Nama ‘Rohingya’ turut dipinggir

Aktivis dan pegawai PBB menyatakan bahawa “Kerajaan Myanmar mendesak pekerja dan pegawai asing untuk tidak mengulas apa-apa berkenaan nama Rohingya

“Bagaimana hak penduduk Rohingya ingin dilindungi sekiranya pembela sekalipun tidak dibenarkan mengunakan perkataan Rohingya?” berkata Tun Khin, Presiden Kumpulan Aktivis Burma Rohingya, Pertubuhan UK dalam keterangannya kepada pihak media.

Tambahnya Khin menyatakan, pengharaman ini membuktikan bahawa pihak kerajaan sebenarnya bersetuju dengan polisi penindasan yang berlaku.

Penindasan Kerajaan Myanmar telah lama berlaku ke atas muslim Rohingya dengan cara penafian kewarganegaraan, menjadi sasaran dalam konflik keganasan mazhab yang membawa maut dan penempatan ke kem yang kotor tanpa sebarang bantuan.

Hakikatnya pihak berkuasa Myanmar melihat penduduk Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh, bukannya daripada 135 kumpulan etnik yang diiktiraf secara rasmi.

Diskriminasi terhadap golongan minoriti yang dinafikan kewarganegaraannya telah berlaku sekian lama, dengan anggaran berjumlah 1.3 juta. Ianya telah menjadi semakin bertambah selepas sedekad penerimaan pemerintahan tentera.

Lebih daripada 140 000 warga Rohingya telah ditangkap dan ditempatkan di dalam kem-kem yang sesak sejak rusuhan ganas daripada majoriti pengganut Buddha. Mereka mula dijejaki sehingga ke rumah-rumah semenjak dua tahun yang lalu dan membunuh seramai 280 orang.

Tambahan lagi, penduduk Rohingya dikecualikan daripada bancian negara sokongan PBB pada bulan April yang akan datang sekiranya mereka mengaku sebagai warga Rohingya.

Menteri penerangan Myanmar, Ye Htut berkata bahawa nama ini tidak pernah diterima oleh rakyat Myanmar.

Htut memberitahu media bahawa ianya telah diwujudkan oleh gerakan pemisah pada tahun 1950-an dan kemudiannya digunakan oleh aktivis buangan bertujuan untuk memberi tekanan kepada bekas kerajaan tentera Myanmar semasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1990-an.

Mengelakkan ketegangan

Apabila ditanya, pegawai-pegawai PBB menyatakan bahawa mereka mengelak sebarang liputan awam adalah untuk tidak memburukkan lagi keadaan ketegangan antara penganut agama Buddha dan islam di negara ini.

Selepas Setiausaha Negara John Kerry bertemu dengan pemimpin Myanmar baru-baru ini, seorang pegawai kanan Jabatan Negara memberitahu pihak wartawan bahawa Amerika Syarikat (AS) berpendapat isu tentang nama ini perlu ‘diketepikan’.

Semasa lawatan Kerry sebulan ini, beliau tidak mengulas ucapan yang digunakan dalam satu sidang akhbar ketika beliau meluahkan kebimbangannya mengenai keadaan di negara Rakhine.

Seorang Pegawai Jabatan Negara, yang tidak mahu namanya disiarkan kerana beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka mengatakan bahawa kedudukan AS adalah untuk memaksa masyarakat menerima nama yang mereka anggap sebagai menyinggung perasaan- termasuklah istilah “Bengali” yang digunakan oleh kerajaan untuk menggambarkan warga Rohingya yang akhirnya mengundang konflik.

Walaubagaimanapun, pendirian jabatan tersebut terhadap pengunaan perkataan ‘Rohingya’ adalah tidak berubah.

Pekerja bantuan asing akhirnya terperangkap dalam ketegangan yang berlaku. Sekumpulan Doktor Tanpa Sempadan telah diarahkan untuk keluar oleh pihak kerajaan pada bulan Februari yang lalu dan kini masih menunggu untuk mendapat kebenaran berkhidmat kembali di sana.

Peningkatan desakan dari Kerajaan

PBB berkata jumlah kes kekurangan zat makanan dalam kalangan rakyat Rohingya menjadi lebih teruk antara bulan Mac hingga Jun apabila ianya melebihi dua kali ganda dan diakui keadaannya adalah amat menyedihkan oleh Duta hak asasi manusia sedunia bagi Myanmar, Yanghee Lee.

Beliau berkata bahawa beliau telah berulang kali diperingatkan oleh pihak kerajaan untuk tidak menggunakan nama ‘Rohingya’ walaupun berkata-kata di bawah undang-undang antarabangsa di mana golongan minoriti mempunyai hak untuk beridentiti berdasarkan ciri-ciri kebangsaan, etnik, agama dan Bahasa mereka.

Suatu kekesalan apablia pada bulan Jun yang lepas, agensi kanak-kanak PBB juga memohon maaf kerana menggunakan istilah ‘Rohingya’ dalam pembentangannya di Rhakhine. Satu insiden yang mengundang kritikan hebat terutamanya daripada pejuang hak asasi.

“Mana-mana agensi kemanusiaan atau penderma yang enggan menggunakan istilah tersebut bukan sahaja telah mengkhianati prinsip asas undang-undang hak asasi manusia, tetapi mempamerkan sikap pengecut di mana mereka ini tidak mempunyai tempat dalam mana-mana misi kemanusiaan moden,” kata David Mathieson, Penyelidik Kanan Human Right Watch di Myanmar.

 

Penterjemahan tidak rasmi “Myanmar asks for shunning ‘Rohingya’ name” yang diterbitkan oleh AlJazeera pada Ogos 20 2014.