Projek Dialog sedang berkerjasama dengan ARTICLE19 dalam meningkatkan tahap kesedaran kepentingan hak kebebasan bersuara serta semangat toleransi antara agama di Malaysia.

Article19 merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang memperjuangkan Hak Asasi Manusia khususnya kebebasan bersuara dan hak kepada maklumat.

Oleh itu, Article19 menyokong Projek Dialog sebagai platfom atas talian yang menggalakkan dialog antara agama dengan cara yang konstruktif dan terbuka. Usaha dialog ini ditumpukan kepada penerbitan siri penulisan online yang menyentuh kepelbagaian perspektif masyarakat Malaysia dengan latarbelakang berbeza. Turut dianjurkan ialah program perbincangan antara komuniti agama. Usaha ini tidak hanya terhad kepada penulisan online atau penganjuran program, malah pelbagai inisiatif lain diusahakan dalam menggalakkan dialog antara masyarakat di Malaysia.

Kerjasama Article19 dan Projek Dialog ini bertujuan menggalakkan masyarakat sivil di Malaysia menjadikan internet sebagai medium memperjuangkan hak-hak asasi manusia terutamanya hak kebebasan bersuara. Perbincangan berkaitan kepelbagaian adalah amat penting untuk meningkatkan pemahaman dan toleransi antara komuniti berbeza untuk menghasilkan saling rasa hormat.

Hak kebebasan bersuara sudah terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia serta dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Toleransi antara agama dan kebebasan internet adalah amat penting untuk memastikan hak kebebasan bersuara dapat dihormati oleh masyarakat.

Kepentingan hak kebebasan bersuara tidak boleh hanya dilihat secara berasingan, tetapi amat diperlukan untuk menyokong merealisasi hak-hak asasi manusia yang lain. Hak kepada maklumat dan kebebasan memberi pandangan pula untuk menyediakan satu ruang kepada masyarakat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman, bukan hanya berkenaan persekitaran tempatan malah perkembangan antarabangsa yang lebih luas. Ruang ini dapat membantu mereka membuat keputusan serta pendirian dalam menentukan pilihan hidup masing-masing.

Hasil kerjasama ini turut didanai oleh Swedish International Development Agency (SIDA). SIDA tidak semestinya mempunyai pandangan yang sama seperti yang tertulis. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isi penulisan ini.

Begitu juga Article19 tidak semestinya berkongsi pandangan yang sama seperti penulisan yang diterbitkan oleh Projek Dialog. 

________________________________________________________________

Partnership with Article 19

Projek Dialog is working with ARTICLE 19 to promote free speech and religious tolerance in Malaysia.

ARTICLE 19 is an international human rights organisation that defends freedom of expression and the right to information.

ARTICLE 19 is supporting Projek Dialog as an online platform that facilitates open and constructive interfaith dialogues. This includes, but is not limited to, the online publication of a series of pieces of writing from a diverse cross-section of Malaysian society, as well hosting interfaith seminars.

The purpose of the project is to encourage Malaysian civil society to utilise the Internet as a tool for safeguarding fundamental rights, including the right to freedom of expression. Discussions about diversity are vital to encourage greater understanding among and between communities, and to encourage tolerance and mutual respect.

The right to freedom of expression is guaranteed by both the Malaysian Constitution and international law. Religious tolerance and the respect for internet freedom are crucial for enabling people to realise the right to freedom of expression.

Freedom of expression is not only important in its own right, but it is essential if other human rights are to be achieved. The free flow of information and opinions allows people to gain a better understanding of their surroundings and the wider world, which allows them the autonomy to decide and advocate for how they want to live their lives. 

This partnership is partially financed by the Swedish International Development Cooperation, Sida does not necessarily share the opinions here within expressed. The author bears the sole responsibility for the content. Similarly, ARTICLE 19 does not necessarily share the views published on Projek Dialog.