Statement on Youth and Sport’s Ministry Appointment of LGBTQ Officers

We call on the government to take a stand against discrimination based on sexual orientation, and send a message of equality for all.

Projek Dialog is deeply concerned over the recent controversy surrounding the appointment of a member of the LGBTQ community to the Youth and Sports Ministry.

Projek Dialog stands for the equal treatment of all persons without discrimination based on sex, gender identity, sexual orientation, ethnicity, religion, or other such factors. Individuals should be judged on their merits.

The government must not legitimize workplace and employment discrimination, which is contrary to the promises of a New Malaysia and also goes against values that have been long enshrined in our nation.

Article 8 of the Federal Constitution reads: “All persons are equal before the law and entitled to equal protection of the law.” Thus, no one should be subject to discrimination on the basis of sexual orientation.

Projek Dialog is also alarmed by the bullying and attacks occurring online against persons related to this issue. As Malaysians, it is part of our identity to embrace diversity. We should not encourage bigotry or hatred against others just because they are different.

It is pivotal that the government upholds equality and justice for all. Projek Dialog also urges the government to be transparent about this process and set positive standards rather than negative precedents.

We should all strive for a more inclusive and progressive Malaysia. Our society should include people from diverse walks of life in nation-building.

Kami menyeru kerajaan untuk menghapuskan segala diskriminasi berdasarkan orientasi seksual, dan sebaliknya menegakkan kesetaraan untuk semua.

Projek Dialog amat prihatin terhadap kontroversi yang melibatkan pelantikan ahli komuniti LGBTQ dalam Kementerian Belia dan Sukan.

Projek Dialog mendukung kesetaraan semua tanpa diskriminasi berdasarkan jantina, identiti gender, kecenderungan seksual, etnik, agama, atau faktor-faktor keperibadian yang lain. Seseorang individu harus dinilai berdasarkan merit kebolehan dan perilaku mereka.

Kerajaan tidak sepatutnya mensahihkan diskriminasi pekerjaan, yang bertentangan dengan janji-janji Malaysia Baru dan juga nilai keadilan dalam masyarakat kita.

Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa: “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.” Maka tiada seorang pun yang sepatutnya didiskriminasi atas dasar orientasi seksual mereka.

Projek Dialog juga bimbang dengan kecaman dan serangan di media sosial terhadap mereka yang terlibat dalam isu ini. Rakyat Malaysia seharusnya meraikan kepelbagaian sebagai sebahagian daripada identiti kita. Kita tidak seharusnya menggalakkan ketaksuban atau kebencian terhadap orang lain hanya kerana mereka berbeza daripada kita.

Kerajaan bertanggungjawab menegakkan kesaksamaan dan keadilan untuk semua. Projek Dialog juga menggesa kerajaan supaya telus mengenai proses ini dan menetapkan standard positif, bukan sebaliknya buat rujukan masa hadapan.

Kita semua harus berusaha ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan progresif.
Masyarakat kita seharusnya merangkumi semua daripada pelbagai jenis latar belakang dalam usaha membina negara.