9 Mitos mengenai Hinduisme, di bongkar!

Artikel ini diterjemahkan dari laman web CNN: http://edition.cnn.com/2017/03/03/world/believer-hinduism-nine-myths-debunked/index.html

Suhag Shukla faham benar bagaimana orang luar memandang agamanya, iaitu Hinduisme. Selaku pengasas bersama Hindu American Foundation, Shukla seringkali menjelaskan silap faham yang terdapat pada agama Hinduisme.

Hinduisme adalah agama yang kuno, meskipun tidak ada tarikh yang tepat bagi waktu ianya dibentuk. Namanya berasal daripada perkataan Sanskrit, Hinduisme dan Hindu dipanggil oleh para penjajah sebagai rujukan bagi orang yang mereka temui sewaktu mereka merentas gunung Hindu Kush dan tiba di Sungai Indus.

Di Amerika Syarikat, agama Hinduisme dinaikkan oleh imigran India yang membawa ritual dan adat mereka bersama dan juga baru-baru ini, dengan perkembangan populariti ajaran Hindu seperti yoga dan meditasi.

Hinduisme adalah agama tertua di dunia dan ketiga terbesar, dengan Kristian dan Islam sebagai agama terbesar. Hinduisme mempunyai pengikut melebihi 1 bilion. Ada juga yang berhujah bahawa Hinduisme merupakan cara hidup dan bukannya agama. Ia tidak mempunyai akidah ataupun gereja yang spesifik. Tidak juga ajarannya berdasarkan ajaran mana-mana pengasas ataupun kitab. Dan ianya tetap kekal misteri bagi kebanyakan orang.

Mitos pertama: Wujudnya 330 juta tuhan Hindu.

Realiti: Adanya satu Tuhan yang agung di mana ianya tidak dapat diketahui ataupun difahami.

Hindu diwajarkan untuk mendekati dirinya dengan Tuhan melalui cara-cara yang sesuai dengan mereka, seperti memuja pelbagai dewa yang dipercayai sebagai manifestasi Tuhan. Tiga dewa utama adalah Trimurti ataupun Brahma, si pencipta; Vishnu, si pemelihara; dan Shiva, si pembinasa. Kerana itulah Hinduisme selalu difahami sebagai agama politeisme, ianya adalah hal yang sebaliknya.

Tetapi wujud juga hujah mengenai terminologi yang benar bagi Hinduisme. Ada yang memanggilnya sebagai agama monistik, berdasarkan kepercayaan bahawa kesemua di dalam alam ini adalah sebahagian daripada satu inti ataupun alam. Ada yang, seperti Shukla, mengatakan bahawa Hinduism adalah honotheistik, iaitu pemujaan satu tuhan tanpa menafikan kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Ada juga yang mengatakan bahawa Hinduisme adalah agama monotheistik.

(AP Photo/Rajesh Kumar Singh)

Mitos ke-2: Hindu adalah pemuja berhala.

Realiti: Pemujaan hindu merupakan peringatan kepada Tuhan.

Tiada penganut Hindu akan mengatakan bahawa mereka memuja berhala. Sebaliknya, penganut Hindu mempercayai perwakilan fizikal Tuhan – melalui bentuk berhala bagi membantu mereka untuk fokus kepada beberapa aspek sembahyang ataupun meditasi.

Sebagai contoh, seseorang yang baru sahaja membuka perniagaan yang baru berkemungkinan akan menyembah Ganesh, dewa gajah yang mewakili kejayaan.

Mitos ke-3: Hindu menyembah lembu.

Realiti: Para penganut Hindu tidak bersembahyang kepada lembu, tetapi tidak dinafikan bahawa mereka melihat semua ciptaan dan semua kehidupan sebagai sesuatu hal yang suci.

Penganut Hindu mempercayai bahawa setiap kehidupan di dunia mempunyai roh yang tersendiri. Dan ini benar, bahawa lembu diletakkan di posisi yang istimewa di dalam masyarakat Hindu. Inilah sebabnya kenapa penganut Hindu mengelak daripada makan dagingnya. Lembu dilihat sebagai makhluk yang lembut, perwakilan keibuan yang menyediakan susu dan pelbagai bentuk rezeki yang lain. Mereka dihormati kerana nilai-nilai yang wujud pada mereka.

Mitos ke-4: Semua penganut Hindu adalah vegetarian.

Realiti: Majoriti penganut Hindu merupakan pemakan daging.

Tetapi lebih kurang 30% tidak makan daging. Ianya berpunca dari kepercayaan asas terhadap Ahimsa, prinsip anti-keganasan. Disebabkan kesemua kehidupan di dunia merupakan manifestasi Tuhan, keganasan terhadap mereka dikirakan bercanggah kepada stabiliti alam yang semula jadi sifatnya.

