelakun & pengacara TV
4. Amir Muhammad, penerbit buku
5. Art Harun, peguam
6. Asha Gill, pengacara TV & radio
7. Azah Yasmin Yusof, pengacara TV & kaunsellor
8. Carmen Soo, pelakon
9. Celina Khor, pengacara TV & pengusaha
10. Christopher Tock, pengusaha sosial
11. Datin Azimah Rahim, aktivis pendidikan
12. Datin Paduka Marina Mahathir, penulis & aktivis
13. Datin Sofia Jane, pelakon
14. Datuk Dr. Denison Jayasooria, ahli jawatankuasa PROHAM
15. Datuk Bernard Chandran, pereka fesyen
16. Datuk Dr Chiam Heng Keng, Bendahari PROHAM
17. Datuk Khutubul Zaman Bukhari, ahli PROHAM
18. Datuk Ramli Ibrahim, pakar seni tari
19. Datuk Yasmin Yusuff, pengacara & pelakon
20. Deborah Henry, Miss Universe Malaysia 2011
21. Dr Adeeba Kamarulzaman, pakar perubatan
22. Dr Azmi Sharom, ahli akademik
23. Dr Daniel Ho, pastor
24. Dr Farish Noor, ahli akademik & penulis
25. Dr Hartini Zainuddin, aktivis hak-hak kanak-kanak
26. Dr Ong Puay Liu, ahli akademik
27. Dr Zaha Rina Zahari, konsultan kewangan
28. Elaine Daly, pengacara TV & Miss Universe Malaysia 2003
29. Harith Iskander, pelakon & pelawak
30. Hans Isaac, pelakon
31. Ida Nerina, pelakon & pengarah
32. Jema Khan, pengusaha
33. Jonson Chong, pendidik & aktivis
34. Joyce Wong, blogger
35. Jules Tang, pengacara
36. KJ John, OHMSI
37. Kartini Kamalul Ariffin, pengacara TV
38. Khoo Kay Peng, analis politik
39. Kuah Jenhan, pelakon & pelawak
40. Lina Tan, penerbit TV
41. Lina Teoh, pengacara TV
42. Low Ngai Yuen, pengacara TV & pengusaha kesenian
43. Maya Karin, pelakon
44. Niki Cheong, pengulas budaya digital
45. Norhayati Kaprawi, aktivis hak-hak wanita & penerbit dokumentari
46. Pete Teo, pemuzik & pembikin filem
47. Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, ahli akademik
48. Puan Sri Elizabeth Moggie
49. Rafidah Abdullah, pengacara TV & penulis script
50. Ravindran Navaratnam, TIE Malaysia
51. Sazzy Falak, pelakon & pengusaha
52. Serena Choong, pengacara TV & radio
53. Shanthini Venugopal, pakar seni pentas
54. Sharifah Zuriah Aljeffri, pelukis
55. Sonny San, konsultant fesyen
56. Sue Quek, pengusaha pembangunan
57. Tan Sri Dato Dr. Michael Yeoh, ASLI
58. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon, ahli perniagaan
59. Tan Sri Lee Kim Yew, ahli perniagaan
60. Tan Sri Ramon Navaratnam, CPPS
61. Toh Puan Dr. Aishah Ong, aktivis kebajikan
62. Tunku ‘Abidin Muhriz, IDEAS
63. Vanidah Imran, pelakon
64. Will Quah, pengacara
65. Zainah Anwar, aktivis hak-hak wanita
66. Zain HD, RandomAlphabets
67. Zhariff Affandi, pengusaha sosial