[Previu] Pasca PRU-14 : Memantau Masa Depan Kepelbagaian Budaya di Malaysia

Sila ke halaman acara untuk mengenali lebih lanjut : https://www.facebook.com/events/1835607763127468/?active_tab=about

 

Semangat pasca PRU-14 telah membuka potensi untuk meluaskan ruang demokrasi di Malaysia. Tetapi apakah kesannya terhadap kemajmukan dan keharmonian budaya dan agama?

Adakah ‘Malaysia Baru’ akan merangkumi impian dan suara yang dipinggirkan dahulu? Bagaimanakah dengan Sabah dan Sarawak, komuniti agama minoriti, dan budaya-budaya yang lain?

Sertailah forum ini untuk berbincang tentang masa depan Malaysia dan berbuka puasa dengan kami selepas itu!

 

PERHATIAN : Untuk menyertai jamuan buka puasa, sila sahkan kehadiran anda di projekdialog@gmail.com selewat-lewatnya Satu (1) hari sebelum hari forum.