Mitos ke-5: Hinduisme menyokong sistem kasta yang penuh diskriminasi.

Realiti: Diskriminasi kasta berakar dalam budaya dan bukannya agama.

Kasta merupakan sistem kuno yang berdasarkan kelas pembahagian kerja di dalam teks Hindu, di mana ianya menjadi hierarki sosial yang kaku setelah bertahun-tahun ianya berlangsung. Kasta yang terendah ataupun yang tidak dapat disentuh, telah dipinggirkan dan menghadapi penganiayaan. Tetapi kebanyakan penganut Hindu pada zaman moden ini telah berhujah bahawa diskriminasi yang berdasarkan kasta bukan keutamaan Hinduisme dan tidak seharusnya diajar sebagai sesuatu hal yang diabsahkan oleh agama.

Mitos ke-6: Golongan wanita ditundukkan di dalam Hinduisme.

Realiti: Bukan disebabkan agama.

Malah, satu ciri yang dapat membezakan Hinduisme daripada, kata Kristian ataupun Islam, adalah ia mengenal pasti bentuk-bentuk Tuhan sebagai feminin. Penganut Hindu menghormati Shakti, ataupun dikenali sebagai personifikasi tenaga Tuhan melalui bentuk wanita. Beberapa dewi yang seringkali dipuja adalah Parvati, bentuk utama Shakti; Saraswati, dewi hikmah; dan Lakshmi, dewi kemakmuran.

Wanita di India mungkin sahaja tidak berada di dalam status yang sama dengan golongan lelaki, tetapi ini bukannya disebabkan oleh agama tetapi budaya, dan mereka menggunakan agama untuk merendahkan martabat wanita. Ini dapat sahaja di samakan dengan masyarakat penganut Islam yang memaksa wanita untuk menutup aurat mereka daripada kepala sehinggalah ke kaki.

“Saya tak rasa ada asas untuk meminggirkan wanita di dalam agama kita,” terang Shukla. “Kitab Veda tidak memberi apa-apa arahan.”

Mitos 7: Wanita Hindu yang meletakkan ‘titik merah’ di dahi mereka telah berkahwin.

Realiti: Selalunya begitu.

Titik merah pada suatu masa merupakan simbol perkahwinan bagi wanita Hindu. Kini, titik tersebut ataupun Bindi panggilannya, hanya sekadar hiasan. Wanita tua dan muda – berkahwin ataupun tidak – memakai bindi yang terdiri daripada pelbagai warna sebagai kenyataan fesyen. Manakala Tilak, yang juga penanda di dahi, mempunyai kepentingan dari segi agama. Ianya secara umum diperbuat daripada pes gaharu, abu ataupun kunyit merah dan ianya boleh sahaja diletak dalam bentuk garisan ataupun satu titik.

Mitos 8: Kitab Bhagavad Gita dilihat sebagai Kitab Injil.

Realiti: Tidak ada satu buku yang utama dan autoritatif di dalam Hinduisme.

Tetapi Hinduisme amat kaya dengan pelbagai ayat-ayat suci dengan koleksi penulisan agama yang kuno. Para penganut Hindu percaya bahawa Tuhan menyatakan kebenaran-Nya kepada manusia-manusia agung yang menurunkan apa yang mereka tahu selama beribu-ribu tahun melalui tradisi lisan yang kaya sifatnya. Kitab-kitab tersebut termasuklah Kitab Veda, Upanishad, Purana dan Bhagavad Gita.

Sebahagian daripada kisah epik iaitu Mahabharata, 700 ayat Gita adalah puisi yang paling panjang di dunia dan ianya dihasilkan di dalam bentuk dialog mengenai perang di antara dua putera, Arjuna dan Krishna. Ia menangkap beberapa kepercayaan penting di dalam Hinduisme tetapi tidak kesemua Hindu membaca Gita.

Mitos 9: Karma adalah suatu hal yang fatalistik.

Realiti: Kesemua mempunyai kebolehan untuk memilih tindakan di dalam kehidupan.

Ini adalah teori di sebalik karma: bagi setiap tindakan yang orang lakukan, pasti wujudnya reaksi darinya. Penganut Hindu mempercayai bahawa mereka perlu menghadapi tindakan yang telah mereka lakukan. Setiap individu mencipta takdir mereka melalui tindakan yang mereka lakukan. Matlamat akhir adalah untuk mencapai karma yang akan membebaskan roh dan mengecapi Moksha, ataupun pembebasan daripada pengulangan kelahiran.