Chong Shin Thong

Tokong Chong Shin Thong adalah tokong yang tertua di Chow Kit! Dibina pada tahun 1930-an, tokong ini lebih dikenali sebagai ” Tokong 3-Dalam-1″ kerana ia terbuka kepada semua penganut ketiga-tiga agama Buddha,Tao dan Konfusius.

Tokong ini juga memberi perkhidmatan sembahyang jenazah dan tilik nasib.Semasa musim perayaan, meyambut harijadi Dewa, tokong ini akan mendermakan 1kg beras, susu, sup, tuala dan angpow kepada semua pengunjung yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau agama.