Adab Pertemuan Silang Agama

Bolehkah umat Islam mengucapkan Selamat Hari Natal ataupun “Merry Christmas” kepada warga Kristian? Bolehkah warga Kristian menjemput kawan-kawan Muslim mereka untuk datang menyambut Hari Natal bersama-sama? Bagaimanakah pula dengan penyampaian hadiah Hari Natal? Adakah penyanyian lagu Krismas itu dilarang untuk semua umat Islam? Apakah sebenarnya Hari Natal ini dan apakah sejarahnya? Apakah wujudnya silap faham di dalam merayakan Hari Natal? Lebih spesifik lagi, perayaan Hari Natal ini di kalangan rakyat secara umum, adakah ianya dilihat sebagai suatu kesinambungan tradisi dan lebih kepada sikap merayakan keharmonian di antara agama, dan bukannya berteraskan intipati utama hari tersebut yang lebih menekankan aspek keagamaan dan teologi.

Sejak beberapa tahun yang lepas, wujudnya beberapa NGO Islam yang membuat kenyataan berkenaan dengan perayaan Hari Natal di kalangan orang Muslim dan ini mengakibatkan perbalahan di antara beberapa ahli politik berkenaan dengan isu ini. Jadi atas dasar inilah, persoalan asas mengenai perayaan Hari Natal harus dibincangkan dan dengan harapan bahawa perbincangan ini mampu membuahkan suatu persefahaman yang jitu dan mampu merapatkan lagi jurang di antara penganut-penganut agama yang berlainan.

Ayuh sertai perbincangan ini untuk menerokai persoalan “commercialization” dan segala salah anggap kita terhadap perayaan pelbagai agama. Kita juga akan berbincang tentang kepentingan ritual dan tradisi untuk masyarakat umum.

• Ustaz Wan Ji Wan Hussin
• Mary Magdelene Pereira (Former Associate Professor, UiTM)
• Wong Fook Meng (Peguam dan Ketua Gereja)

• Jamuan Hari Natal antara agama secara terbuka dan percuma akan disediakan tetapi hanya untuk 30 orang yang RSVP sahaja. Cepat isikan borang ini! •
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj_SGV2SiE-nL0dJeBbEe5DRmx4VqoJLtjklHYrxZzTHR9jQ/viewform

• Diskusi serta jamuan ini adalah anjuran Projek Dialog bersama sokonganLet’s Chat-Lah. •